Idola Mimpi-mimpiku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label melankolik. Show all posts
Showing posts with label melankolik. Show all posts

Tuesday, January 17, 2012

Aktiviti kedua Tahun Baru

A.ku. a.kan. pin.dah. ke. ca.wang.an ba.ru. A.ku a.kan. kem.ba.li ke. ne.ge.ri. ke.la.hir.an. a.ku.

Ban.Dar. Ba.Ru. Pe.Na.War,Jo.Hor. Wait-ing. for. me. I. Will. go. for. you. 

>_<

 
footer

Friday, November 5, 2010

Aku

Sebab BerBLOG:

Aku tak bermimpi mempunyai traffic blog yang mencanak tinggi, berpopulariti yang sangat mengkagumkan. Malah PR blog aku pun bukanlah sebanyak 10/10.

Aku tak bermimpi ada blog untuk cari gaduh dengan orang lain, berlawan-lawan iri hati, menjaja cerita mengutuk mengata.
Aku tak bermimpi menyakiti hati orang lain sama sekali. Walaupun menerusi blog aku yang biasa-biasa ini.

Walaupun blog aku dreamy of reality.

Berangan-angan  dalam realiti, tapi aku tak berangan-angan seperti mimpi-mimpi diatas.

Blog aku, aku adalah aku. Biarlah orang kata aku bukan person of soft spoken. Tapi aku adalah aku. Aku adalah straight to the poin person. Kalau menyimpang pun adalah sedikit untuk berkias, masih berlapik tapi masih jelas, mungkin sedikit pedas.That is me. Aku bukan soft spoken in front, harsh word backside. Aku tak perlu bermuka-muka, kerana kebenaran akan terpampang depan mata juga nanti. Ketika itu, lagi memalukan.

Blog aku adalah milik aku. Kata-kata aku adalah peringatan untuk aku atau generasi aku atau sesiapa sahaja yang terbaca. Haruslah bukan niat memang nak membaca, sebab blog aku bukan blog komersial dan berharapan tinggi mendapat tempat dihati semua pembaca yang terbaca. Kalau berfikiran negatif, maka berbaur negatiflah ia. Kalau berfikiran positif, maka manfaat positiflah ia.

Aku adalah aku, aku bukan berselindung disebalik kepak dan ekor merak, nampak cantik tapi indah khabar dari rupa. Sebab itulah aku lebih suka menggunakan nama BUDAK COMOT. Bukan nama berangan-angan popular, ternama dan gempak gila.

Blog aku adalah medium perantaraan aku untuk generasi aku yang akan datang. Insyaallah. Kalau ada yang patut ambil ikhtibar, boleh jadi pengajaran. Kalau ada yang tak patut dilakukan, boleh jadi peringatan. Kalau ada yang baca, bolehlah tau apa yang aku rasakan. Kadangkala, ada ayat yang masih aku jaga tak cakap berdepan sebab masih hormat rakan-taulan, seangkatan atau generasi yang lebih tua dari aku. Mungkin dalam bercinta orang kata, umur hanya angka, tapi kenapa dalam nasihat menasihati dan bertegur menyapa mengingatkan, umur tetap kasta yang nyata? Kerana hormat. Aku masih hormat. Maka blog jadi medium aku, blog aku tanah jajahan aku. Di sini hak aku, bersuara menyanyi ketawa. Yang suka boleh ikut sama, yang duka, belum tentu sama rasa. Ambil yang keruh untuk dibuang, ambil yang jernih untuk disimpan.

NotaKuaci: Blog selalu timbulkan kontroversi. Blog sama seperti diary. Luahan hati. Mungkin jurnal peribadi. Atau mungkin pendapat peribadi tapi penulisn bergantung kepada tukang karut tulis dan penerimaan tukang terasa baca. Aku pernah tertinggal diary di atas meja study, and my sis baca. Masa itu, aku jadi raksasa warna hijau tipu. Sangat marah kerana dia menceroboh privacy aku. Tapi kini, aku berani mempublish my own jurnal, bukan sebagai kemegahan, tapi sebagai peringatan, untuk aku dan generasi aku. Biar nanti mereka kata, " Cik ida/Ucu/nenek/moyang dulu pernah jadi macam ni". Nanti mungkin mereka tahu langkah penyelesaiannya... mungkin. Pengalaman mengajar erti kedewasaan. Pengalaman juga mengajar erti kehidupan. Love peace not war. Love my self not fake.

logo baru

Monday, November 1, 2010

Jemputan

Hari ini, Insyaallah. Panjang umur. Aku akan menghadiri satu upaca keriaan meraikan si kaseh. Seronoknya. Tak sabar mahu masuk dewan dan lihat memori daun pisang melangkah naik pentas ambil ijazah. Yihaaaaaa... Esok insyaallah panjang umur juga sudah kembali bekerja. Ayarkkkk... Sekejap saja dapat jenguk alam peruniversitian. Tak apalah, dari tak dapat menjejak kaki ke UUM langsung, bermalam 2 malam di sini pun sudah cukup.


NotaKuaci: Scheduled entry. Ketika ini mungkin sudah berada di dalam Dewan Muadzam Shah, UUM bersama future parents-in-law melihat si kaseh dapat ijazah. Terharu.

logo baru

Friday, October 29, 2010

Aku Budak Sekolah


Insyaallah. Ketika ini dalam perjalanan kembali ke alam peruniversitian. Huhu. Macam melalui terowong masa alat Doraemon saja. Tidak-tidak-tidak. Ini menggunakan Bas Durian Burung. Double Decker. Nervous aku sebab ini pertama kali jalan jauh naik bas double decker. Dulu pernah setakat JB-KL and Taiping-KL saja. Terima kasih kepada si Kaseh sebab beli tiket untuk di kaseh kembali ke universiti. Here we go. KL-UUM. Fuhhhh. Doakan perjalanan aku selamat pergi dan balik. Aminnn~


Touch-up muka ala budak-budak baru nak masuk sem baru.

NotaKuaci: Ini scheduled Entry. Dalam bas mana ada wi-fi. Lappy tak ada. Mana boleh taipan. BB pun tak ada. Mana mungkin boleh publish entry.

logo baru

Rasmi

Dengan Lafaz Bismillah. Secara rasmi walaupun tiada acara rasmi. Aku mahu memulakan Header dan Footer yang baru.

Mungkin cantik, meriah dan berwarna warni bagi aku, tapi biasa-biasa saja pada kamu. Ececeh. Tak penting pun. Yang penting. KITA HAPPY.

NotaKuaci: Jika ada lagi entry berfooter yang lama MAKNANYA itu adalah schedule entry sebelum aku e\menggunakan footer yang baru. Tiba-tiba hari ini rasa mahu launch header and footer baru. Mengambil berkat Jumaat terakhir bulan Oktober 2010. Hidup aku kan penuh tiba-tiba dan idea gila tak sengaja. Spontan itukan menarik.


footer

Terima Kasih Daun Keladi

Surat Untuk Pihak yang Berkenaan:

Hari semalam murah rezeki. Harap hari ini, pihak berkenaan pula yang akan murah rezeki. Kepada pihak yang berkenaan. Terima Kasih Ya Encik dan Puan.

Kerana apa????

Kerana..... ( Sila lengkapkan karangan tidak lebih 350 patah perkataan). Tapi sebenarnya tiada perkataan pun boleh digambarkan. Hanya tengok gambar sajalah ya. Gambar mampu ceritakan lebih dari 500 patah perkataan. 

Dapat mengejar waktu. Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Malah dapat memenuhi tuntutan hambatan masa. Terima Kasih Daun Keladi.







Dapat menyejukan tekak dan memenuhi tuntutan nafsu tekak juga. Terima Kasih Daun Keladi.







logo baru

Wednesday, October 27, 2010

Aku di Bilik Belajar

Sementelah mahu kembali ke Peruniversitian, maka semasa menggodek-godek hdd, aku terjumpa gambar ini. Gambar masa zaman beruniversiti dulu. Aku suka ambil gambar, maka apabila terpandang gambar ini, aku rindu mahu belajar semula.

Gambar di meja belajar aku semasa di UUM.
Legend:
1--> Sebotol air masak. WAJIB. Teman untuk aku belajar. Sebab aku tak minum air nescafe (untuk tahan mengantuk.) Nanti aku pening-pening lalat, terus kecundang tak bangun-bangun. Habis. Boleh refill di mesin berdekatan bilik aku. 20 sen seliter. Jimat.

2--> Chermin.Untuk aku belek muka, jerawat, dan mata bila aku culas nak belajar atau take-a-break masa belajar. Cermin diri, hiasi peribadi. Digunakan jugak masa terkocoh-kocoh nak keluar. Tak perlu bukak locker untuk tengok cermin.

3--> Kalendar. Penting. Aku noted semua takwim sepanjang aku satu sem di uniutama. Senang nak refer kalau aku tak ingat. Selalunya ada  banyak icon pangkah, love, smiley dan petir. Apa itu? Biasalah. Mood manusiakan berubah-ubah.

4--> Tupperware. Multipurpose tupperware. Pelbagai guna sebab itulah bekas untuk makan nasi, itulah bekas untuk makan maggie, itulah bekas untuk minum sup. Dan itulah bekas yang tak berbasuh sebab terlewat nak ke kelas.

5--> Bear. Bukan di meja belajar. Tapi ia berhampiran meja belajar. Peneman bila perlu belajar waktu malam. Dah prepare note dan perlu menghafal, duduk di kerusi belajar, peluk bear dan remind the note. Namanya Joey.

6--> Note kuning. Nota penting. Assignment yang perlu disiapkan. Date perlu hantar assigment. Juga terdapat nota silibus yang perlu dibaca untuk exam (Tip-tip sub-chapter untuk exam). Kira nota kecil setiap subjek yang diambil.

7--> Torch Light. Penting bila black out. Takkan nak pakai lilin pulak? Aishhhhh. Tak boleh. Tak boleh.

**Kachi 2. Bangga jadi warga negara kachi 2. Aman. Tak perlu serabut dengan Kes air tak ada. Kes bilik sempit tak muat pelajar. Kes hingar-bingar riuh-rendah dalam kampus. Di sini, kami aman. Walaupun kediaman luar kampus.

Note pembakar semangat.

Note ditepi katil, melekat di dinding. Bangun pagi. Celik mata. Tengok.

NotaKuaci: Adoi rindunya pada bilik dan kenangan di uniutama. Menghitung hari. Sabar Budak Comot. Tinggal beberapa hari saja lagi.

logo baru

Tuesday, October 26, 2010

Petikkan Gitar Untuk Aku Satu Lagu... Pleasseeee

Title: Denting
Artist: Melly goeslow

Intro: Gm D# Dm G

Cm
Denting yang berbunyi
G#
Dari dinding kamarku
Fm
Sadarkan diriku
Bb D#
Dari lamunan panjang
G#
Tak terasa malam
Fm
Kini semakin larut
G
Kumasih terjaga

(*) Cm
Sayang kau dimana
G#
Aku ingin bersama
Fm
Aku butuh semua
Gm Cm
Untuk tepis kan rindu
G#
Mungkinkah kau disana
Fm
Merasa yang sama
Gm
Seperti dinginku
Cm
Di malam ini

Reff I: C Fm Bb
Rintik gerimis mengundang
D# G#
Kekasih di malam ini
Fm
Kita menari
G Cm C
Dalam rindu yang indah
Fm Bb
Sepi kurasa dihatiku
D# G#
Saat ini oh sayangku
Fm Gm Cm
Jika kau disini aku tenang

Int: Cm Bm G# Bb
Dm Cm Bb A

Kembali ke: (*)

Reff II:D Gm C
Rintik gerimis mengundang
F Bb
Kekasih di malam ini
Gm
Kita menari
A Dm D
Dalam rindu yang indah
Gm C
Sepi kurasa dihatiku
F Bb
Saat ini oh sayangku
Gm Am Dm
Jika kau disini aku tenang

logo baru

Wednesday, October 13, 2010

Aku Tensi

AKU TENSI... 

Pagi-pagi my pinguapacer telah membuat pasal yang paling kaw-kaw.

Kalah KOPI KAPAL API. Kali ini betul, betul-betul kaw.

Since aku belajar kat u lagi aku dah guna pinguapacer ni, today, now, baru sekali dia buat pasal. But, itwill cause me in trouble woooo... Ayarkkkk... Sakit dah perut aku ni. Kecut plus geram plus marah plus bengang plus unexpected sense. AKU TENSI... Semua folder in my pinguapacer telah terhidden dari pandangan kasar dan pandangan halus. Hanya melalui scan antivirus je aku tahu folder tu ada, wujud. Tapi bila bukak thumdrive. HAMPA. Mana pergi semua folder aku. Hampeh punya virus. Sudah di transfer ke hdd pun masih tak nampak bayang wajah folder. Kau buat hidup aku kucar kacir.

AKU TENSI...

Sudahlah aku kerah segala tenaga untuk menjadi rajin, dengan segala saki baki semangat yang ada, aku gagahkan diri, ikhlaskan hati untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pencari rezeki tegar, kini aku diuji lagi. Macam memang nak bersekutu dengan niat aku saja. Macam mahu bagi positif support untuk niat aku yang agak negatif ini saja. Inikah takdir atau kebetulan?

AKU TENSI...

logo baru

Tuesday, October 12, 2010

Pelik

 Sekarang aku berasa sangat pelik.

P.E.L.I.K.
Pelik sebab kenapa aku rasa sangat malas, culas, berat tulang, berat badan bontot sangat sekarang ni.

Malas serba serbi.

logo baru

Friday, October 8, 2010

Blog Terbuka Aidifitri. Anda Dijemput Hadir.

Hari ini akhir Syawal.

8 Oktober 2010.
29 Syawal 1431H.

Hari ini ramai buat jamuan terbuka Aidilfitri. Housemate aku turut buat pot luck untuk jamuan di office. Pagi tadi semasa bersiap nak ke office pun, Hot FM sedang buat Konti Terbuka Hot FM. Wahhhh... Semua sakan nak buat rumah/office/konti/hari terbuka aidilfitri. Hari last Syawal lah katakan.

Aisssshhhhh... Aku pun mahu jugak buat aktiviti terbuka aidilfitri. Terkebil-kebil di depan pc di office memikirkan, seumur hidup aku tak pernah buat sebarang jamuan berunsur sambutan hari terbuka aidilfitri.


Maka, arakian sekian kalinya, julung-julung kalinya, aku membuat blog terbuka aidilfitri. Kesat peluh... Fuhhh. Susah betul nak fikir. Apala... Mana ada jamuan, mana ada kueh raya, mana ada pintu nak jengah, mana ada sofa nak duduk, mana ada itu, mana ada ini. Okeh-okeh-okeh. Semua tidak ada, sob-sob-sob. Tapi yang ada, hanya aku sebagai tuan blog. Okehlah tu, kalau tiada tuan tanah rumah, masakan boleh buat hari terbuka aidilfitri. Betul tak. Kan-kan-kan?

Aktiviti blog terbuka aidilfitri ini tidak susah, senang sahaja. Sebab tiada jamuan makan-makan, heppp... aku sedang berpuasa sunat ni, tak baik tau sebut makanan.Sob-sob-sob. Ambil berkat terakhir syawal kononnya.
Aktiviti terbuka aidilfitri blog aku ini mudah saja, apa kata kita ganti dengan aktiviti mengclick link amek kesah di bawah entry ini dan kemudian:

- Ucap selamat hari raya secara random kepada sesiapa saja. Atau;
-Cerita kemeriahan berhari raya 1431H pun tak apa. Nak cerita kenangan terindah aidilfitri pun tak apa. Atau;
-Corat coret kisah sedih aidilfitri pun tak apa 1431H. Atau;
- Mahu marah tak tentu pasal dan tak tau nak luah di mana, mari lah lepas geram sempena blog terbuka aidilfitri ini. Atau:
- Luahkan apa sahaja yang terbuku di hati, tapi tak dapat diluahkan di blog sendiri, takut diterjah oleh kaki hasrat dengki-iri-hati, nah... Kau boleh taip berterabur ayat disini.

Disini, hari ini, sehingga jam 11:59 PM 8 Oktober 2010, bersamaan 29 Syawal 1431H, aku adakan blog terbuka aidilfitri, di mana anda semua dijemput hadir menjengah blog sambil memeriahkan ruangan comment secara terbuka. Tapi ingat, untuk hari ini SAHAJA. Tuan tanah membenarkan, anda mencoret sekehendak hati, tuan tanah bagi ruangan amek kesah 100% telus kepada reader chip more atau anymous atau silent reader untuk berlibur mencurah hati. Nak type selang 8 minit pun tak apa. Suka hati kamulah.

Jemput-jemputlah masuk blog ini dan tinggalkan jejak. Esok-esok, kamu tak jemput aku ke blog kamu pun akan aku jengah muka tak malu.

Gendang gendut, tali kecapi;
Jom tabur ayat, hanya untuk hari ini.


Dengan ini ruangan amek kesah dibuka sekarang sepenuhnya untuk kamu.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.

NotaKuaci: Tujuan blog terbuka aidilfitri ini diadakan oleh aku adalah sebagai medium untuk kalian meluahkan apa sahaja yang tak terluah di blog/hati/diary/FB/Twitter etc2. Kadang-kadang, hati melonjak-lonjak nak publish, tapi takut ada pihak yang tersentap. So, take your time, take your chance to write on this field. Esok-esok kamu mahu menatap luahan, boleh kembali ke blog aku. Untuk ingatan yang tak dapat kamu paparan melalui blog/hati/diary/FB/Twitter etc2 secara peribadi.


logo baru

Monday, October 4, 2010

Cinta Sufi

Mood Swing-swing. Mode not Moody. Made my day today malar. Senyum hanya dalam hati. Bercahaya dari mata.
  

Sangat tersentuh membaca CINTA SUFI. Pembacaan yang agak ringkas menyambung jejak cerita kesemua novel terdahulu. Bagaikan Puteri. Cinta Sang Ratu. Hijab Sang Pencinta.

"Sebagai manusia, saya sayangkan kamu..."

Ayat pendek, jelas dan ringkas. Seandainya semua pun manusia sama seperti Laksamana Sunan, pasti dunia sentiasa berperang, berperang menentang kebatilan. Bukan mengangkat senjata berbalah. Bukan menikam bertikam lidah. Bukannya mengejar kebendaan dan nama glamer. Melainkan atas niat menjadikan kegalauan, keresahan dan kecamuk, mazmumah jiwa beransur menjadi aman. Berperang walaupun dengan diri sendiri.


Cinta tunggak cerita tetapi penuh emosi ketuhanan. Cinta amat mendalam pada manusia sehingga melempar diri dan hati ke jalan Allah supaya hidup lebih diredhai. Cinta berahi membawa mati. Mati hati. Semoga cinta aku juga tergolong cinta sufi, cinta abadi. Menyintai kerana agama, penyuluh dunia dan bersinar di akhirat.
logo baru

Friday, September 3, 2010

Bungkam

Terkenang masa belajar dulu.

Tak belajar di overseas. Tak merasa jauh dari keluarga berbulan-bulan then dapat cuti berbulan-bulan jugak. Tak dapat biasiswa tajaan JPA,MARA,Bank Negara, PETRONAS, TELEKOM (hanya dapat PTPTN dan biaehsan PAKMAK). Bukan belajar under jurusan MEDIC, ENGINEER, ARCHITECTURE, ACCOUNTANT (watak jurusan yang gah bila sebut belajar di overseas).

Study tunggang-langgang dalam bilik sahaja. Abaikan gambar backdrop tersebut. Huhuhu

Terkenang masa belajar dulu.

Tak merasa pegang laptop sendiri. Tak merasa naik kereta sendiri bersem-sem ronda U bawak kawan-kawan (Jadi penumpang sahaja). Tak terlintas ada masa, tenaga dan ongkos join trip under student rate.

Tak delah pernah berperuk penuh satu kereta macam ni.  

Terkenang masa belajar dulu.

Pegang buku, note dan berfoya-foya (istilah culas nak mentelaah) secara berjemaah. Bergembira bersama kawan-kawan, sewa kereta seadanya berperuk ronda Alor Setar. Makan beramai-ramai, kongsi rezeki mana yang ada. Melepak satu bilik berdua beramai-ramai huha-huha.Tengok movie scary secara berjemaah rapatkan katil, kongsi satu selimut, rebut satu teddy bear. 

Kongsi ketakutan walaupun sebenarnya tak berapa takut.

Semuanya acara berjemaah.

Seronok bila diingatkan masa belajar, tunggu loan PTPTN, serbu ATM dan belanja dan dibelanja makan.

Sekarang???

Ngeri bila nak kenang. Harap time akan datang, tak takut nak bayang time sekarang.

Lupa pasang bedsheet. T.I.P.U

Ketika ni, dalam hati, tapi di scan dan coding secara berhemah upload di blog.

Zoom-in untuk nampak lebih jelas hasil scanning.

-Baju raya, hanya display di kedai-kedai. Tak ada agenda boleh mengambil satu pasang dan display depan cermin rumah (Belum beli)
- Kuih raya sedang diuli, diterap dan dibakar di kedai. Tak tahu bila kredit card boleh diswap untuk bayar (Hutang)
-Duit raya masih belum ditukar (Tiada yang boleh diberi sebagai tukaran). Mungkin time family datang beraya, mahu ngorok nyorok di dalam bilik. Tak sanggup nak tengok muka kaum kanak-kanak kecewa, salam tangan kosong sahaja.
-Duit biaehsan untuk ibu bapa juga masih dalam pending list. WTH. Minggu depan nak raya, seminggu di kampung tak kan nak makan free?
-Malas mahu mengenangkan hal yang asyik terkenang-kenang siang dan malam walaupun tak nak kenang. Minggu depan dah nak raya, nasib tiket sudah beli. Kalau tak, beraya makan maggi di rumah Bangi.

Semua perlu wang, tekanan a.k.a pressure sahaja boleh diperolehi secara percuma.

SIAPA AHLI NUJUM?
MAHU MINTA TILIK NASIB.
 (pastikan perkhidmatan percuma, bulan puasa buatlah sedikit amal jariah)
Tolong tilikkan, "bila 'duit raya' boleh saya perolehi?"

NotaKuaci: Seronoknya fikir masa belajar, hanya perlu fikir belajar, fikir exam, fikir jimat PTPTN, fikir balik kampung dan raya. Heavenly. Sekarang sedang fikir, bila nak dapat 'duit raya'? Sekarang lagi scary dari scary movie yang ditonton berjemaah.
  
logo baru

Tuesday, June 29, 2010

Hilang

Hilang_
Bila mana kau gagah berlari,
Merentas alam dengan pantas,
Meredah halangan bolos,
Melangkah penuh kukuh,
Kau tak mungkin rasa,
Segala yang tertinggal,
Jejak yang dilalui,
Mengingati mengamati kau,
Jalananmu kau lupa,
Saat kau kecundang,
Pada satu hayunan,
Kau hanya sendiri,
Yang lain mendahului,
Seperti mana yang kau pernah kecapi,
Bila mana kau pada saat itu,
Kau hanya terperuk,
Corot,
Menangisi pada hati,
Kerana kau kini hilang_

Kau kini aku,
Tapi,
Kembalikan aku pada langkahku, 
Kembalikan aku pada diriku, 
kembalikan semua yang kuburu.
Tapi... 
Jangan pernah kembalikan rasa ini pada ku. 
Aku bakal berhenti bila diri paksa melangkah, 
kerana aku dan diriku sedang berganti dimensi. 
Antara nyata dan hilang.


logo baru