Idola Mimpi-mimpiku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, October 31, 2010

Saturday, October 30, 2010

Friday, October 29, 2010

Aku Budak Sekolah


Insyaallah. Ketika ini dalam perjalanan kembali ke alam peruniversitian. Huhu. Macam melalui terowong masa alat Doraemon saja. Tidak-tidak-tidak. Ini menggunakan Bas Durian Burung. Double Decker. Nervous aku sebab ini pertama kali jalan jauh naik bas double decker. Dulu pernah setakat JB-KL and Taiping-KL saja. Terima kasih kepada si Kaseh sebab beli tiket untuk di kaseh kembali ke universiti. Here we go. KL-UUM. Fuhhhh. Doakan perjalanan aku selamat pergi dan balik. Aminnn~


Touch-up muka ala budak-budak baru nak masuk sem baru.

NotaKuaci: Ini scheduled Entry. Dalam bas mana ada wi-fi. Lappy tak ada. Mana boleh taipan. BB pun tak ada. Mana mungkin boleh publish entry.

logo baru

Kononnya

Dalam duk busy mengenang dan menunggu ketibaan 30 Oktober 2010. Tak sabar nak kembali ke alam Peruniversitian. Aku masih sempat menggodek power point. Bermain dengan figure-figure words, image dan warna. Percaya? Pakai power point saja. Sudah lama tak guna aplikasi Adobe Photoshop. Harap tak lupa functions dalam software tersebut. Sob-sob-sob.

Maka terhasillah header dan footer seperti image di kepala (header) blog ini dan image di kaki (footer) entry ini. Apa buruk sangat bunyinya. Hahahaha.

Antara header lain yang terhasil. Serupa tapi tak sama. Dan tak berapa berkenan untuk dijadikan header jangka panjang blog ini. Huhuhu. Mahu gelak saja. Orang kata tak elok, nanti nangis. Aisshhhhh.





















Gambar asal.



















Sepohon kayu daunnya rimbun.


























Sepohon kayu daunnya tidak rimbun.


























Sepohon tiada, rama-rama, ada.


























Muka blur yang gila kain tudung coklat. I Likkkkkeeeeeeeeee.

NotaKuaci: Saja-saja. Hot Fm ada revolusi. Budak Comot pun ada revolusi di dreamyofreality.blogspot.com ini. Ewahhhhhh.

footer

Rasmi

Dengan Lafaz Bismillah. Secara rasmi walaupun tiada acara rasmi. Aku mahu memulakan Header dan Footer yang baru.

Mungkin cantik, meriah dan berwarna warni bagi aku, tapi biasa-biasa saja pada kamu. Ececeh. Tak penting pun. Yang penting. KITA HAPPY.

NotaKuaci: Jika ada lagi entry berfooter yang lama MAKNANYA itu adalah schedule entry sebelum aku e\menggunakan footer yang baru. Tiba-tiba hari ini rasa mahu launch header and footer baru. Mengambil berkat Jumaat terakhir bulan Oktober 2010. Hidup aku kan penuh tiba-tiba dan idea gila tak sengaja. Spontan itukan menarik.


footer

Terima Kasih Daun Keladi

Surat Untuk Pihak yang Berkenaan:

Hari semalam murah rezeki. Harap hari ini, pihak berkenaan pula yang akan murah rezeki. Kepada pihak yang berkenaan. Terima Kasih Ya Encik dan Puan.

Kerana apa????

Kerana..... ( Sila lengkapkan karangan tidak lebih 350 patah perkataan). Tapi sebenarnya tiada perkataan pun boleh digambarkan. Hanya tengok gambar sajalah ya. Gambar mampu ceritakan lebih dari 500 patah perkataan. 

Dapat mengejar waktu. Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Malah dapat memenuhi tuntutan hambatan masa. Terima Kasih Daun Keladi.







Dapat menyejukan tekak dan memenuhi tuntutan nafsu tekak juga. Terima Kasih Daun Keladi.







logo baru

Manager Pizza Hut

Kini kerjaya aku sebagai Manager Pizza Hut tegar. Pagi-pagi bangun subuh minta Ilahi berkati rezeki yang dicari. Dengan lafaz bismillah, memulakan tugas. Susah nak jadi manager ni. Banyak benda nak managed. Banyak benda nak arranged.

Mula dengan pergi supermarket. Beli barangan apa yang perlu. Kira stock, cukup tak untuk running perniagaan untuk hari itu. Boleh fit dengan permintaan customer atau tidak. Kesian pulak kalau customer datang jauh-jauh nak rasa piza di tempat aku, tapi tak dapat. Kempunan. Kesian.

Then, masuk dapur buat order. Pastikan mengikut permintan customers. Fuhhhhhh. Penat juga tangan nak uli doh and nak siapkan banyak order dalam satu masa.

Tapiiiiii............

Nasib just a handphone game.

Pergi supermarket beli barangan runcit untuk buat piza.

Ambil order dari customer. Salami 1. Siap!

Buat decoration pada piza.

Tolongggggggggggg!!! Aku sudah addicted main game pizza manager ini siang dan malam.

logo baru

Wednesday, October 27, 2010

Aku di Bilik Belajar

Sementelah mahu kembali ke Peruniversitian, maka semasa menggodek-godek hdd, aku terjumpa gambar ini. Gambar masa zaman beruniversiti dulu. Aku suka ambil gambar, maka apabila terpandang gambar ini, aku rindu mahu belajar semula.

Gambar di meja belajar aku semasa di UUM.
Legend:
1--> Sebotol air masak. WAJIB. Teman untuk aku belajar. Sebab aku tak minum air nescafe (untuk tahan mengantuk.) Nanti aku pening-pening lalat, terus kecundang tak bangun-bangun. Habis. Boleh refill di mesin berdekatan bilik aku. 20 sen seliter. Jimat.

2--> Chermin.Untuk aku belek muka, jerawat, dan mata bila aku culas nak belajar atau take-a-break masa belajar. Cermin diri, hiasi peribadi. Digunakan jugak masa terkocoh-kocoh nak keluar. Tak perlu bukak locker untuk tengok cermin.

3--> Kalendar. Penting. Aku noted semua takwim sepanjang aku satu sem di uniutama. Senang nak refer kalau aku tak ingat. Selalunya ada  banyak icon pangkah, love, smiley dan petir. Apa itu? Biasalah. Mood manusiakan berubah-ubah.

4--> Tupperware. Multipurpose tupperware. Pelbagai guna sebab itulah bekas untuk makan nasi, itulah bekas untuk makan maggie, itulah bekas untuk minum sup. Dan itulah bekas yang tak berbasuh sebab terlewat nak ke kelas.

5--> Bear. Bukan di meja belajar. Tapi ia berhampiran meja belajar. Peneman bila perlu belajar waktu malam. Dah prepare note dan perlu menghafal, duduk di kerusi belajar, peluk bear dan remind the note. Namanya Joey.

6--> Note kuning. Nota penting. Assignment yang perlu disiapkan. Date perlu hantar assigment. Juga terdapat nota silibus yang perlu dibaca untuk exam (Tip-tip sub-chapter untuk exam). Kira nota kecil setiap subjek yang diambil.

7--> Torch Light. Penting bila black out. Takkan nak pakai lilin pulak? Aishhhhh. Tak boleh. Tak boleh.

**Kachi 2. Bangga jadi warga negara kachi 2. Aman. Tak perlu serabut dengan Kes air tak ada. Kes bilik sempit tak muat pelajar. Kes hingar-bingar riuh-rendah dalam kampus. Di sini, kami aman. Walaupun kediaman luar kampus.

Note pembakar semangat.

Note ditepi katil, melekat di dinding. Bangun pagi. Celik mata. Tengok.

NotaKuaci: Adoi rindunya pada bilik dan kenangan di uniutama. Menghitung hari. Sabar Budak Comot. Tinggal beberapa hari saja lagi.

logo baru

Tuesday, October 26, 2010

Petikkan Gitar Untuk Aku Satu Lagu... Pleasseeee

Title: Denting
Artist: Melly goeslow

Intro: Gm D# Dm G

Cm
Denting yang berbunyi
G#
Dari dinding kamarku
Fm
Sadarkan diriku
Bb D#
Dari lamunan panjang
G#
Tak terasa malam
Fm
Kini semakin larut
G
Kumasih terjaga

(*) Cm
Sayang kau dimana
G#
Aku ingin bersama
Fm
Aku butuh semua
Gm Cm
Untuk tepis kan rindu
G#
Mungkinkah kau disana
Fm
Merasa yang sama
Gm
Seperti dinginku
Cm
Di malam ini

Reff I: C Fm Bb
Rintik gerimis mengundang
D# G#
Kekasih di malam ini
Fm
Kita menari
G Cm C
Dalam rindu yang indah
Fm Bb
Sepi kurasa dihatiku
D# G#
Saat ini oh sayangku
Fm Gm Cm
Jika kau disini aku tenang

Int: Cm Bm G# Bb
Dm Cm Bb A

Kembali ke: (*)

Reff II:D Gm C
Rintik gerimis mengundang
F Bb
Kekasih di malam ini
Gm
Kita menari
A Dm D
Dalam rindu yang indah
Gm C
Sepi kurasa dihatiku
F Bb
Saat ini oh sayangku
Gm Am Dm
Jika kau disini aku tenang

logo baru

Monday, October 25, 2010

Debaran


logo baru

Rumput

Mari bercerita:

Pada suatu hari di sekolah, seorang pelajar bertanya kepada gurunya. Ketika itu, gurunya sedang mengajar mengenai kasih sayang.

Pelajar Cun: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang kita paling sayang? Dan macam mana kasih sayang itu berkekalan? sambil menggaru-garu kepala yang tak berkutu.

Cikgu: Kamu ikut apa yang saya suruh. kamu pergi ke padang, kamu berjalan di atas rumput di hadapan kamu. Sambil tunjuk padang depan sekolah. Pilih rumput yang paling cantik...Tapi jangan pandang belakang congkak walau sekali. Dan petik rumput yang paling cantik. Bawa ke kelas.


Apabila pelajar itu pulang ke kelas, tiada sehelai rumput di tangannya

Cikgu: Sambil muka blur-blur. Kenapa tiada rumput dipilih?

Pelajar Cun: Muka sedih. Tadi semasa saya berjalan mencari rumput, memang ada banyak yang cantik. Tapi cikgu pesan, petik yang paling cantik sekali. Maka saya terus berjalan ke depan mencari yang lagi cantik, tak toleh ke belakang lagi. Tapi sampi ke di hujung padang, saya tak berjumpa yang paling cantik. Mungkin ada di belakang saya tadi. Muka menyesal. Tapi cikgu kata jangan pandang belakang jadi tiada rumput yang boleh saya petik. Muka mahu nangis.

Cikgu: Itulah jawapannya soalan kamu tadi. Maknanya, apabila kita dah jumpa seseorang yang kita sayang. Janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu. Kita haruslah menghargai benda di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah menoleh ke belakang lagi kerana yang dah berlaku tetap berlaku. Semoga yang berlaku tak berulang lagi. Dan ingatlah orang yang kita paling sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. Mahupun nak ikutkan banyak lagi cantik dan baik seperti kes rumput tadi.

NotaKuaci: Si kaseh. Maafkan dikaseh. Kes ni mengingatkan dikaseh tentang kesilapan dikaseh kepada si kaseh. Kesempurnaan itu ada apabila kita melihat dari sudut ketidaksempurnaan.

logo baru

Sesat

Selamat Petang Hari Dunia.

Hari ini bangun awal pagi, sebelum azan subuh,sebelum unggas terbang, sebelum nyamuk tidur, untuk ambil si kaseh di Hentian Kajang. Grrrrrrrr... Sejuk betul udara pagi. Nyaman. Bawa blacky 50 km/j pun masih rasa sejuk sampai ke tulang. Pakai sweater pun masih sejuk? Mahu pakai apa lagi agaknya.

Hari ini bertugas seperti biasa. Ada yang bertugas seperti luar biasa ke? Mungkin ada semangat yang luar biasa dalam diri anda. Aku? Biasa-biasa saja. Kemas Office, check email, reply email, check quotation, check dateline, minum secawan teh lipton dan 3 keping cream creaker. Enakkkk. Mulakan hari anda dengan senyuman.

Okehlah. Seperti tajuk entry, aku pun dah mula sesat (Lost). Sebenarnya aku mahu cerita. Ada beberapa kes yang terjadi. Tapi kata akarnya sama. Sesat. Sejak aku bekerja lebih kurang dua tahun dahulu, aku sering terima request untuk quotations dan panggilan dari pelanggan untuk bertanya direction ke office kami.

Selalunya, direction yang aku beri adalah paling senang:
Exit Bangi PLUS highway, jumpa roundabout, ambil jam 12, terus sehingga jumpa satu lagi roundabout, ambil jam 12. Terus sehingga jumpa traffic light, belok kanan menghala ke Petronas. Terus sedikit sehingga jumpa simpang pertama sebelah kanan, masuk ke simpang tersebut dan terus sehingga jumpa pejabat kami. (Sebenarnya isi penting hanya yang dibold).

Susahnya nak faham direction yang aku beri. Mungkin lepas ini boleh guna bahasa mandarin pula.
Tetapi terdapat juga kes panggilan yang sangat liat nak faham direction, iaitu golongan yang sambil call tanya jalan sambil driving, sedangkan sebenarnya tak tahu jalan, direction pun masih tak jelas, golongan yang belum habis bagi direction sudah off hp dan driving ikut instinct, konon macam sudah dapat figure out dalam minda dan ada satu lagi golongan yang sangat hebat. Tak tanya terus walaupun tak tahu, kemudian hanya call apabila telah sesat-barat tak tahu jalan terus. Satu kerja pulak aku nak imagine landmark kawasan tersebut dan bagi direction kembali ke pangkal jalan.
 
 Salah pilih jalan, anda sesat. Pilihan di tangan anda.

Seperti kes yang terjadi pada pagi tadi, Puan S sudah bertanya direction ketika beliau berada di warta/Bintang. Okeh. Enteng. Tapi sebab sambil memandu sambil terima arahan, di mana terus-terus memandu untuk mengelak kesesakan lalu lintas. ??? Adakah susah mahu berhenti di tepi jalan, mungkin bawa track 16 tayar yang memerlukan ruang parking yang banyak. Mungkin. Adalah langkah bijak jika beliau berhenti di tepi jalan dan mendengar arahan aku. Sangat enteng. Tetapi sebab enteng menjadi senteng, maka beliau telah menghabiskan minyak dan meningkatkan kadar KM meter kenderaan. Tahniah. Setelah diberi arahan semasa panggilan kedua dibuat, baru beliau dapat menemui pejabat kami.

Macam mana ada papantanda Tokyo disini???

"Kali pertama datang ke pejabat. Kali pertama datang ke Bangi. Sebab itu tidak berjumpa pejabat kamu ini." Sambil tersenyum mendengar luahan beliau, aku hulur tangan untuk berjabat tangan dengan Puan S. Setelah selesai pembayaran dan borang visa, aku bercerita direction dari exit Bangi. Kecewa aku dengar, beliau kata beliau dari Exit Bangi tersebut. Nampak???? Direction aku tidaklah sesusah mana, tapi cara pemikiran seseorang membuatkan sesuatu perjalanan menjadi dua kali ganda jauh? "Susah betul nak cari pejabat kamu. Terceruk." Sergah si suami Puan S apabila menjengah ke pejabat. Penat menunggu di dalam kereta, suaminya menyusul, lama sangat katanya. Sebab lama: Borang Visa yang diisi, salah. Terpaksa aku isi semula di depan Puan S.

NotaKuaci: Situasi luar biasa. MALU BERTANYA SESAT JALAN. TAPI BILA BERTANYA, BIARLAH BETUL-BETUL FAHAM, BUKAN SEKADAR MELEPASKAN BATUK DI TANGGA. MENYESAL DULU PENDAPATAN, MENYESAL KEMUDIAN, RUGI MINYAK KENDERAAN. JANGANLAH JADI SI BODOH SOMBONG.

logo baru

Sunday, October 24, 2010