Mereka menjadi halal, aku tumpang bergumbira dengan ikatan yang diikat; biar simpul ketat-ketat.
Kepada Teman Serumah semasa menyewa di Bandar Baru Bangi, Selongor.
Selamat Pengantin Baru. Sorry la beb, sebab tak dapat datang majlis hangpa. Aku tak ada transport, tak ada teman nak pi la. T____T. Nak jugak join your big day, tapi nak buat camne, takkan aku nak menyusahkan orang untuk kesenangan diri sendiri. T___T
Di renjis renjis di pilis
Di tepungi lah tawar
Hai beras kunyit di tabur
Disiram si air mawar
Duduk muda sejoli
Atas pelamin berseri
Dihias intan baiduri
Sebagai raja sehari
Lepas duduk bersanding
Jalan rapat berganding
Salam bersalam keliling
Sambil mata menjeling
Riang pengantin baru
Gurau senda bercumbu
Aman damai selalu
Sampai ke anak cucu
Aminnnnn...Yarabbal alamin~~
Semoga kedua mempelai dapat mengecapi kenikmatan berumahtangga aman damai sehingga hujung nyawa. Dikurniakan anak cucu yang soleh dan solehah menyeri rumahtangga. Serta dilimpahi rahmat atas hubungan yang halal.
#NotaKuaci: Doakan untuk aku jugak ya. Coming soon; but not too sooner. Harap ikatan yang jauh, boleh dirapatkan; ikatan yang haram, boleh dihalalkan. Yang menanti, tidak kesunyian;yang merindu, tidak kehampaan. Aminnnnn~~
No comments:
Post a Comment