Idola Mimpi-mimpiku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, December 3, 2010

Terkena ke Mengena?

Hari ini aku running office sendiri lagi. Aishhh. Berapa kerat saje pekerja office. Tapi masing-masing ada komitmen tersendiri (?), makanya, terpaksalah (?) aku mengerjakan tugasan dan melayan panggilan bersendirian. Kenapa banyak (?) ? Sebab tak tahu rasionalnya.

Bila aku nak cuti ni? Cuti dalam erti kata sebenar CUTI. Duduk rehat-rehat. Free mind from task of work. Free incoming/outcoming calling from client. Percuma dari memikirkan strategi menyiapkan tugasan secara berkhemah  berhemah. Sila terjemahkan ke Bahasa Orang Putih. Lebih kurang dua minggu lagi akan kembali ke tanah jajahan takluk Johor. Mersing. Tunggu kedatanganku. Aku akan kembali. Ketika itu, adakah aku dapat merasa dan mendefinisikan istilah CUTI seperti yang dimaksudkan dalam kamus dewan bahasa.  29hb November tempoh hari telah cuti, tapi tak terasa seperti bercuti kerana still datang ke pejabat 27hb November untuk siapkan kerja, dan 29hb  November pagi pun masih jenguk ke pejabat follow up kerja. Aishhhh. Aku bos? Pengurus? Pihak atasan? Tidakkkkkkkkkkkk.

Tadi semasa menjawab panggilan teman kerja sealiran, bukan teman pejabat ya, kan aku kerja seorang hari ini, aku kena tegur. Katanya aku sepatutnya membuat tindakan susulan email yang diberikan kepada kami (merujuk syarikat). Alasan. Sebab email tersebut di CC kan kepada aku. Begitu jugak dengan email tempahan airlines yang dibuat semalam. Aku juga yang ditegur. Alasan mungkin YA MUNGKIN kelalaian aku sebab tak membuat tindakan susulan.

Tetapi... Aku sajakah yang bekerja di syarikat ini? Hampir semua kerja aku kena buat tindakan susulan? Hampir semua kerja aku kena ingat? Hampir semua kerja aku kena settlekan? Ayayaya. Seronoklah macam tu. Siapa nak bekerja dengan aku. Mari-mari-mari. Tawaran dibuka. Tiada kelebihan dari aspek syarikat, hanya dapat gaji pokok saja. Tiada elaun. Tiada Komisen. Tapiiii. Anda beruntung. Sebab tak perlu kerja lebih. Kerana... Semua kerja ada pada saya. Anda??? Buat kerja anda termampu setakat mana yang boleh saja. Bila tak siap, boleh dipasskan pada saya yang tak menang tangan nak siapkan kerja saya plus kerja anda. WTH. Ni yang susulan. Entry susulan.

NotaKuaci: Pesan teman kerja sealiran. Mungkin kamu bekerja lebih lama dari dia, sepatutnya kamu lebih peka. Sepatutnya kamu sudah tahu apa yang patut dibuat. Sepatutnya kamu sudah mahir uruskan hal-hal sebegini. Erkkkkkk. Aku sudah bekerja lebih lama dari dia? Ye ke? Jom tengok rekod kemasukan pekerja. T________________________T . I miss my time so much. I know, it's your time. My time?

footer

Ayam

Malam tadi tersedar dari tidur, terus selesaikan hutang. 4 sudah selesai... 1 belum lagi, mengutamakan mata beradu dulu, apabila perut kenyang. Subhanaallah. Hutang apa? Solat lah.

Bila dah berbaring semula, mata macam mahu pejam-tak mahu pejam. Mahu lena-tak mahu lena. Aishhhh. Mari membaca lah. Orang bagi petua, nak tidur, membacalah, nanti mata mengantuk dengan sendirinya. Aishhhh. Itu petua orang malas membaca sebenarnya. Kihkihkih. Asal mengadap bahan bacaan, dia mahu tidur.

Sambil membaca novel yang aku bawa pulang dari tempat kerja, otak aku lancar mencerna ayat yang dibaca. Aikkk. Baca novel pun mahu berfikiran macam mentelaah pelajaran. (?) . Tidak-tidak-tidak. Sekadar terfikir.

Ibu Ayam dan Anak Ayam.

Sumber gambar: menggoogle.
Haiwan.
Melindungi anak berbelas-belas ekor, sanggup mematuk sesiapa saja suspek yang dianggap boleh merbahayakan keselamatan anak-anaknya. Sanggup melawan suspek tak kira besar atau kecil, garang atau lemah, asalkan anak-anak selamat.
Manusia.
Melindungi anak berbelas-belas ekor (?), sanggup menerima tawaran sesiapa saja suspek yang dianggap boleh menguntungkan dari kelebihan anak-anaknya. Sanggup menawan suspek tak kira besar atau kecil, garang atau lemah, asalkan mewah dan menguntungkan.
 NotaKuaci: Aku bukan baca novel tentang haiwan. Cuma terlintas di fikiran  semasa terbaca satu ayat dalam pembacaan.

footer

Arianna

Selain jaga Office, aku juga jaga Arianna mengikut giliran. Ini bukan part-time work. Sila paham istilah ini. Masih belum jelas status apa yang boleh digunapakai. Sekarang ini, lebih selesa guna istilah tolong jaga. Refer as my bos mentioned to me. Sebab tak tahu apa yang mahu dikatakan bila orang bertanya. Sebab kalau nak kata kerja, need to pay 100% attention on it. Cukuplah bebanan kerja yang ada. It enough. Tak mahuuuuuuu lagiiiiiiii.

Ini aku mahu bagi ruang pada Arianna. Mari menjenguk Arianna secara maya. Mahu lihat secara reality, marilah walk-in. If it's my turn to look after this shop, u will meet me as your shop assistant. Mariiiii.

Senaskah Al-Quran. Cantik. Tapi Out of Stock. Jika berminat, boleh buat pre-order dulu.

Juga senaskah Al-Quran. Actually, yang dijual adalah Quran's box . Quran is for free. Or maybe price included Quran. Tapi my bos kata,"kami tak jual quran". So mana-mana ikut fahaman andalah.

A few flowers digubah oleh aku secara cincai...boleh dibuat hand's flowers jika berminat.



Berapa jenis bunga yang ada. Sebahagian saja. Lagi sebahagian. Silalah ke kedai Arianna.



Juga terdapat a few cenderamata-hati yang boleh dipilih. Mari tengok.




Nak suruh aku gubah cerderamata-hati pun boleh jugak.


Mahu cari kurta, jubah untuk kanak-kanak. Ada yang untuk umur 1, 2. 3, dan 5,6,7,8 tahun. kihkihkih.

Ini bukan sekolah tadika, atau taska, atau pra-sekolah. Tapi anda masih boleh bawa anak-anak. Sambil anda memilih dan membeli barang. Anda boleh membiarkan anak-anak bermain dan memilih permainan dan buku-buku yang mereka minati. Ibu dan anak pasti suka dapat apa yang mereka hajati.

Berminat untuk walk-in. Marilah datang.
No. 45, Jalan 3/69, Seksyen 3 ,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor.

Mahu jenguk blog Arianna?
http://ariannagift.blogspot.com/

Entry ini adalah pesanan khidmat masyarakat dari Budak Comot (BC). Social Work. Wink 0_<

footer