Mari bercerita:
Pada suatu hari di sekolah, seorang pelajar bertanya kepada gurunya. Ketika itu, gurunya sedang mengajar mengenai kasih sayang.
Pelajar Cun: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang kita paling sayang? Dan macam mana kasih sayang itu berkekalan? sambil menggaru-garu kepala yang tak berkutu.
Cikgu: Kamu ikut apa yang saya suruh. kamu pergi ke padang, kamu berjalan di atas rumput di hadapan kamu. Sambil tunjuk padang depan sekolah. Pilih rumput yang paling cantik...Tapi jangan pandang belakang congkak walau sekali. Dan petik rumput yang paling cantik. Bawa ke kelas.
Apabila pelajar itu pulang ke kelas, tiada sehelai rumput di tangannya
Cikgu: Sambil muka blur-blur. Kenapa tiada rumput dipilih?
Pelajar Cun: Muka sedih. Tadi semasa saya berjalan mencari rumput, memang ada banyak yang cantik. Tapi cikgu pesan, petik yang paling cantik sekali. Maka saya terus berjalan ke depan mencari yang lagi cantik, tak toleh ke belakang lagi. Tapi sampi ke di hujung padang, saya tak berjumpa yang paling cantik. Mungkin ada di belakang saya tadi. Muka menyesal. Tapi cikgu kata jangan pandang belakang jadi tiada rumput yang boleh saya petik. Muka mahu nangis.
Cikgu: Itulah jawapannya soalan kamu tadi. Maknanya, apabila kita dah jumpa seseorang yang kita sayang. Janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu. Kita haruslah menghargai benda di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah menoleh ke belakang lagi kerana yang dah berlaku tetap berlaku. Semoga yang berlaku tak berulang lagi. Dan ingatlah orang yang kita paling sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. Mahupun nak ikutkan banyak lagi cantik dan baik seperti kes rumput tadi.
NotaKuaci: Si kaseh. Maafkan dikaseh. Kes ni mengingatkan dikaseh tentang kesilapan dikaseh kepada si kaseh. Kesempurnaan itu ada apabila kita melihat dari sudut ketidaksempurnaan.
No comments:
Post a Comment