Idola Mimpi-mimpiku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, December 9, 2011

Lawatan Perkahwinan Part II

Assalamualaikum gurls & boyz..... 

 Mari kita kerjasama tiup-tiup debu-debu kota raya di blog ini dulu~~~Fuhhhhh!

(Ehem-ehem-ehem... Pembetulan suara bagi comel... Krak-prak-kruk... Pembetulan jari-jemari runcing bagi pantas bertaipan di blog yang kejap on-off typing entry ini.)

Macam cerita entry sebelum ini. Masih berceritera pasal lawatan kahwin sajalah. Huuuu~~ Syoknya-syoknya makan free nasi minyak...Tapi otak ni masih ada sindrom simptom-simptom kekakuan ayat bertaipan. Maaf ye uols semua. 
//

Selepas ketuk-ketuk jari di meja rentak reggae, aku pun sambung taipan lagi. Aishhhhh~ Hampehlah idea ni. Marilah kau kemari. Mariiiiiiiiii~~
//

Senang ceritera, mari jenguk lawatan kahwin yang aku hadirkan diri Bulan lalu. APA???!!!!! Yup...T___T Bulan lalu..Tapi baru nak terhegeh-hegeh nak upload entry hari ini.  Beliau merupakan teman serumah semasa aku menetap di Bandar Baru Bangi dulu-dulu. Dari Port Dickson, aku gagahkan diri bersama dua orang lagu bekas houmate aku menjejak kaki ke Rengit untuk ke rumah pengantin tersebut...Auwwwww~~ Tak sangka aku...Walaupun aku orang Johor, tapi kalau tak kerana menghadirkan diri ke majlis kahwin mempelai ini, confirm aku tak cecah Rengit. Aishhhhhh~~Malu aku sebab tak pernah pun menjejakkan kaki ke sini sebelum ini.

Inilah ex-housemate yang melangsungkan perkahwinan tu. Yang mengapit pengantin tu, Jehan bride to be next year, Budak Comot and Nisa.


 Inilah pengantin semasa zaman sengal-sengal hidup kami. Masa ini beliau masih bujang lagi. Menggonjeng di Bandaraya sambil menghabiskan masa. 


 Beberapa keping gambar nikah-kahwin beliau yang aku skodeng & rembat dari muka buku.
(Gambar didownload dari muka buku pengantin & jurukamera beliau;diedit oleh budak comot)


 -_-"   Jelesnye uols....Cam best je photoshot camni.....
(Gambar didownload dari muka buku pengantin;diedit oleh budak comot)
Kepada yang dah selamat melangsungkan perkahwinan, sama ada budak comot kenal-tak kenal-pernah kenal-buat-buat tak kenal, SELAMAT PENGANTIN BARU...SEMOGA DIKURNIAKAN ZURIAT YANG SOLEH & SOLEHAH...AMinnnnnn~~~ Semoga kalian doakan rezeki aku and jodoh aku tiba segera pulak nanti. T___T. Aminnnnnnnnnn~~Panjang lagi aminnya.

 Aikkkkkk~~ Masih ada satu pengantin lagi yang dilawat tapi tak dimeriahkan dalam blog aku ni. Beliau merupakan teman sepersekolahan aku dulu. Tunggu aku ada mood aku akan berceritera pasal perkahwinan beliau pulak. Huhu...

Dua minggu lagi cuti krismas. Aku bercadang nak melawat my sis kat Kulaijaya. Nak rest sambil cuci mata. Kepada warga Johor, siapa yang dah pi JPO????? Best ke? Aku plan macam nak menjengah jugak kalau ada masa nanti. Johor Premium Outlet. Tengok website macam gah saja. Nak jugak melawat tapak kot-kot memang grand livina ke, boleh cuci mata tengok suasana kat sana.
Tapi yang paling best... Tak sabar nak hang out weekend ni. Plan macam nak tengok OMBAK RINDU. Orang kata serita tu sedih...T____T. Kenalah sedia tisu banyak-banyak-banyak ni. Kepada yang berada di area Seremban, jom tengok wayang kat Jusco Sremban 2 weekend ni. Huhu... KL Gangster kita gelak+cemas=puas hati. Bini-biniku Gangster kita gelak+sweet honey=puas hati. Ombak rindu ni???? Kalau movie sedih+sweet honey= apakah kesudahannya nanti??? Tak sabar aku nak tengok. Nak tahu jugak fakta preview filem dari bloggers lain ni fakta atau auta.
NotaKuaci: Sapa tengok Tentang Dhia....Siapa ada sipnopsis????? Aku sakit hatilah tengok emak si Zikir tu. Tak sabar nak tau ceritera sebenar macam mana....-_- Kenapalah ada manusia jahat macam tu....

Mari doa semoga kita dijauhi dari sifat mazmumah macam tu... Aminnnnn~~
footer

Monday, November 14, 2011

Berjalan melawat pengantin..Ayohhhh

Assalamualaikum...

Hari ini aku nak tepek gambar lawatan sambil makan nasi minyak ke rumah-rumah pengantin. Ahakkksss~~Lawatan bertempat di sekitar Muar. Pergi jalan-jalan makan angin sambil menikmati hidangan pengantin. Huhu..Kakunya ayat aku. Rasa macam kayu pulak bertaipan setelah lama tak taipan secara malar. Aihhsssss... Sindrom tangan kaku otak beku ayat merapu sudah melanda. Layan gambar-gambar sahajalah jawabnya.

Ini  merupakan pengantin ke-1 dalam siri lawatan sambil makan nasi minyak aku ke Muar.

Jambangan bunga menunggu mempelai di singgahsana. Just nice pilihan color untuk hiasi pelamin indah. 

Ini pulak hantaran kepada mempelai perempuan.. Purple in color. Chantekkk....

Pelamin yang marvelous...Purple Color...i likkkkeeeeeee~~
Ini pulak singgahsana pengantin pihak lelaki pengantin pertama yang aku terjah. 
Rujuk gambar pelamin di atas sekali. Pihak pengantin perempuan purple color, pihak lelaki chocolate peach color. Cubaan yang melatop. Mantop....

Pengantin perempuan+pengantin lelaki= Kahwin. Huhuhu
 Inilah kedua mempelai yang dirai. Both side pengantin aku pergi. Sebab ikut housemate, maka aku pun join saja. Huhu

Ini pulak merupakan pengantin ke-2 dalam siri lawatan sambil makan nasi minyak aku ke Muar. She was my roomate during my pratical at Skudai, Johor. Mrs. Norulazuna. Jelessssss~~~

 Ini mahligai pelamin beliau.. Wahhhh.. Purple color jugak.. Aku rasa depa ni saja nak play save color as wedding theme. Tapi yang penting.... Color masyukkkkk...chantekkkkk~~~

Penerjah rumah pengantin-pangantin tak lain-tak bukan...sapa yang cipta ayat ni ek? Cam pelik je bunyinya. Ngeeee~~ Jeng-jeng-jeng
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~



























Budak comot, Nisa Apple and Ida.

Okeh-okeh-okeh. Enzim bertaipan blog dah makin kurang. Dah tak merembis dengan kadar melimpah-ruah lagi. Maka sudah kurang aktif bertaipan. Huhu.. Tapiiiii....Tunggu next entry, aku ada melawat penganting di Rengit pulak.. Wahhhhh... Bejalan melawat pengantin sahaja saja kerja aku. Huhu

Bai-bai-baifooter

Sunday, October 16, 2011

Buka Tirai...Tepuk Tangan...Tonton

Assalamualaikum~~ 

Cak~cak~cak

Ehem...Ehem... Segan bertaipan dalam blog sendiri. Dah rasa macam separuh abad tak berketik dalam wilayah sendiri; rasa canggung ketipong payung nak ceritera hal khalifah di bumi Port Dickson ni.
Tayangan percuma muka sendiri kot tak ingat tuan punya blog ni siapa yang punya. 
Poyosnya ayat..Huhhhh

Aku semakin serasi dengan daerah ini. Walaupun keadaannya tak lah hidup meriah seperti di Bangi dulu, tapi masih hidup dan bernyawa lagi di sini. Huhu...Alhamdulillah. 

Masih join tengok wayang, kalau tak bersama si kaseh, bersama segerombolan rakan serumah. Masih ada kegembiraan di sini, walaupun dalam ketakmeriahan. Si kaseh sempat cakap, kalau nak tengok wayang lagi meriah kalau tengok di KL. T____T. Ayat kontroversi betul. Mungkin sense of watching movies, rakyat KL lagi berjiwa happening. Jangan kecik hati ye warga Negeri sembilan. 

Aku kan dah berpindah majikan. Seronok juga join Yapeim ni... Terlibat juga dengan Family Day kat A Famosa Resort. Sempatlah berlibur kat waterworld dia walaupun tak mencecah air. Huhu...Ada dinner session. Bertema glamorous... Tapi aku tibai pakai baju tak glamer langsung. Ada akak kesah? Huhu. Janji akak dapat masuk dewan makan kenyang-kenyang. 

 Bersama teman serumah; sebilik. Nisaq Apple... Kau ingat Cik Epal je ada epal? Roomate aku pun ada la.

Lepas tu, cuti Agong lampau, cehhh~ lampau pulak...Lemau...My Sis dengan Bro in Law ada datang jenguk aku di daerah ini. Tapi... Serius... Mungkin jiwa berlibur di JB mempengaruhi, maka bila datang PD rasa macam kaki lumpuh. Nak tengok pantai, kampung aku pun ada pantai. Maklumlah, pantai Mersing pun bukanlah ketinggalan sangat dalam carta lawatan pengunjung kaki piknik. Arakian... Selepas meronda pasar malam di Batu 4, PD...Aku telah memberi tunjuk arah ke...Shah Alam. Nah amekaw. Cadangan tak membantu industri pelancongan PD langsung. T____T 

 Tayangan percuma kereta Inspira baru keluar dari gudang. Kalau siapa ingat my bro in law pernah eksidengdengdeng dulu. Inilah jentera pengangkutan beliau yang baru. Tahniah bro, camni... aku pun nak totally lost. Huuuuuu~

My Sis nak menjenguk I-City, maka aku pun join lah sekali menyibuk. Hmm... Setakat tengok gemerlapan-sembilan lampu dah jemulah mata memandang. Yang nak terlonjak suka-suki mata memandang tu sebab dapat masuk snow-walk. Wahhhhh... Seronok-seronok-seronok. Tak dapat pergi overseas, dapat jalan-jalan dalam ais cube pun tak apalah. T___T 

 Pasangan duet yang bahagia berduet selamanya.


Pasangan adik-beradik sorang berduet;sorang kurang duet. Huuhuu~~

Balik kampung dulu-dulu, sempatlah aku menyinggah ke pertunangan kawan baik aku di kampung. Dia dah tunang... Nak nikah akhir tahun ni dah. 



 Aku????~~ Proceed Slowly.... 

 Kalian doakan progress hubungan kami berstamina sedikit. Biar Ada lebih kemajuan dari biasa... Huhu...Aminnnn~

Skip Story morey yang malar aje aku rasa. Sekarang..Aku ada tumpuan baru... Mari tengok hobi baru aku. Menghiburkan hati ada banyak cara. Aku pun tak tau apa yang betul-betul hiburkan hati, tapi...Tengok gelagat ikan ni boleh hiburkan hati jugak... My little Guppies... Where we go... ToingToingToing...Berenangggggggg 

 Comel tak????Paksa jawab Comellllllll~~~

 Selamat menonton. Cehhhhh...Anggap macam paparan beresolusi 3D plak...Huhu

Okehlah. Nanti sambung bertaipan pulak. Buat my Sis, jangan jemu jenguk blog adik mu ini. Dah tak terupdate selalu lah sebab aku ni dah tak berapa banyak masa bertebaran yang boleh diciluk untuk bertaipan.

Sekarang ada kemajuan; rumah sewa aku dah ada TV plus astro. Barulah macam-macam ada. Tak lah hidup bertambah bosan bertenggek kat PD ni. Dapat jugaklah berlibur depan TV. Nak keluar berlibur ke alam byata pun, suhu daratan panas ya Rabbi. Perlu tahap kewarasan yang tinggi nak melepak di luar. Fuhhhhh~ Boleh cair foundation. Nak tepek sunblock selalu pun macam rimas tampal piring kat muka. Hahaha. Okehlah caloo betty. Nak cari lauk untuk lunch.. Asam pedas best ni~~~ Yok berketung-ketang di dapur...Nak jadi master chef kene selalu practice... baru ada mutu...

Selamat menjamu selera tengah hari rakan-rakan dan musuh-musuh dalam lipatan. Chowwwww~
footer