Idola Mimpi-mimpiku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 24, 2010

Ho-Ho-Holiday

10 Ramadhan 1431.

Okeh-Okeh-Okeh. Hari ini 14 Ramadhan 1431. Ini entry REVIVAL. 

AKU SEDANG BERADA DI HEMISFERA UTARA.

Pergi tanpa perlu menaiki pesawat, tanpa perlu memikirkan kenderaan tunggangan bagai-bagai macam santa clause accros the sky. Hanya memerlukan tahap penghayatan kerohanian dan kejasmanian yang tinggi tahap dewa.  T.I.P.U. Naik pesawat PANDORA sahaja.

Sekarang aku sedang menyaksikan AURORA live.

Bukan persembahan AURORA dari Estranged. Bervokalis Abang handsome anak seorang tu. 
No-No-No.

Tapi AURORA DI HEMISFERA UTARA.

Subhanaallah. Sangat Cantik.

Kan Chantekkk tu.

Indah betul kehebatan yang Allah.

Macam lampu pancaran laser. Tapi naturally beauty scene. 

Ni pakcik aurora hunter bagi collection picture dia. T.I.P.U. Tak kenal pun dia.

Ini pun pakcik aurora hunter punya collection. Tak kenal pun siapa dia.

Aku yang sedang berjalan dalam kabus. Tak nampak pun aurora tu.

Sebab.....

Itu saat PEJAM MATA.

Dalam kabus minda, hemisfera utara aku sahaja.

Sekarang saat BUKA MATA.

Kenapa aku berhiperbola metafora melampau imaginasi ini? Sangat mahu jadi ahli kutub kah? Sudah cukup ilmu di dada kah mahu melawan suhu di bawah paras beku?

JAWAPANNYA T.I.D.A.K

Aku bengang dengan Coverage Tetttttt.

3G dah confirm-confirm dah sah-sah tak de signal. Jangan kata Signal 3G, signal H pun kadang-kadang hidup segan, mati malas. So tak payah buat panggilan 3G ya kakak dan abang iparku untuk memantau pergerakkan adik mu ini. Signal dah lama haram dalam hp ni. Mau campak ke tepi katil saja.

Calling dah mula tunjuk taring. Sekejap-sekejap SMS dari rangkaian talian masuk inbox. Just nak bagi tahu aku yang ada 7,8 misscall since sekian-sekian time-and-date. Hampeh.

SMS. Tak usah cerita. Makin parah. Sending-sending-pending-failed. Okeh. Nyanyi ikut irama yang anda suka. Lalalala.. Mari hiburkan hari. Aurora-Aurora-Aurora.

 Inilah realitynya. Tiada Aurora di hemisfera. Tapi ada Roar dalam hati aku tentang Network Coverage Teeetttt.

Bayangkan kalau aku emergency case. Okeh. Rasa seperti di hemisfera utara. Tidak ubah seperti ada hp tupperware isi air sahaja. Tak boleh buat apa. Baling pada polar bear pun pasti dia buat sarkas tool saja.

Wondering how taikun tu boleh jadi orang kaya Malaysia sedangkan network coverage nya out-of-cover. 


logo baru

Tuesday, August 17, 2010

Menjaja Kuih Di Online

7 Ramadhan 1431

Puasa Baru masuk hari ke-7. sahur sudah, berbuka sahaja belum. Semoga ibadah puasa hari ini beroleh keberkatan. Aikkkk.. Kenapa ayat skema macam tazkirah sahaja ni. Huhuhu..

Okeh-Okeh-Okeh

Kawan baik aku sudah menghantar email menjaja kuih raya. Mudah betul sekarang ini, beli kuih raya melalui online sahaja. kalau orang lain buat kuih, home bakery home made, pakai jari uli-uli. Aku???? Online made choose by instinct kuih itu-dan-ini lazat... Ermmmm... Pakai jari uli keypad HP Hantar SMS. Order sahaja. Sebulan lagi siap lah, dihantar ke rumah. Mudah dan membantu ; aku berbelian dan kamu berniagaan.

Dalam senarai pilihan untuk dipilih ada 23 jenis termasuklah:

 Okeh. Ini semua pilihan yang ada. Yummylicious.

samprit versi bulat.

Almond London-bridge-is-falling-down.

mama Carrie-Junior

Prune Chocolate Tulip

Makmur Kristal-clear

Suji Kacang

Dalam senarai teratas carta on-cart akan ku pilih:

Almond London Rose

Kek lapis Chocolate Chip

Tat HP Blue Berry CSL

Tat Hand Bag

Coklat Lazat Lanza

Okeh. List dalam troli akan diforward SMS esok untuk order pada kawan kesayangan aku. Tahun lepas sudah try first time order pada dia. RESULT. tak kecewa. Maka tahun ini, beli sahaja pada dia. Mudah dan pantas.

Bagi yang duduk Area MERSING, especially KAMPUNG SRI PANTAI. Mahu buat tempahan kuih raya click lah amek kesah di bawah ini dan drop your comment. Aku akan tolong sampaikan pesanan tempahan kepada kawan kesayangan aku tersebut.

NotaKuaci: Best cuci mata tengok kuih raya. Tak sabar nak raya.


logo baru

Monday, August 16, 2010

Rindu My Mum

Semalam Selamat pulang dari kampung halaman. Lepas rindu sebakul, kini sudah mula ada rindu segelas. Simpan-simpan lama-lama jadi sebakul mungkin. Owh, ma rindu nak jumpa lagi and bergurau senda.

Aku bangga dengan my mum. She such a wonderfull girl.

Wanita super-duper hebat pada aku.

Kamu juga pasti mengatakan hal yang sama tentang emak kamu.

My Mum superduper hero. Hihi

Ma yang hanya diam walaupun kadangkala suami bagi nafkah wang, tetapi cukup untuk belanja dapur sahaja.

Ma yang menjaga anak, memantau pergerakan anak, menjaga suami dan kehidupan keluarga, walaupun diri sendiri amat sedikit masa yang diperuntukkan.

Ma yang satu, pesanannya beribu-ribu. Ayat tiru.

Terima kasih kerana mengajar Budak Comot erti kehidupan berumah tangga dan menguruskan diri walaupun masih belum berkeluarga sendiri.

Ma lah idola aku.

Walaupun sudah tua, 63 tahun, masih gagah menjaga cucu. Dulu menjaga suami, hidup sepasang.

Kemudian menjaga anak, bertiga beradik dan seorang anak tiri.

Ma masih tabah.

KINI menjaga cucu. Yang Agak Nakal dan Hiper-activ. TAPI ma masih bersabar.

AKU MAHU  SEPERTI KETABAHAN MA.

Si kasih juga harap aku jadi seperti kepoweran ma. Seharian berbincang-dan-berborak dengan si kasih menggambarkan kebahagiaan suami isteri, walaupun penat bekerja di siang hari, malam boleh mengadu-domba untuk meringankan bebanan. Pada yang single seperti aku, JELESNYA orang ada suami, malas-malas, boleh suruh suami. Kalau hidup single, susah-senang, kena buat sendiri.

Teruja si kasih tolong goreng cempedak bersama bakal ma mertua. Macam satu keluarga. Untungnya orang yang dah bersuami. Pasti lebih lagi yang boleh ditolong. Huhuhuhu

Ma lah IDOLA aku.

Aku hairan bila ada yang berungut itu-dan-ini. Mungkin aku juga nanti. Tapi kenapa ma sudah 40 tahun berkahwin, tapi menjaga keluarga seperti baru semalam bernikah,kurang berungut menjalankan tanggujawab.

Masih gagah dan boleh mengalahkan tenaga orang muda yang berkerja, atau menguruskan rumah tangga, tapi berungut tak de masa, tak de wang atau seperti tiada-tiada yang menyeronokkan berumahtangga dan bergelar ISTERI.

Masih berungut itu-dan-ini. Adat manusia. Sudah diberi betis-nak-paha.

Gaji termahal seorang isteri adalah pahala yang tiada tolok bandingnya, kunci syurga yang indah.

Harap ma memperolehnya. Aminnnn.

Semoga kita memperolehi keberkatan bulan RAMADHAN dengan keikhlasan.

Andai tak mahu, jangan lakukan. Mungkin ada pemotongan pahala yang diperolehi andai dalam keterpaksaan, malah menambah dosa pula. Menggunakan perumpamaan GAJI. SUBHANALLAH.

HARAP AMPUNKANLAH DOSA HAMBA MU INI YA ALLAH.

Aku tak mengganggu kehidupan orang lain, harap orang lain juga begitu.

Aku tak tahu susah payah orang, orang juga begitu.











logo baru