Idola Mimpi-mimpiku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Internal mine. Show all posts
Showing posts with label Internal mine. Show all posts

Wednesday, January 4, 2012

Tahun baru, Hati Lama, Misi baru, Jiwa Lama...

Assalamualaikum~~~~~

Wahhhhh!!!!!!

2012~~~ Macam title gilem omputih je..(Betulke 2012 dunia akan kiamat???? Subhanallah...)

Aku ada sindrom malas taipan blog secara kritikal. Malas update. Malas taip. Malas edit. 
Everthing is about Mim.Alif.Lam.Sin. M.A.L.A.S=L.A.Z.Y

Maka...Secara pantas dan tuntas, aku nak mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada seluruh umat yang melintas di blog aku ini. Yang jauh marilah jenguk, yang dah selalu jenguk marilah berkampung dalam blog aku ini. 

NotaKuaci: Sangat tak ada mood sampai nak bertaipan pun tiada idea. Sifar. Zero. Kosong. Blank. Tata.

(Semoga tahun baru 2012 ini dianugerahi sejuta rahmat, dilimpahi sejuta keberkatan. Hidup dilindungi dan diredhai Allah S.W.T)
M.A.L.A.S B.O.S.A.N
footer

Tuesday, December 7, 2010

Aik... Ada Lagi????

WARNING / AMARAN:Entry ini berbaur PHD, IRI HATI, dan BURUK SANGKA.
Sila jauhi entry ini jika anda berjiwa suci murni, scroll next page or new page untuk entry yang lain.
Kenapa sudah ada amaran seperti tersebut masih mahu mempublish di blog sendiri. Mahu buka pekung di dada? Mahu orang lain cium hidu bau hati busuk manusia yang sedang taipan blog ini?

BUKAN. Bukan-bukan-bukan. Nehiiiiiii!

Cuma adat manusia. Bila kita luahkan yang buruk, pasti dia mahu baca. Mahu tahu cerita. Bukan nak mengumpat, cuma sebagai peringatan sesama kita. Macam ceramah agama, sambil berceramah sambil bagi contoh jiran sebelah, anak Mak Temah, cucu Pak Cik Sidek. Akhirnya akan cakap, "Contohnyaaa lah kan" atau "Misalannnn lah kan". Takkan itu kategori mengumpat atau mengata. Itukan contoh saja. Erkkkk. Tak kira mengumpat kan-kan-kan? Confuse.

Adat manusia.Bekerja satu pejabat, tapi seorang nampak hardworking seorang nampak lazy-king. Word. NAMPAK. Hakikatnya? Hanya pekerja tersebut saja yang tahu tahap kerajinan atau kemalasan mereka. Selebihnya, perlu pandai berlakon supaya bos nampak macam harem saya sedang bekerja, saya nampak rajinkan (?). Bila minta tugasan yang diamanahkan, erkkkk. Masih tak siap, bila tak sempat buat, kebetulan cuti, pass pada orang lain boleh. Awak tolong siapkan ya. Boleh minta tolong macam tu?

Adat manusia.Saniah tak ada kenderaan untuk ke pejabat. Bila mahu pergi kerja, tumpang Ratiah. Bila kenderaan Ratiah rosak, tayar bocor, minyak kurang, breakdown, etc2 Saniah tolong keluar duit apa yang patut. Share 50%. Hak milik kenderaan, Ratiah punya. Minyak kenderaan, Ratiah tumpang, Ratiah bagi; dan keluarkan. Beli kenderaan, family Ratiah. Ratiah? Cuma pandu-uji dan miliki. Huhuhu. Akhir bergurau, Ratiah cakap kau nak pergi kerja, pandai-pandai kau lah ye labu. Erkkkk. Boleh gurau macam tu?

Adat manusia.Anisah dan Anibah selalu bersama. Buat kerja sama-sama. Makan sama-sama. Tidur sama-sama. Ehhh. Bukan lesbian. Cuma nak bagi perumpamaan betapa rapatnya mereka. Bila Anisah kena keluarkan bajet untuk perbelanjaan, Anibah pun sama juga keluarkan bajet di lain keadaan dan masa. Tapi Anisah boleh dapat pulangan habuan dari bajet yang dikeluarkan, Anibah pula lambat terima habuan. Anibah kata tak adil! Tapi sebenarnya Anisah usaha lebih, tentulah dapat habuan awal. Erkkk. Atau Anisah pasang kipas (AMPU) kuat-kuat biar cepat terbang. (?) Boleh tak puas hati macam tu?

Adat manusia.Mulut bising-bising itu dan ini. Tak puas hati itu dan ini. Tapi bila depan mata, katanya malu, kelu. Dalam twitter di twett berjela-jela selang masa 2minit saja. Aishhhhh. Pandang mata semua berbulu, mulut berbuih ayat merapu, hati menjerit kata ini tak adil, main tipu, hati busuk, lambat itu dan ini. Dan lain-lain lagi kata-kata berbaur tutttt. Boleh berpura-pura macam tu?

NotaKuaci: Anda lihat, anda renungkan. Anda baca, anda fikirkan. Adat manusia. Selalunya lebih fikirkan keburukan orang berbanding keburukan diri sendiri. Kebanyakkannya lebih fikirkan kepentingan diri sendiri berbanding kepentingan orang lain. Ini sekadar entry rumusan. Macam soalan karangan masa sekolah dulu-dulu. 0_o

Sumber Gambar: Menggoogle. Related of the Picture. Bukan sebab dipanah cinta asmara, tapi dipanah sifat mazmumah.
footer

Saturday, December 4, 2010

150 Juta

Title: 150 Juta
Artist: Fynn Jamal


Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas jujur apa adanya”
“Aku lagi kenal dia”

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi

Dan setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata

“Sayang mungkin baran tak kira masa”
“Tapi sayang tahan kalau salahnya saya”
“Sayang mungkin saja keras kepala”
“Tapi sayang manja bila kita berdua”
“Saya kenal sayang saya”

Buat apa di cerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi senja
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua

NotaKuaci:
Aku pada matamu:

“Sayang mungkin baran tak kira masa”
“Tapi sayang tahan kalau salahnya saya”
“Sayang mungkin saja keras kepala”
“Tapi sayang manja bila kita berdua”
“Saya kenal sayang saya”

Aku pada mataku:
Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi senja
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua

footer

Tuesday, August 24, 2010

Aku adalah A.K.U


Comel betul tumblr di atas. Tak mampu aku nak buat secute ini. Doodle comel, ringkas dan padat. Masej yang nak disampaikan pun mudah, Mengambil dari  jeans beans yang comel macam doodlenya. 

NotaKuaci:Doodle ni nampak macam childish, tapi memang semua orang dalam dunia ni pun, selagi namanya manusia, bila hati ada cinta, dia akan menjadi childish. SETUJU??? childish=lovely=cutety=happiness.

logo baru

Wednesday, August 11, 2010

Aku mintak maaf pada semua

1 Ramadhan 1431...

Aku. Budak Comot. 
 
Kepada sesiapa sahaja yang mengenali aku, nama aku atau tahu pasal aku.


Aku mohon ampun maaf sebelum Aidilfitri menjelma supaya ibadah puasa aku lebih berkat dan diredhai.

Ampunkan aku pada segala kesalahan yang disengajakan atau tidak disengajakan.

KERANA

aku betul-betul rasa tercabar kesabaran aku hari ini dengan kerenah yang mampu aku tangani, tapi bluetooth dari jarak jauh oleh Syaitan,menyebabkan aku  menggigil kemarahan. aku panas baran skala mild. Okeh. Aku salahkan Syaitan. Huhuhuhu

Sesungguhnya Syaitan sentiasa berusaha mencelarukan sesiapa sahaja selagi dia digelar hamba Allah.  
Ini betul walaupun fakta seperti memburuk-burukan makhluk allah.

Oleh itu, aku mohom ampun maaf sekiranya aku tersecara tidak sengaja telah membuat kesalahan sehingga aku menerima ujian seperti ini hari ini.

Orang kata "What u give, u get back." Maka aku terfikir, mungkin ketika aku kecil, aku jugak menjegilkan orang lain. Tapi rasanya bukan pada menjegilkan dengan menggigit orang lain.

Aku rasa sangat mahu menyepak sekali seperti mana ayat yang selalu ayahnya katakan bila tengah marah.
Like father like son daughter. Pepatah tema entry ini.

NotaKuaci: Ini adalah entry berbaur emosi. Supaya generasi aku terbaca entry ini, AND mendidik anak hormati orang lain walaupun sekecil manapun usia anak yang dididik. Melentur buluh biar dari rebung.
Aku tak mempunyai anak lagi, tapi aku akan cuba mendidik anak aku, anak sedara aku, atau generasi yang berkaitan dengan aku untuk tak bertindak no manners dengan orang lain. my mum always told,"Didik anak ikut zaman. Pukul sikit anak supaya dia ingat apa yang patut and tak patut dibuat. Kerana sayang kita takut nak tangankan anak kita, tapi kerana sayang juga nanti anak kita takkan dengar kata". Aku tak mempunyai anak lagi, bagi yang beranak, silalah komen and bagi pengajaran kepada kami yang belum beranak.


logo baru

Monday, July 19, 2010

Aku jatuh cinta sama dia

Chapter 4

Aku dapat sambung study kat Universiti Utara Malaysia. nun jauh kat Sintok, Kedah. Amekkk... Nah kau... Dulu dapat Pra-Sains kat Samarahan, Sarawak, abah kata "Kau sambung belajar form 6 je la dik. Tak payah lah pergi sana". Sekali tuh huissshhhh. Jauh tu. 12 hours nek bas. Adoihai.



Aku dapat jurusan pengurusan pelancongan. Macam best je, dengar tourism, leh jadi tourist. jalan-jalan tengok tempat orang...huhu.. Memang syok lah dapat belajar pasal tourism in Malaysia and overseas-river-town... Fuhhhh... Subjek memang nampak macam mudah. Senanglah dah student lain tengok tak de calculation. Cube-try-test. Kalau tak macam nak terbalik pegang buku, tak tertonggeng-tonggeng nak menelaah, tak tertido-tido cari jurnal dalam library, resources tak seberape, tapi nak kene related dengan current issues. Kira macam jadi little embassy dah duk pulun baca pasal tourism. Huhuu...  

tiga tahun setengah gak la berulang alik utara-selatan. Time ni lah kalau nak ingat, memang tak cukup GB dalam otak nak revise. seronok ingat pasal, nak cari tiket lek kampung, nak kejar bas sebab time dah lewat, berbuka sorang-sorang, makan ramai-ramai, melepak satu kroni penuh bilik. 

Nilah member rapat aku kat U.

Di Jeti Kuah, odw nak balik ke Kuala Perlis.

The gurl yang no. 3 dari kiri tu lah, gurl-next-bed aku for 3 years study kat UUM.

Antara xtvt yang aku join masa field trip Recreation Class.
Project Event Management of my class. Majlis berbuka puasa makan nasi Ambang sambil kelas menganyam ketupat.

Masa Tourism Act di EDC hotel, UUM (muke legap sebab driving license classes). 

Kolej kediaman kesayangan aku.3 Years duk kolej ni pun tak pe. Rasa aman je. Now lebih dikenali dengan DPP SME kot. 


Treng-teng-teng


Kolej Bukit Kachi 2



Banyak lagi pic masa kat u kalau nak tepek kat blog ni, mau entry ni panjang sampai ke Africa selatan. 

Over all, semenye best la kat U, walaupun tak best pun, bila dah jadi memory ni, tetap keep in memory storage as precious moments. Tak de lagi peluang nak jadi macam dulu, even pi blaja sambung master ke phd ke. No-no-no-no ...

It will never be the same again.


Jeng-Jeng-Jeng

Grad with second upper class je... Huhu

Dapat la sekeping ijazah.

Sekeping ijazah yang disnap menjadi beberapa keping gambar.

With fellow coursemate. Blurring sebab takut menceroboh privacy others. huhu


The End bout the educational path. But learn will never end. The greatest teacher is experience of life. The formal system juz will be indicate with a pieces of education's transcripts . Ilmu amalan adalah bekalan sampai ke akhirat. Menuntutlah ilmu yang elok-elok-berguna-pakai-berfaedah sahaja.



logo baru

Friday, July 9, 2010

Not a Bed Time Story

Hujan Emas di negeri Orang; Hujan Batu di negeri Sendiri, Lebih Baik di negeri Sendiri. (Bila nak ujan emas kat negeri sendiri ni???? )...Tapi dulu Mersing sempat masuk berita sebab mewah dengan emas de tepi pantai. Kat kampung aku la tu... Eceh-eceh-eceh... tetiba plak.

Ada pepatah kata, blajar la sehingga ke negeri china. Tapi otak aku dah berkarat, tak mungkin nak tuntut ilmu nut jauh sampai ke China. So, aku hanya mampu menjejakkan kaki ke China untuk jamu mata sahaja.. Hahaha...


Yok Jalan-jalan ke China....

Dari tanah Melayu, aku persembahkan ceritera bergambar, perjalanan aku menjejakkan kaki ke Negeri Hang Li Po untuk kem salam kat family dia. Hahahahahha


Sebab zaman sekarang tak perlu naik tongkang untuk pejalanan sejauh 6 jam menaiki kapal terbang, maka rombongan Cik Li Po hanya memilih naik kapal terbang. Tak payah feeling naik tongkang bagai-bagai kalau ada yang lebih mudah... Huhuuhuhu


Kalau naik tongkang, kita tengok dasar laut. Kalau naik kapal terbang, kita tengok dasar awan...Hahahaha

Okeh... Sampai darat, takkan nak berangan tengok dasar awan lagi... Dasar kau tak sedar diri... Hahaha.. Kita naik bas la pulak. Rombongan Cik Li Po landing kat Tianjin Airport selamat, alhamdulillah tanpa sebarang crash or scar. Alhamdulillah, mudah kerja aku bawak rombongan ni. Passport and visa seme pun okeh. Senyum dalam hati aku, akhirnya jejak kaki ke Tanah Besar China. Senyum dalam sahaja, kalau senyum luar, sorang-sorang dicop gila plak nanti.Hahhaha ...

Mari kita jejak Puteri Hang Li Po.. Yokkkkk...Seranggggggg....serangggg(?) ... Serbu hotel, 6 Hour in flight, perut sudah craving for food. Macam ne agaknye kalo nek tongkang? Tentu tunggang langgang aku... hahhaha... Naya-naya-naya

Second day at Tanah Besar China, aku bersama rombongan Hang Li Po menjejakkan kaki ke Dataran Tian An Man... Tu dia... Kat mane aku nak cari family Hang Li Po ni???? Luas Ya Amat datarannya. Tak cam aku ne satu family Hang Li Po... Hhahahahah

Kat mana aku nak start cari ni??????

Ni Lah rombongan Puteri Hang Li Po... Ahli-ahli yang dikerah mencari suku-sakat family Hang Li Po... Hahaha... Hanya mampu mengambil gambar saja. Nak cari orang kat dataran yang amat luas itu? Tak tercapai akal. Hahahaha

The Next Day, aku kerah pelak suku-sakat rombongan Hang Li Po ni cari kat Tembok Besar China. hahahah... Kalo kat Dataran Tian An Men, tak larat nak cari sebab luas. Kat Tembok Besar, lain plak cerita... Tinggi tangganya. Tak larat Nak panjat. Kah-kah-kah

Mula-mula bergambar saja. Okeh.. Mari bergambar sempena dah sampai di kaki puncak menara tembok besar cina. Hahaha.. Kita bergambar dulu.

Dah naik sikit, kita ambik gambar lagi. Sempena dah naik tembok besar china sikit. Hahahaha...

Kemudian.....

Semakin banyak pic diambik bersempena-sempena yang direka-reka....hahahaha

Sempena dah tengok sekitar Tembok Besar... Welcome to Great Wall... Eceh-eceh-ceh

Sempena sekejap berada di bawah belakang mereka ..... 

 Sempena tak semena-mena berada di atas hadapan mereka pulak...Kah-kah-kah

Warrior dari Malaysia yang berlagak nak isi jawatan kosong sebagai warrior di China pulak.

Cari family Hang Li Po??? Kem salam pada angin sajalah. Banyak kali pemaut tangga tembok tu dijabat suh duk kem salam kat family Hang Li Po. Sungguh-sungguh-sungguh-tipu. Kah-kah-kah

Dah penat berhempas (hempas ke???? ) - pulas (pulas ke??????) -pening jugak bila pk balik penggunaan ayat ni... Tapi dah tu je word yang de.. Gunapakai-tibai jela...Huhu... Selepas berhempas-pulas mendaki tembok besa China, pulang ke hotel mencari makanan untuk mengcover energy yang telah digunakan... Huhuhu... Lapar and dahaga tau panjat tembok besa tu... Kalo bina tembok besa tu apatah lagi... Hahaha

The next day punya plan adalah mencari di sekitar Summer Palace... Yeahhhhh...

Wahhhhh... Rupanya lagi ramai orang. Ayayaya. Mana mau cari generasi Hang Li Po ni????

Aku pun intai kat dalam Summer Palace kot-kot terbayanglah vision dulu-dulu pasal hikayat Hang Li Po ni. Ecececeh... Konon nak jadi macam Melinda la... Kah-kah-kah



Tengok bumbung, tengok dinding, tengok keliling. Arghhhhh... berseninya diorang ni. Terseronok aku snap pic. Niat mahu mencari keturunan Hang Li Po, aku lakukan dalam hati saja. Snap pic dulu.

Okeh. Pic aku lagi. Ditepi kolam.

Kononnya, kolam yang aku posing tu dulu tempat maharani membela jin tiram untuk little mermaid dapatkan mutiara. Pearl tu basic for beauty material yang digunakan dalam produk kecantikan dia la. Wahhhhh... Amek nah ko... Gesek pearl sapu kat muka. Kita gesek manjakani saja... Untuk apa???? Blajalah petua... Haahaha

See-see-see...Live view yang aku snap ketika aku paksa mereka buktikan kolam tu ada Tiram. Kah-kah-kah

Lagak tour leader nak jadi tour guide...

Tak mampulah aku nak pikul tanggungjawab bercakap during the trip with humor and fact. Need to be talkative, spontaneous, humor, instead have fact in mind. More important, need think outside the box. Nak entertain orang dengar fact in interesting way bukan senang, especially aku lah. Salute la kat tour guide masa trip ni. Dah la pure Chinese from China, but learn how to speak malay (actually spoke Indonesian) dengan gigihnya. Siap tanya kat aku word yang agak gusar aku nak paham. Kah-kah-kah. I m MALAYSIAN okeh bukan INDONESIAN.

 
Dah jejalan. Kita makan dulu...Yeahhhh
 


Owhhhhh... Footprint i was here berciri comel-tapi-membazir (?).... Malaysia Mali maaa


Then kita berlibur dulu di sekitar town Beijing.

Yokkk... Kita bersiaran taklangsung through my view....

Misi mencari family Puteri Hang Li po berubah mendadak menjadi misi mensnap bangunan berfigure pelik... For me la.. If tak pelik for you i dont kno, kate tak pelik that building, tapi kua statement kate bangunan tu pelik secara tetibe tanpa sedar... kah-kah-kah... Kantoi...so tak yah la tengok and said, aikk bangunan bentuk macam ni pun ada. Kang ko same pelik dengan building tu plak. 

Apa ayat ni..skip intro..pening-pening-pening

Dari jauh dah nampak bangun pelik pada aku. Pada ko mungkin bese-bese saja.


Lalalalala. Presenting... Hotel berbentuk seluar (??????)

Sungguh. Tour Guide kata hotel berbentuk celana. See-see-see.. Aku disogok bahasa indonesian during my trip. Takpe-takpe...Asal paham sudehhhh.


Huhuhu.. Kenapalah architect dia leh imagine that figure.



Aku tension, so nak cabut satu building for souvenir lek Malaysia.

Bas yang panjang untuk menampung jumlah penduduk yang ramai. Kan China is the largest state in Asia.








Alamakkkkkkk...dah sore.. Matahari sudah mahu kabur... Ayuh pulang.



nite view... The lighting you always. Hahaha... Kalau tak lighting, maka earth hour la...

Pejam celik-tido-pejam-celik lagi, sudah mahu pulang Malaysia. Misi mencari Family Puteri Hang Li Po untuk sampaikan salam tinggal kem salam pada angin je lah.... Kat Malaysia pun boleh buat. kah-kah-kah


Selalu aku tenok sunset dari depan pintu rumah kat kampung, dari tingkap atas katil di rumah sewa, di tepi pantai di Mersing, remang senja di Putrajaya.

Tapi kali ini....


Through my window...Between langit and earth, above the cloud....Sunsettttt....Phewittttt So Sweet.

Matahari terbenam, mata aku pun terpejam. The sweet moment to be continue in my dream...





logo baru