Ini adalah mengenai kisah masa panjang-panjang yang lalu. Terjemahan terus dari bahasa Omputeh...Huhu. Aku pernah menjengah ke JPO,Johor. Semua orang Johor sibuk memperkatakan subjek JPO sebagai pengetahuan am yang terbaru. Up-To-Date information. Kalau ditanya dah pergi JPO? Tapi jawapan masih blur-blur-blur apakah kejadah JPO tersebut, maka kelihatan seperti anda adalah anasir yang baru pulang bercuti dari kampung halaman di planet Marikh nuh! Sungguh! Kawan-kawan pi majlis kahwin member pun bersembang pasal JPO. Betapa JPO itu adalah word yang terbaru dalam vocabulary penggiat aktiviti shopping. -,-
Johor Premium Outlet. JPO.
Salah satu outlet terbaru di Johor yang menawarkan barangan branded series kepada penggiat tegar branded stuff. Pastinya kepada yang berduit tak lepaskan peluang untuk menikmati tawaran yang terdapat di semua store di outlet tersebut. Aku tak terkecuali; bukan membeli-belah, sekadar membeli jendela sahaja. Sigh!
My sis duduk di Bandar Putra, Kulaijaya. So, clearly la yang nak ke JPO tersebut adalah sangat dekat. Tak payah in-exit highway pun boleh sampai. Aku sempatlah mengikut my sis ke sana. Hanya sekadar untuk lawatan. Belum bersedia untuk melabur wang untuk membeli-belah lagi. Sekadar jenguk dan belah itu bolehlah.
Semasa aku pergi, tempat kejadian sedang hujan. Maka, niat untuk meronda juga sedikit pudar direnjis renyai. Parking lot; full. Mungkin masa aku pergi ni, JPO masih hot from the oven, so daya tarikan kunjungan ke sini berada dalam priority paling tinggi. Walaupun niat sedikit pudar, tapi tak luntur terus. Gigih menjelajah setiap store. Sedikit malu tebal pipi sebab ke hulu ke hilir bawak umbrella TV3 yang diketahui umum sangat besar gedang dabak berat sekilo tu. Sigh!
Beberapa keping wajah store di outlet.
Kawasan memang luas. Sangat seronok kalau mahu exercise jalan-jalan membeli jendela. Meninjau kawasan sekeliling memang mencabar keimanan jiwa dan poket. Kalau berwang, mahu aku sambar apa yang berkenan. Tapi apakan daya, tak terdaya. Hanya berdaya saing dengan my sis untuk membeli coklat putih. Oke-oke-oke. Aku memang penggila coklat. Satu kilo dibawa pulang. Memang penggila coklat. 0_o
Kepada yang masih belum sempat ke sini, anda boleh ke JPO melalui jalan Indahpura. Aku tak berapa pasti. Tapi kalau anda ambil jalan straight dari Indahpura, tepi Old Town White Cafe tu, straight saja melalui dua roundabout. Satu roundabout pukul 12, satu roundabout pukul 9, tak jauh dari situ pasti nampak JPO ni. Serius dekat. Tapi dekat kalau hanya tak sesat lah. Lalalalala...Huhu
No comments:
Post a Comment