Idola Mimpi-mimpiku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 27, 2010

Aku di Bilik Belajar

Sementelah mahu kembali ke Peruniversitian, maka semasa menggodek-godek hdd, aku terjumpa gambar ini. Gambar masa zaman beruniversiti dulu. Aku suka ambil gambar, maka apabila terpandang gambar ini, aku rindu mahu belajar semula.

Gambar di meja belajar aku semasa di UUM.
Legend:
1--> Sebotol air masak. WAJIB. Teman untuk aku belajar. Sebab aku tak minum air nescafe (untuk tahan mengantuk.) Nanti aku pening-pening lalat, terus kecundang tak bangun-bangun. Habis. Boleh refill di mesin berdekatan bilik aku. 20 sen seliter. Jimat.

2--> Chermin.Untuk aku belek muka, jerawat, dan mata bila aku culas nak belajar atau take-a-break masa belajar. Cermin diri, hiasi peribadi. Digunakan jugak masa terkocoh-kocoh nak keluar. Tak perlu bukak locker untuk tengok cermin.

3--> Kalendar. Penting. Aku noted semua takwim sepanjang aku satu sem di uniutama. Senang nak refer kalau aku tak ingat. Selalunya ada  banyak icon pangkah, love, smiley dan petir. Apa itu? Biasalah. Mood manusiakan berubah-ubah.

4--> Tupperware. Multipurpose tupperware. Pelbagai guna sebab itulah bekas untuk makan nasi, itulah bekas untuk makan maggie, itulah bekas untuk minum sup. Dan itulah bekas yang tak berbasuh sebab terlewat nak ke kelas.

5--> Bear. Bukan di meja belajar. Tapi ia berhampiran meja belajar. Peneman bila perlu belajar waktu malam. Dah prepare note dan perlu menghafal, duduk di kerusi belajar, peluk bear dan remind the note. Namanya Joey.

6--> Note kuning. Nota penting. Assignment yang perlu disiapkan. Date perlu hantar assigment. Juga terdapat nota silibus yang perlu dibaca untuk exam (Tip-tip sub-chapter untuk exam). Kira nota kecil setiap subjek yang diambil.

7--> Torch Light. Penting bila black out. Takkan nak pakai lilin pulak? Aishhhhh. Tak boleh. Tak boleh.

**Kachi 2. Bangga jadi warga negara kachi 2. Aman. Tak perlu serabut dengan Kes air tak ada. Kes bilik sempit tak muat pelajar. Kes hingar-bingar riuh-rendah dalam kampus. Di sini, kami aman. Walaupun kediaman luar kampus.

Note pembakar semangat.

Note ditepi katil, melekat di dinding. Bangun pagi. Celik mata. Tengok.

NotaKuaci: Adoi rindunya pada bilik dan kenangan di uniutama. Menghitung hari. Sabar Budak Comot. Tinggal beberapa hari saja lagi.

logo baru

No comments:

Post a Comment