Idola Mimpi-mimpiku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, October 25, 2010

Sesat

Selamat Petang Hari Dunia.

Hari ini bangun awal pagi, sebelum azan subuh,sebelum unggas terbang, sebelum nyamuk tidur, untuk ambil si kaseh di Hentian Kajang. Grrrrrrrr... Sejuk betul udara pagi. Nyaman. Bawa blacky 50 km/j pun masih rasa sejuk sampai ke tulang. Pakai sweater pun masih sejuk? Mahu pakai apa lagi agaknya.

Hari ini bertugas seperti biasa. Ada yang bertugas seperti luar biasa ke? Mungkin ada semangat yang luar biasa dalam diri anda. Aku? Biasa-biasa saja. Kemas Office, check email, reply email, check quotation, check dateline, minum secawan teh lipton dan 3 keping cream creaker. Enakkkk. Mulakan hari anda dengan senyuman.

Okehlah. Seperti tajuk entry, aku pun dah mula sesat (Lost). Sebenarnya aku mahu cerita. Ada beberapa kes yang terjadi. Tapi kata akarnya sama. Sesat. Sejak aku bekerja lebih kurang dua tahun dahulu, aku sering terima request untuk quotations dan panggilan dari pelanggan untuk bertanya direction ke office kami.

Selalunya, direction yang aku beri adalah paling senang:
Exit Bangi PLUS highway, jumpa roundabout, ambil jam 12, terus sehingga jumpa satu lagi roundabout, ambil jam 12. Terus sehingga jumpa traffic light, belok kanan menghala ke Petronas. Terus sedikit sehingga jumpa simpang pertama sebelah kanan, masuk ke simpang tersebut dan terus sehingga jumpa pejabat kami. (Sebenarnya isi penting hanya yang dibold).

Susahnya nak faham direction yang aku beri. Mungkin lepas ini boleh guna bahasa mandarin pula.
Tetapi terdapat juga kes panggilan yang sangat liat nak faham direction, iaitu golongan yang sambil call tanya jalan sambil driving, sedangkan sebenarnya tak tahu jalan, direction pun masih tak jelas, golongan yang belum habis bagi direction sudah off hp dan driving ikut instinct, konon macam sudah dapat figure out dalam minda dan ada satu lagi golongan yang sangat hebat. Tak tanya terus walaupun tak tahu, kemudian hanya call apabila telah sesat-barat tak tahu jalan terus. Satu kerja pulak aku nak imagine landmark kawasan tersebut dan bagi direction kembali ke pangkal jalan.
 
 Salah pilih jalan, anda sesat. Pilihan di tangan anda.

Seperti kes yang terjadi pada pagi tadi, Puan S sudah bertanya direction ketika beliau berada di warta/Bintang. Okeh. Enteng. Tapi sebab sambil memandu sambil terima arahan, di mana terus-terus memandu untuk mengelak kesesakan lalu lintas. ??? Adakah susah mahu berhenti di tepi jalan, mungkin bawa track 16 tayar yang memerlukan ruang parking yang banyak. Mungkin. Adalah langkah bijak jika beliau berhenti di tepi jalan dan mendengar arahan aku. Sangat enteng. Tetapi sebab enteng menjadi senteng, maka beliau telah menghabiskan minyak dan meningkatkan kadar KM meter kenderaan. Tahniah. Setelah diberi arahan semasa panggilan kedua dibuat, baru beliau dapat menemui pejabat kami.

Macam mana ada papantanda Tokyo disini???

"Kali pertama datang ke pejabat. Kali pertama datang ke Bangi. Sebab itu tidak berjumpa pejabat kamu ini." Sambil tersenyum mendengar luahan beliau, aku hulur tangan untuk berjabat tangan dengan Puan S. Setelah selesai pembayaran dan borang visa, aku bercerita direction dari exit Bangi. Kecewa aku dengar, beliau kata beliau dari Exit Bangi tersebut. Nampak???? Direction aku tidaklah sesusah mana, tapi cara pemikiran seseorang membuatkan sesuatu perjalanan menjadi dua kali ganda jauh? "Susah betul nak cari pejabat kamu. Terceruk." Sergah si suami Puan S apabila menjengah ke pejabat. Penat menunggu di dalam kereta, suaminya menyusul, lama sangat katanya. Sebab lama: Borang Visa yang diisi, salah. Terpaksa aku isi semula di depan Puan S.

NotaKuaci: Situasi luar biasa. MALU BERTANYA SESAT JALAN. TAPI BILA BERTANYA, BIARLAH BETUL-BETUL FAHAM, BUKAN SEKADAR MELEPASKAN BATUK DI TANGGA. MENYESAL DULU PENDAPATAN, MENYESAL KEMUDIAN, RUGI MINYAK KENDERAAN. JANGANLAH JADI SI BODOH SOMBONG.

logo baru

No comments:

Post a Comment