Idola Mimpi-mimpiku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, April 4, 2012

Penawar Duka Ku Pada Mu Seorang....

Assalamualaikum... Renung-renungkan dan...pastikan jawab salam dulu..(=_=)

Setelah agak-agak-agak lama aku menyepi...Tak berbunyi diblog, tapi sekarang aku aktif bermuka buku pulak. Maka, blog suci murni ini dipandang sepi.T_____T #sucilahsangat# Tapi tak bermakna blog aku kesunyian, sebab kadang-kadang aku intai jenguk-jenguk juga, cuma tak berkesempatan nak muat naik sebarang ceritera kehidupan aku yang terbaru. #Ma.las#

Tak wajar rasanya aku nak buat ala-ala batuk tersedut habuk, terpalit muka penuh sawang-sawang bagai #overact#, sebab aku tetap menjengah ke laman jajahan takluk aku ini, cuma dah lama tak berlibur informasi cerita terkini saja. #ku.rang.ra.jin#

Sekarang aku dah berubah petempatan daerah tempat kerja, dulu di Port Dickson, N. Sembilan sekarang...masih daerah pesisir pantai; Bandar Penawar, Kota Tinggi. Kat mana tu??? Macam nama lubuk terpencil tempat mencari ubat terkena racun saja kedengaran...Scary...Dah kata tempat Penawar...Kihkihkih. Lokasi penempatan aku kali ni, berhampiran Desaru, Kota Tinggi. Seeee~ Tepi pantai lagi.. Yessss!! Kan aku lahir di kawasan kampung pesisir pantai, makanya jodoh persekitaran pun mestilah bersamaan dengan kebiasaan kehidupan aku. Hukhuk. Kedengaran macam tak mencabar, tapi kalau anda tak biasa, mahu mandi hujan peluh setiap hari. Panassssss~














Wondering why people like snaping picture in front of the mirror; in the rest room.
 #i try put my self in their shoes#

Ramai yang tak tahu lokasi Bandar Penawar ni, aku pun sungguh nak kata; tak tahu juga kat mana lokasinya. Tahu kedudukan sebenar hanya bila aku meet Uncle Google saja. Gedegangg! Tepi laut. Perjalanan hampir 2 jam dari Mersing, my lovely hometown. Disebabkan asalnya aku di cawangan Port Dickson, N. Sembilan, maka gigihlah aku bersama Si Kaseh menjejak lokasi petempatan daerah tempat kerja aku yang baru ini.

Al-kisah....

Bermulalah kehidupan aku di tanah bumi kelahiran aku sendiri; di Johor. Sejak tahun 2009 aku mula bekerja makan gaji, aku tak pernah berkhidmat di tanah Johor. Kebanyakkan masa aku dihabisi dengan mencari rezeki dan berjimba di tanah bukan kelahiran aku. T___T. Tak sangka dapat panggilan pulang berkhidmat kembali ke Johor kurang dari setahun bermajikan dengan tempat aku mencari rezeki sekarang. Alhamdullilah. (=_=) 

Owait. Tamat kisah cari-cari kerja, rezeki-rezeki makan. Sekarang aku nak berceritera pasal kehidupan di Bandar Penawar, OMK...Sangat diluar jangkaan. Kenapakah aku menjangka sesuatu yang sangat harmoni sedangkan aku tahu hakikatnya tak seperti yang dijangkakan. T__T Kawasannya memang kawasan luar bandar walaupun besar gedang dia papar Bandar Penawar, tapi bukanlah sebandar yang aku fikirkan. Oke-oke-oke. #overact# Bukan nak memperkotak katik lokasi aku, cuma aku agak menggelepar la ketika menjejak kaki ke tanah destinasi. Berderet kedai, tapi barang yang aku cari bukanlah bermakna berderet pilihannya, honestly ia adalah terhad. Bertuahnya pulak aku bukan loyal for one brand only, maka tak lah terlalu menggulupur cari produk kebiasaan aku. Sigh Huhh!!

Namun... Aku masih bersyukur bangat sebab berderet kedai makan yang beroperasi, pilihan makanan yang dihidangkan memang tak mendukacitakan. #Penting# Paling penting burger yang aku selalu makan sedap. Huhu. Fasiliti bank pulak agak terbatas peredaran kewangan sebab hanya ada bank Islam sahaja. Cam na tu kalau nak berurusan  dengan akaun-akaun yang lain. Adoihaikan. See~ Kalau aku nak membeli secara online kena berurusan melalui akaun bank Islam saja.


Welcome to Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor.

Okehlah. Berhenti berungut! Banyak dah aku menceceh ni. Akurlah aku kini berada di daerah kelahiran aku. Apa lagi yang aku tak perlu bersyukur. Itu pun masih mahu banyak bunyi. Huh! Apala manusia ini, dah diberi petis order pizza. Dah diberi betis, nak peha!

Sepanjang aku berpindah ke cawangan baru di Bandar Penawar ini, aku telah menjelajah beberapa tempat yang tentunya popular dikalangan peminat makanan laut. Especially yang memang kaki jalan. Aku berkesempatan ke Teluk Sengat. Oke-oke-oke. Bunyi tempat memang pelik, tapi bukan bermakna anda akan disengat jika ke mari. #TakLawak#.

Jeti menganjur ke laut di Teluk Sengat. Kalau ada DSLR tentu puas berposing.
#DSLRsaja!Huh!TakAda#

Muka si Budak Comot yang serabai dan semestinya comot.

Ini sempat berposing semasa aku sedang menunggu waktu berbuka, kononnya nak mencari mee bandung udang di kedai makan berhampiran. Marveloussss sedap hidangan tersebut. Tu yang aku gagah pergi sampai ke sini. Lokasi anggaran 20 minit dari Bandar Penawar. Siapa yang dah pernah try kedai makan berhampiran jeti Teluk Sengat ni pasti tahu tahap kesedapan hidangan tersebut. Memang marvelousssss!! Awesome ooOO0oo0... T_____T Tapi gambar tiada dalam pameran sebab aku dah lahap sampai tak ingat nak snap a picture. Teeheee.

Aku berkesempatan menjelajah 2% kawasan berhampiran Bandar Penawar terlanjur menyertai aktiviti promosi kaunter cawangan. Sikit betul peratus tersebut..T____T. Nampak sangat asyik duduk terperap di rumah menapai bau badan di toto.Huhu...Apa ni?!!! Aktiviti aku hanya berkisar tentang kerja-kerja-kerja! OMK...Am i a workaholic? Nope! Tapi duduk di Bandar Penawar bukanlah tempat terbaik untuk berlibur. #SebenarnyaTiada!# Hanya berderet kedai makan, bangunan pejabat milik Koperasi Kejora dannnnnnn...kedai topup. Hihi...Itu penting. Dah duduk jauh terperuk, kalau tiada kedai topup, nak menyelongkar dimana pula prepaid. 7-Eleven pun tiada. Jangan harap kalau kesuntukan kredit nak berjimba call n SMS penglipur lara.#JanganCariPasal#

Pesisir Pantai Tg. Sedili Kecil, Kota Tinggi. Rasa macam mahu terjun mandi, tapi cuaca ya ampun panas. 

Setelah tamat aktiviti promosi;aktiviti berjimba pula bermula. Yeahhhhhh~ Dapat merayau di sekitar Bandar Penawar sudah memadai. Hanya menghayati keindahan alam. That's all here we have. Tak ada bangunan pencakar langit, panggung wayang pecah rekod, pasar raya besar gedang sampai termengah-mengah nak habis round window shopping, semua adalah non. Maka, aktiviti berlibur pastilah berorientasikan alam semula jadi. Yaaaaaa... Kawasan untuk itu banyak bangattttttt!

Aktiviti berterusan menyelusuri jalan tepi pantai, hajat salah seorang staff HQ ingin makan belangkas. Maka...Mari kita berusaha menjejak langkah sang Belangkas. Erkkkkk!! Belum bersedia nak menikmati hidangan tersebut. Tapi......

Wajib Makan. #Gulp#

Akibat keghairahan beliau berusaha mencari kedai makan yang menghidangkan makanan agak esotik tersebut, aku pun berusaha jugak memujuk diri supaya mencuba. Kalau bukan sekarang, bila lagi aku nak cuba. OMK...Tawakal. Dipaksa secara agak rela menikmati hidangan tersebut. Not to bad. Bahagian yang terdapat dalam cengkerang belangkas tersebut 95% penuh telur. Oke-oke-oke. Makan telur belangkas. Oleh sebab aku pernah melahap telur ikan jahan a.k.a mayong asam pedas, maka aku boleh menelan telur belangkas tersebut, kerana rasa tak lari, cuma saiz telur sahaja yang sangat ketara. Bahagian lain yang boleh dimakan adalah kaki belangkas. Macam Rasa ketam. Tak adalah teruk sangat rasanya makan belangkas. Masih boleh diterima oleh tekak. Gulp! Bila fikir semula...

Okehlah kan tu kononnya. Sempat berposing depan Restoran Selera Tanjung, Tg. Sedili, Kota Tinggi.
#HidanganIstimewaBELANGKAS#

Jalan-jalan cuci mata di Jeti Tg. Sedili. Terasa macam duduk di kampung nelayan. Bau air masin sah-sah teringat kat Jeti Mersing. Rindunya nak balik kampung. Adoihaiii... Bandar Penawar-Mersing hanya dalam 2 jam perjalanan, tapi aku rasa OMK jauh bangat hokey bila kekangan transport menerajui faktor jarak. 

Agak menenangkan jiwa yang kelam kelibut. Rasa macam kekacauan jiwa pegun seminit dua.

Hampir nak masuk bulan ke-3 aku di Bandar Penawar ni. Masih boleh survive; i am survivor. Tak adalah yang teruk-teruk sangat, kecuali beruk-beruk suka berjimba atas bumbung rumah sambil buat konsert. Aku pun tak faham apa yang depa buat, meriah sangat atas atap rumah sewa aku. Huhh!Aku try adapt dengan keadaan sekeliling. Mungkin depa try nak entertain aku, tahu aku duk bosan terperap saja. Huhu. Masih aku boleh tahan. Keadaan masih terkawal. Harga makanan masih boleh berkompromi untuk memenuhi keperluan aku. Aku masih hidup di Bandar Penawar. Hooyeahhhhhh~ 

#NotaKuaci: To my sis, alang yok la datang Bandar Penawar. Boleh kita makan seafood di Teluk Sengat, tak pun makan-makan di Tg. Balau, tak pun picnic di Tg. Sedili. Wahhhh... Berderet aktiviti alamiah yang boleh dibuat. Terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Untuk berlibur bukan bergantung kepada keadaan sekeliling, tapi bergantung kepada diri sendiri untuk menyesuaikan diri. #Akur#

footer

No comments:

Post a Comment