Idola Mimpi-mimpiku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label smelly sad. Show all posts
Showing posts with label smelly sad. Show all posts

Tuesday, January 17, 2012

Aktiviti kedua Tahun Baru

A.ku. a.kan. pin.dah. ke. ca.wang.an ba.ru. A.ku a.kan. kem.ba.li ke. ne.ge.ri. ke.la.hir.an. a.ku.

Ban.Dar. Ba.Ru. Pe.Na.War,Jo.Hor. Wait-ing. for. me. I. Will. go. for. you. 

>_<

 
footer

Wednesday, May 25, 2011

Tempat Baru

Assalamualaikum..Hukhukhuk.. Batuk bukan sebab dah tua. Ceh. Tak nak mengaku sudah tua. Batuk sebab blog sudah banyak habuk. Wahhhh! Lamanya meninggalkan blog sampai sudah banyak habuk. Debu anasir jahat. Sedih sebab banyaknya cerita yang tak di update dalam blog. Aikkkk. Itu pun nak sedih????? Tak ada siapa pun yang kesah kan-kan-kan? Adaaaa!! Aku kesah. Huhu.

Inikan blog aku. Warna warni hidup aku. Kalau tak ada update entry makanya macam tak ada warnalah hidup aku. Ceh-ceh-ceh. Waiting for my new entry i don't know when. Huhu. Coming soon. Aku akan cerita, kisah-kisak aku di bumi PD ini.

Now.i.wanna.go.for.lunch.Lapar.ini.Jumpa.Lagi.Nanti-nanti.dengan.kisah.PD.Tata

footer

Sunday, February 27, 2011

Sob-Sob-Sob

Pernah ada rasa cinta antara kita
Kini tinggal kenangan,,
Inginku lupakan semua tentang dirimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh ..bintangku


Hasil kejadian, kini yang tinggal hanya kenangan.


























Yang Patah, Tumbuh;
  Yang Hilang, Mungkin ada pengganti... Nanti.

Aminnn...

footer

Friday, February 18, 2011

Kondisi


Sumber gambar oleh Uncle google. 
Tiada sebarang pengeditan oleh Budak Comot.
Motif gambar: Pemberitahuan

Sudah seminggu ini, kondisi kesihatan aku berada di paras kurang memberansangkan. Pagi di paras baik, tengah hari berada dalam paras malar... Tiba-tiba malam di paras separa marabahaya. Sekejap sejuk, sekejap panas. Luar panas, dalam sejuk. Luar sejuk, dalam panas. Erkkkk. Ini bukan teka-teki. Tidak perlu teka. Aku berada dalam keadaan tidak sihat. Batuk-batuk yang beriringan dengan demam dan kadang-kadang selsema. Kadang-kadang ada energy. Kadang-kadang energy hanya cukup-cukup. Makan pun separa bekalan yang terhidang. Lagi separa hidangan ke longkang. Tak ada selera.

Motif cerita...Aku tidak sihat. Maka... Sebarang panggilan yang aku beri layanan kurang memberansangkan, sebarang perbualan yang mungkin kelihatan macam aku tidak beri perhatian, sebarang mesej yang aku tidak berapa beri layanan dan sebarang ajakan berlibur yang aku tidak pedulikan... HARAP MAAF BERJUTA PERASAAN.

Harap maaf semua teman, musuh dan apa sahaja makhluk yang cuba minta perhatian. Aku tidak sihat. Segala aktiviti yang memerlukan reaksi aku, aku akan pertimbangkan dengan mengambil kira kondisi kesihatan aku, kerana aku tiada energy yang sangat banyak untuk dibazir-bazirkan.

NotaKuaci: Selepas ini... Entry yang menyusul adalah hanya scheduled entry. Which mean, bukan aku bertaipan entry untuk di publish secara terus, secara langsung. Sudahku bilang, energy aku tidak banyak. Maka aku perlu membahagi-bahagikan sumber tenaga yang ada secara berhemah., pembaziran tenaga  kepada sesuatu aktiviti bermakna aku perlu melepaskan sesuatu aktiviti yang lain pula. Seperti kos lepas, yang aku pelajari semasa Ekonomi form 6. Selamat menatap blog kesayanganku.


footer

Friday, February 11, 2011

Huk-Huk-Huk

Aku mengalami batuk-batuk sejak kebelakangan ini. Sejak balik dari JB secara spesifiknya. Maka... Akhir-akhir ini, hidup aku ditemani air suam, ricola, bye-bye fever (?), tuala basah... Untuk redakan panas badan dan batuk-batuk tak menentu.

Dulu.. Semasa belajar di UUM, time diserang batuk, hidup aku sering berteman gula-gula Hacks Hitam pekat melekat pahit berhangin tu. Tapi kini aku ubah selera. Gula-gula yang aku bawa ke hulu-ke hilir sekarang ini adalah....
























Ricola... 13 herba jadi satu bijik gula-gula berhangin!
Sumber: Uncle Google, edited by Budak Comot























Inilah tin yang aku duk gendong ke hulu- ke hilir. Abaikan meja kerja aku yang carca-marba.


footer

Tuesday, February 8, 2011

Jangan Lari Laju-laju




















Buai laju-laju,
  Sampai Pokok Sena;
Apa dalam baju?
  Sekuntum bunga Cina...

Itu... Kalau buai laju-laju... Tapi... Ini kalau bawa kereta laju-laju... Jalan licin... Hujan... Lost control... Corner 'S'... Jalan bapak lengang macam nak buat drift sampai berapi tayar... Don't do this at home... or on the road... Or wherever you think you can dance drive... 

Caution: You will lost your car or your life. Unless you are the professional one.



NotaKuaci: Inilah hasil seni drift yang mampu dihasilkan oleh Brother in law aku ketika kejadian. Alhamdullilah. Beliau hanya mengalami jahitan dua jarum di kepala dengan tiada kecacatan fizikal yang serius. Wahai rakan-rakan taulan yang meminati auto drift and drag... Ini bukanlah seni try and error ye. Malang memang tidak berbau, tapi kita sudah mampu menghidu kentut kesan apabila condisi jalan dan kenderaan tidak mengizinkan.
footer

Tuesday, February 1, 2011

Berita Tak Ada Gambar

Aku senyap sebab aku sedang pening. Peningku fahami dirimu, peningku mengikut rentakmu. No-no-no. Bukan sebab pening dengan Si Kaseh. Aku sedang pening. Serius aku sedang pening ni. Sebagai orang Johor pasti sekarang ni aku sedang pening. Bukan pening loya nak muntah, tapi pusing kepala sebab BANJIR SEDANG MELANDA.

Perancangan awal, Plan A, Cuti Raya Gong Xi, Gong Xi, Gong Xi Fa Cai ni, my mum, my sis dan bro in law nak datang KL. Seperti raya cina tahun lepas. Buat round tour KL bersama selebriti terkenal...Budak Comot dan my mum so sweet pheeewit. 0_< Aku as Tour Guide tak berapa bertauliah. Makanya aku tak berpeluang menjenguk Mersing nan permai kerana perancangan ini tidak melibatkan perjalanan ke my Hometown. T___T.

Tapi sangat melankolik sebab beberapa hari kebelakangan ini sangat-sangat-sangat extra carca-marba perjalanan kisah persekitaran hidup aku. T__T ... Kalau dikira dalam perlawanan, ini sudah dikira sudden death sudah. Suddenly Death news for me. Si Kaseh tiba-tiba dah merantau jauh diperantauan mata aku sekelip mata macam tingggg!!! Satu jam setengah dari tempat tinggal aku, tapi serius jauh dan tak tabah kalau nak redah jalan setakat naik motor. T____T. Nuh ke Kuala Kubu Baru. Sesiapa ada idea persekitaran tempat yang dinyatakan????

Berita berganda bila my bro in law pulak malang tak berbau. Segala perancangan dibatalkan serta-merta. Okeh. Aku pasrah. Aku terkontang-kanting bertempiaran di rumah sewa. Tiket balik kampung tak ada dalam tangan. Tak ada perancangan balik kampung pun sebelum ini. Maka kenalah cari segera. Within 24hour...Sebab makin dekat cuti, makin tinggi kebarangkalian angka tiket yang tidak ada. Si Kaseh dah tak ada, I need to move by my self. Padan muka aku, selalu menyusahkan si kaseh, sekarang susah sikit dah rasa macam 8x susah dari biasa. T___T. Setiap perancangan perlu ada contingency plan. T__T. Aku bersegera cari tiket pulang ke kampung, tapi....

Tiket sudah ada, sekarang problemnya pulak...B.A.N.J.I.R. Ada sesiapa ada idea keterukkan keadaan banjir kawasan yang aku perlu lalui??? Aku tak mahu tersadai di dalam bas ditengah perjalanan pulang. Sangat sadis kalau berlaku tragedi macam tu. T__T. FYI. Aku tidak beli tiket direct balik Mersing seperti kebiasaan, tapi aku beli tiket balik JB. Apa yang merasuk aku ni????

Plan B. Kami mungkin bergathering di rumah my sis Raya Gong Xi ini. Tapi.... Mampukah kami bergerak meredah banjir. Di antara Mersing dan Kulai. Laluan tengah-tengah dah naik air. Aishhhh. Ya Allah. Mudahkanlah perjalanan aku, rakanku dan ahli keluargaku. Permudahkanlah dan berilah kami ruang untuk bersama Ya ALLAH. Aminnnn~~~

NotaKuaci: Ini bukan waktu pembelajaran kertas perancangan strategi. Perlu ada Plan A, B, C dan Kontingensi. Tidak. Tapi inilah waktu pembelajaran realiti kehidupan manusia. Apa yang dirancang belum tentu ia jadi kenyataan. Kadang-kala Allah berikan ruang pembelajaran yang lain juga sebelum kita mampu merealisasikan perancangan kita. Allah maha mengetahui.

footer

Tuesday, January 4, 2011

Melur 3

Ekoran tsunami dalam hati 30 Disember 2010 tempoh hari, aku telah menggagahkan diri ke kaunter tiket mencari haluan jalan pulang. 30 Disember 2010, rakyat Malaysia rata-ratanya bercuti menyambut kemenangan Harimau Malaya, tapi aku di samping keluarga menyambut rasa hati yang galau. T____T

Lawatan ke Wad Hospital Mersing secara rawak dalam ingatan adalah sangat menghampiri 10 kali, sedikit. Amat jarang aku membuat lawatan ke wad tanpa alasan yang kukuh. Tapi...

Kali ini, aku gagahkan juga kaki ke Wad 5, Hospital Mersing untuk menjenguk, melawat dan merawat hati abah yang mungkin menanti kunjungan anak-anak. Hati siapa tak sedih lihat abah di katil hospital? Sakit. Bukan sebab sedang berehat bercuti panjang.

Abah disamping cucu yang dimanjai setiap hari, pagi petang siang malam. Kunjungan kami ternyata membuatkan hati abah kelihatan berbunga. Beliau tersenyum. Itu yang aku sangat harap-harapkan. Gambaran kesakitan dari mata kasar amatlah ditakuti. Ngeri.

Pemandangan diluar Wad. Kelebihan yang menyamankan. Wad berhampiran Pantai Mersing. Maka, deruan ombak menyenangkan hati yang sedang kesedihan. Mampu memberi terapi secara semulajadi.
My Mum setia di sisi. Melempar jauh pandangan ke Pantai Mersing, dalam hati, tiada siapa yang tahu. Setelah lebih 40 tahun hidup bersama, keadaan seperti ini, memberi dugaan dan menagih kesabaran hati yang tinggi.

Masih sabar melayan kerenah anak yang gila bergambar. T____T saja berkelakuan agak ceria untuk menghiburkan hati my mum. Kenakalan aku, mengundang senyuman buat yang mengerti.


Hari ketiga, semasa abah di Wad Hospital Mersing. Mesin apakah ini? Haku pun tak tau. T____T Darah abah dikhabarkan pekat, maka beliau dimasukkan ubat untuk mengawal kelikatan darah. Proses mengambil masa 2 hari lebih. Kesian abah, ditahan lagi.

Saluran yang digunakan untuk memasukkan ubat. Tempoh hari, saluran yang sama digunakan untuk memasukkan glukos. T___T

Ini yang aku nak marah ni. Borang Pendaftaran Masuk Pesakit dah diisi. Kenapa nama abah salah?

Waktu melawat sudah tamat. Kini aku kembali ke Bangi dengan harapan hari ini abah dah boleh pulang ke rumah. Kesihatan yang lebih baik. Amin~

Kepulangan aku kali ini, banyak cerita dari mulut my mum, menyingkap kisah mereka dulu-dulu. Cerita zaman-zaman aku belum dilahirkan. Pasti hati my mum dicuit rindu pada abah. Marah tandanya sayang. Merajuk tandanya rindu. Pasti my mum rindu saat berdua. Seperti yang aku selalu rasakan, biarlah tak banyak bicara, asalkan si kaseh berada si depan mata.

 
footer

Thursday, December 30, 2010

Ceria Tapi Sedih

Ada banyak alasan untuk senyum, gembira, sengih dan ketawa sepanjang akhir bulan; minggu ini. Malaysia Menang Piala Suzuki AFF 2010. Esok Cuti Umum sempena Malaysia menang piala tersebut. Minggu depan dah masuk tahun baru. Umur masih panjang. Jiwa rasa makin bahagia. Sayang makin rasa bertambah. Makan makin banyak T___T, berat tak naik-naik. Boleh jumpa si kaseh. Dapat hadiah. Serius. Banyak benda buat aku tersenyum, sengih, ketawa.

TAPI...

Hanya satu masej yang di hantar daripada kakak aku sebentar tadi, mampu meragut semua senyuman dan kegembiraan aku.
Abah masuk hospital, tadi tekanan jantung dia lemah.

Segera aku call my mum. Menggigil aku. Abah menghampiri 70 tahun 6 bulan lagi.
Abah kena tahan kat wad sebab tekanan gula dalam darah rendah.
Tiada kegembiraan yang lebih berharga daripada kesihatan yang baik ke atas kedua orang tua kita.

Walaupun jarak Bandar Baru Bangi dan Mersing bukanlah sejauh KL-London, tapi pada sesiapa yang duduk diperantauan pasti faham hakikat sebenar jarak yang aku maksudkan.

Tolong doakan kesihatan abah aku ya rakan-rakan. Semoga beliau cepat pulih. Aminnn

footer

Tuesday, December 14, 2010

Menghitung Hari

Tiap-Tiap hari kerja nak tengok kalendar saja.

SEBAB......

Hati dah tak sabar mahu pulang ke kampung halaman.

Mahu jumpa kekasih ratu hati sanubari jiwa raga rasa terseksa mahu lepaskan rindu dendam. Ibu-ibu... Engkaulah ratu hatiku. Bila ku berduka, engkau hiburkan selalu. Aduhhhh. Sabarlah hati. Lagi 60jam plus-plus akan kembali kepangkuan keluarga. Sabarlah hati ya. Mari kita nyanyi dulu.

footer

Tuesday, December 7, 2010

Aik... Ada Lagi????

WARNING / AMARAN:Entry ini berbaur PHD, IRI HATI, dan BURUK SANGKA.
Sila jauhi entry ini jika anda berjiwa suci murni, scroll next page or new page untuk entry yang lain.
Kenapa sudah ada amaran seperti tersebut masih mahu mempublish di blog sendiri. Mahu buka pekung di dada? Mahu orang lain cium hidu bau hati busuk manusia yang sedang taipan blog ini?

BUKAN. Bukan-bukan-bukan. Nehiiiiiii!

Cuma adat manusia. Bila kita luahkan yang buruk, pasti dia mahu baca. Mahu tahu cerita. Bukan nak mengumpat, cuma sebagai peringatan sesama kita. Macam ceramah agama, sambil berceramah sambil bagi contoh jiran sebelah, anak Mak Temah, cucu Pak Cik Sidek. Akhirnya akan cakap, "Contohnyaaa lah kan" atau "Misalannnn lah kan". Takkan itu kategori mengumpat atau mengata. Itukan contoh saja. Erkkkk. Tak kira mengumpat kan-kan-kan? Confuse.

Adat manusia.Bekerja satu pejabat, tapi seorang nampak hardworking seorang nampak lazy-king. Word. NAMPAK. Hakikatnya? Hanya pekerja tersebut saja yang tahu tahap kerajinan atau kemalasan mereka. Selebihnya, perlu pandai berlakon supaya bos nampak macam harem saya sedang bekerja, saya nampak rajinkan (?). Bila minta tugasan yang diamanahkan, erkkkk. Masih tak siap, bila tak sempat buat, kebetulan cuti, pass pada orang lain boleh. Awak tolong siapkan ya. Boleh minta tolong macam tu?

Adat manusia.Saniah tak ada kenderaan untuk ke pejabat. Bila mahu pergi kerja, tumpang Ratiah. Bila kenderaan Ratiah rosak, tayar bocor, minyak kurang, breakdown, etc2 Saniah tolong keluar duit apa yang patut. Share 50%. Hak milik kenderaan, Ratiah punya. Minyak kenderaan, Ratiah tumpang, Ratiah bagi; dan keluarkan. Beli kenderaan, family Ratiah. Ratiah? Cuma pandu-uji dan miliki. Huhuhu. Akhir bergurau, Ratiah cakap kau nak pergi kerja, pandai-pandai kau lah ye labu. Erkkkk. Boleh gurau macam tu?

Adat manusia.Anisah dan Anibah selalu bersama. Buat kerja sama-sama. Makan sama-sama. Tidur sama-sama. Ehhh. Bukan lesbian. Cuma nak bagi perumpamaan betapa rapatnya mereka. Bila Anisah kena keluarkan bajet untuk perbelanjaan, Anibah pun sama juga keluarkan bajet di lain keadaan dan masa. Tapi Anisah boleh dapat pulangan habuan dari bajet yang dikeluarkan, Anibah pula lambat terima habuan. Anibah kata tak adil! Tapi sebenarnya Anisah usaha lebih, tentulah dapat habuan awal. Erkkk. Atau Anisah pasang kipas (AMPU) kuat-kuat biar cepat terbang. (?) Boleh tak puas hati macam tu?

Adat manusia.Mulut bising-bising itu dan ini. Tak puas hati itu dan ini. Tapi bila depan mata, katanya malu, kelu. Dalam twitter di twett berjela-jela selang masa 2minit saja. Aishhhhh. Pandang mata semua berbulu, mulut berbuih ayat merapu, hati menjerit kata ini tak adil, main tipu, hati busuk, lambat itu dan ini. Dan lain-lain lagi kata-kata berbaur tutttt. Boleh berpura-pura macam tu?

NotaKuaci: Anda lihat, anda renungkan. Anda baca, anda fikirkan. Adat manusia. Selalunya lebih fikirkan keburukan orang berbanding keburukan diri sendiri. Kebanyakkannya lebih fikirkan kepentingan diri sendiri berbanding kepentingan orang lain. Ini sekadar entry rumusan. Macam soalan karangan masa sekolah dulu-dulu. 0_o

Sumber Gambar: Menggoogle. Related of the Picture. Bukan sebab dipanah cinta asmara, tapi dipanah sifat mazmumah.
footer

Monday, December 6, 2010

Cramp

Otak cramp,
Badan cramp,
Life cramp,
Mood cramp,
sebab.....
Poket juga sedang cramp...
Sekarang aku sedang bejat, kaku, cramp.

footer

Friday, December 3, 2010

Terkena ke Mengena?

Hari ini aku running office sendiri lagi. Aishhh. Berapa kerat saje pekerja office. Tapi masing-masing ada komitmen tersendiri (?), makanya, terpaksalah (?) aku mengerjakan tugasan dan melayan panggilan bersendirian. Kenapa banyak (?) ? Sebab tak tahu rasionalnya.

Bila aku nak cuti ni? Cuti dalam erti kata sebenar CUTI. Duduk rehat-rehat. Free mind from task of work. Free incoming/outcoming calling from client. Percuma dari memikirkan strategi menyiapkan tugasan secara berkhemah  berhemah. Sila terjemahkan ke Bahasa Orang Putih. Lebih kurang dua minggu lagi akan kembali ke tanah jajahan takluk Johor. Mersing. Tunggu kedatanganku. Aku akan kembali. Ketika itu, adakah aku dapat merasa dan mendefinisikan istilah CUTI seperti yang dimaksudkan dalam kamus dewan bahasa.  29hb November tempoh hari telah cuti, tapi tak terasa seperti bercuti kerana still datang ke pejabat 27hb November untuk siapkan kerja, dan 29hb  November pagi pun masih jenguk ke pejabat follow up kerja. Aishhhh. Aku bos? Pengurus? Pihak atasan? Tidakkkkkkkkkkkk.

Tadi semasa menjawab panggilan teman kerja sealiran, bukan teman pejabat ya, kan aku kerja seorang hari ini, aku kena tegur. Katanya aku sepatutnya membuat tindakan susulan email yang diberikan kepada kami (merujuk syarikat). Alasan. Sebab email tersebut di CC kan kepada aku. Begitu jugak dengan email tempahan airlines yang dibuat semalam. Aku juga yang ditegur. Alasan mungkin YA MUNGKIN kelalaian aku sebab tak membuat tindakan susulan.

Tetapi... Aku sajakah yang bekerja di syarikat ini? Hampir semua kerja aku kena buat tindakan susulan? Hampir semua kerja aku kena ingat? Hampir semua kerja aku kena settlekan? Ayayaya. Seronoklah macam tu. Siapa nak bekerja dengan aku. Mari-mari-mari. Tawaran dibuka. Tiada kelebihan dari aspek syarikat, hanya dapat gaji pokok saja. Tiada elaun. Tiada Komisen. Tapiiii. Anda beruntung. Sebab tak perlu kerja lebih. Kerana... Semua kerja ada pada saya. Anda??? Buat kerja anda termampu setakat mana yang boleh saja. Bila tak siap, boleh dipasskan pada saya yang tak menang tangan nak siapkan kerja saya plus kerja anda. WTH. Ni yang susulan. Entry susulan.

NotaKuaci: Pesan teman kerja sealiran. Mungkin kamu bekerja lebih lama dari dia, sepatutnya kamu lebih peka. Sepatutnya kamu sudah tahu apa yang patut dibuat. Sepatutnya kamu sudah mahir uruskan hal-hal sebegini. Erkkkkkk. Aku sudah bekerja lebih lama dari dia? Ye ke? Jom tengok rekod kemasukan pekerja. T________________________T . I miss my time so much. I know, it's your time. My time?

footer

Tuesday, November 23, 2010

Heart Hurt

Aku sedang dalam kecewa ganda tiga.

#1...Kecewa sebab baru tahu sudah ada GHOST WHISPERER year 5 di 8TV. Setiap Selasa, 9.30 PM. Tapi....Miss watch 1st episode. 

KECEWA.
#2...Kecewa sebab bila login 8TV, dulu memang sudah daftar sebab tonton GHOST season 2 online. Tapi... Disuruh tengok di tonton.com.my. 

KECEWA.

#3...Bila daftar di tonton.com.my. Tidak boleh login. Daftar tiga kali guna tiga email berbeza, result tetap sama. Tidak boleh menonton di tonton.com.my.

KECEWA.

Seriusly. Kecewa ganda tiga...



Bila masa aku sudah daftar dengan Mediaprima guna dua email yang terbaru tu? 
Kenapa aku tak boleh login, walaupun sudah guna tiga username/password  berbeza?
Notakuaci: Aku sedang rasa kecewa berganda-ganda. Menyampahhhhhhhh. Aishhhhhh.


footer

Wednesday, November 17, 2010

Sob-sob-sob

Mengalahkan orang yang jauh duduk di perantauan. Merantau sampai ke negeri China. Raya pun tak balik. Maafkan anakmu my mum. Raya Aidiladha jatuh pada tengah-tengah alam minggu, maka tidak dapat pulang ke kampung halaman. My sis sudah sms-sms tanya esok masak apa. Sigh~~~ Si Kaseh kerja malam hari ini. Aku kerja siang, tadi. Esok? Aku cuti. Tapi. Raya sendirian. Tak tahu lah Si Kaseh mahu jenguk aku di siang hari atau tidak. Sigh again.


Selamat Hari Raya Aidiladha.

Semoga selamat semuanya. Berqurban apa saja. Harta ataupun nyawa. Itulah kaseh mesra. Sejati dan Mulia. Hmmmmm...
footer

Thursday, November 11, 2010

Teman Lama

Semasa di UUM, aku berlibur dalam hati bersama teman sepekuliahan semasa menuntut ilmu di Sintok ini dulu-dulu. Menumpang bermalam di rumah beliau, terima kaseh daun keladi kerana bagi tubuh kecik aku ni menyibuk di rumah kamu. Kihkihkih.




Inilah dia tuan badan yang menjadi tempat aku menyusahkan selama 2-3hari di Sintok. Jangan marah ya teman. Luv you so much muahhhh-muahhhh-muahhhh. Siti Rasyidah Hassan. Lain kali aku datang, aku mahu menyusahkan kamu lagi ya? Boleh? Angguk secara paksaan ya. Huhuhu.

Budak Comot di COB.

Terima Kasih Daun Keladi, Ada masa aku kembali, Bolehlah kau bagi tumpang tidur lagi. Pantun 3 kerat.
Ini entry dedikasi kepada pihak yang terlibat semasa aku di Sintok 30 Okt - 1 Nov 2010. Kepada Iwan Hartawan, thanks very much kerana sudi mengambil aku di Pekan Changlon. Maaf kerana ganggu waktu tidur anda. Aku sebenarnya tak ada proper planning, just ad-hoc saja. Kepada Siti Rasyidah, thanks my lovely friend, jasa mu dikenang. Sanggup berhujan lencun bersama-sama ke Ekspo Konvo untuk mencari barang dipesan, merayau dalam hujan. We have fun together in the rainy days. Eyukkksss... Kalau ada pilihan, pastilah kita pilih bermandi peluh, panas dari bermandi hujan. Tapi dah musim tengkujuh, redah sajalah. Kepada Kak Ina, only the name i know as mentioned. Thanks sebab bagi tumpang, bagi makan laksa and bagi saya memekak di rumah akak a few days dulu. Paling PENTING, bagi tumpang kereta Myvi akak yang cute tu. Kalau tak, saya tentu tak dapat berjumpa family bakal mertua and tak dapat tengok si kaseh ambil ijazah dalam hujan. Thanks a lots akak. Laksa akak masak, marvelous, delicious. Yummy. Lain kali kita jumpa lagi ya, Insyaallah. Kepada yang terlibat secara tidak langsung, tak tersebut tak terucap ucapan terima kaseh, jangan kecil hati, aku tetap ucap terima kasih. Kalau tidak, tak jejak aku di KL ini lagi. Terkandas dalam banjir di Sintok. Sob-sob-sob.
footer

Wednesday, November 10, 2010

Banjir... part iii

Jam 12.00 AM, kami sudah melepasi Kangar, menuju ke Baling. Berhasrat mahu menumpang semalaman membetulkan tulang belulang di rumah Abang kepada bakal kakak ipar aku. Okeh. Jumpa ajnabi yang lain pulak. Tabah.

Bermalam di Baling, bersama 1001 rasa yang tak boleh digambarkan dengan perkataan. Bangun awal pagi sudah terpacak di depan TV. Berita mengkhabarkan Changlun telah ditutup. Konvo sesi ke-5 dan ke-6 terpaksa ditangguhkan kepada suatu tarikh di beritahu kelak. Kami? Tersenyum. Lega. Bersyukur kepada Allah. Kami selamat meninggalkan Sintok dan Changlun. Aku? Sangat menghargai masa dan suasana yang dianugerahkan kepada aku. Bersama keluarga bakal mertua dalam suasana begini memang betul-betul menguji.

Seawal jam 8.00 AM, bakal mertua mencadangkan kami kembali ke KL melalui Jeli. Okeh. Baiklah. Sekarang aku perlu ke Jeli pula? Kampung halaman si kaseh. Aku hanya mampu tersenyum dan mengiyakan saja. Dalam hati sudah macam empangan nak pecah. Perjalanan diteruskan ke Kelantan. Perancangan manusia takkan dapat melawan ketentuan Allah. Aku akhirnya menjejakkan kaki ke rumah si kaseh. Tiada dalam perancangan aku.

Dalam perjalanan ke Jeli.


Semasa dalam perjalanan, kami singgah di Tasik Banding. Royal Belum Forest yang menarik hati pelancong eco-tourism. Masa yang ada kami gunakan merapatkan lagi hubungan antara kami. Fuhhhhh... Lega. Rasa seperti macam satu keluarga.

Muka yang ceria. Dalam hati? Pancaragam bingit.

Singgah sebentar di Tasik Banding.

Konvo si kaseh merupakan pengalaman yang tak mungkin aku lupakan. Manusia hanya merancang. Tiada siapa dapat menduga perancangan yang tertulis hakiki. Qada' dan Qadar. Bukankah sudah ada dalam rukun iman? Aku yang mampu tersenyum dan bersyukur.

footer