Idola Mimpi-mimpiku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, July 27, 2012

Hati di Gari

Assalamualaikum
Terasa Sangat-sangat-sangat lama tidak bertaipan di blog ini. Maka rasanya adalah seperti dipaksa mencurahkan idea ke atas kertas kajang saat jawab exam Bahasa Melayu 2. wahhhhhhhhhh~~ Watashiwa rasa'o sangate buntuni... -_-!
//
After a long long long time duduk diam in silent mode, aku rasa kekok untuk bertaipan secara meriah-meriah.  Tetapi bila tengok entry the last date yang aku publish, OMK! What the jerk i'm doing. Like doing nothing!...Tak menarik langsungkah hidup sampai tak berupdate blog dalam kadar masa yang sangat-sangat-sangat lama. Serius sangatttttt lama! (Hah! tuh dia...serius lama... dia maiii dah nak merapu..huhu)

Walau apapun telahan yang ada, alhamdullillah... Hidup aku si budak comot, masih comot-comot seperti biasa. Ada banyak cerita, tetapi mungkin sebab hanya bermukim dalam minda dan bertaipan dalam hati saja so tak adalah terpublish di alam maya. Useless!

Aku masih mencari rezeki di Bandar Penawar. Masih menjadi anak dara yang sedang giat mencari-cari idea untuk majlis perkahwinan yang berlangsung tak tahu bila. Masih mengharap nyawa dipanjangkan dan dikurniakan kesihatan yang A++. Masih jadi aku. Hahaha..Belum lagi menjadi kau. Hahaha.. Akur, tak karoot komedia.
Sudahlah budak Comot. Useless saja taip panjang-panjang tapi apa pun tak ada. -_-!

Akhir entry, aku ucapkan selamat bersahur, SELAMAT BERPUASA di hari ke-7 bulan Ramadhan ini. Dan SELAMAT BERIFTAR bersama yang tersayang. Hati sayu sebab tak dapat berbuka bersama dengan si Kaseh tahun ini kerana beliau di dalam pulapol. #-_-

NotaKuaci: Tiada imej untuk dipapar sebab akhir-akhir ini lebih gemar menjahit manik di fabrik dari membelek pic di PC. Sudah jadi makcik-makcik wanna be rasanya.

Yeah...3 minggu lagi Aidilfitri. Giat nak jahit manik pada lengan baju untuk diperagakan sebagai penyeri raya... No wonder lah kenapa blog terbiar sepi sekian lama.

footer

Saturday, April 7, 2012

Jom.Pi.Outlet...JPO

Ini adalah mengenai kisah masa panjang-panjang yang lalu. Terjemahan terus dari bahasa Omputeh...Huhu. Aku pernah menjengah ke JPO,Johor. Semua orang Johor sibuk memperkatakan subjek JPO sebagai pengetahuan am yang terbaru. Up-To-Date information. Kalau ditanya dah pergi JPO? Tapi jawapan masih blur-blur-blur apakah kejadah JPO tersebut, maka kelihatan seperti anda adalah anasir yang baru pulang bercuti dari kampung halaman di planet Marikh nuh! Sungguh! Kawan-kawan pi majlis kahwin member pun bersembang pasal JPO. Betapa JPO itu adalah word yang terbaru dalam vocabulary penggiat aktiviti shopping. -,-

Johor Premium Outlet. JPO.

Salah satu outlet terbaru di Johor yang menawarkan barangan branded series kepada penggiat tegar branded stuff. Pastinya kepada yang berduit tak lepaskan peluang untuk menikmati tawaran yang terdapat di semua store di outlet tersebut. Aku tak terkecuali; bukan membeli-belah, sekadar membeli jendela sahaja. Sigh! 

My sis duduk di Bandar Putra, Kulaijaya. So, clearly la yang nak ke JPO tersebut adalah sangat dekat. Tak payah in-exit highway pun boleh sampai. Aku sempatlah mengikut my sis ke sana. Hanya sekadar untuk lawatan. Belum bersedia untuk melabur wang untuk membeli-belah lagi. Sekadar jenguk dan belah itu bolehlah. 


























Semasa aku pergi, tempat kejadian sedang hujan. Maka, niat untuk meronda juga sedikit pudar direnjis renyai. Parking lot; full. Mungkin masa aku pergi ni, JPO masih hot from the oven, so daya tarikan kunjungan ke sini berada dalam priority paling tinggi. Walaupun niat sedikit pudar, tapi tak luntur terus. Gigih menjelajah setiap store. Sedikit malu tebal pipi sebab ke hulu ke hilir bawak umbrella TV3 yang diketahui umum sangat besar gedang dabak berat sekilo tu. Sigh!


























Beberapa keping wajah store di outlet.

Kawasan memang luas. Sangat seronok kalau mahu exercise jalan-jalan membeli jendela. Meninjau kawasan sekeliling memang mencabar keimanan jiwa dan poket. Kalau berwang, mahu aku sambar apa yang berkenan. Tapi apakan daya, tak terdaya. Hanya berdaya saing dengan my sis untuk membeli coklat putih. Oke-oke-oke. Aku memang penggila coklat. Satu kilo dibawa pulang. Memang penggila coklat. 0_o

Kepada yang masih belum sempat ke sini, anda boleh ke JPO melalui jalan Indahpura. Aku tak berapa pasti. Tapi kalau anda ambil jalan straight dari Indahpura, tepi Old Town White Cafe tu, straight saja melalui dua roundabout. Satu roundabout pukul 12, satu roundabout pukul 9, tak jauh dari situ pasti nampak JPO ni. Serius dekat. Tapi dekat kalau hanya tak sesat lah. Lalalalala...Huhu


  footer

Wednesday, April 4, 2012

Akhirnya..Terikat Ketat

Mereka menjadi halal, aku tumpang bergumbira dengan ikatan yang diikat; biar simpul ketat-ketat.



Kepada Teman Serumah semasa menyewa di Bandar Baru Bangi, Selongor. Selamat Pengantin Baru. Sorry la beb, sebab tak dapat datang majlis hangpa. Aku tak ada transport, tak ada teman nak pi la. T____T. Nak jugak join your big day, tapi nak buat camne, takkan aku nak menyusahkan orang untuk kesenangan diri sendiri. T___T

Di renjis renjis di pilis
Di tepungi lah tawar
Hai beras kunyit di tabur
Disiram si air mawar 

Duduk muda sejoli
Atas pelamin  berseri
Dihias intan baiduri
Sebagai raja sehari

Lepas duduk bersanding
Jalan rapat berganding
Salam bersalam keliling
Sambil mata menjeling

Riang pengantin baru
Gurau senda bercumbu
Aman damai selalu
Sampai ke anak cucu

Aminnnnn...Yarabbal alamin~~
Semoga kedua mempelai dapat mengecapi kenikmatan berumahtangga aman damai sehingga hujung nyawa. Dikurniakan anak cucu yang soleh dan solehah menyeri rumahtangga. Serta dilimpahi rahmat atas hubungan yang halal. 

#NotaKuaci: Doakan untuk aku jugak ya. Coming soon; but not too sooner. Harap ikatan yang jauh, boleh dirapatkan; ikatan yang haram, boleh dihalalkan. Yang menanti, tidak kesunyian;yang merindu, tidak kehampaan. Aminnnnn~~


  footer