Idola Mimpi-mimpiku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, December 30, 2010

Ceria Tapi Sedih

Ada banyak alasan untuk senyum, gembira, sengih dan ketawa sepanjang akhir bulan; minggu ini. Malaysia Menang Piala Suzuki AFF 2010. Esok Cuti Umum sempena Malaysia menang piala tersebut. Minggu depan dah masuk tahun baru. Umur masih panjang. Jiwa rasa makin bahagia. Sayang makin rasa bertambah. Makan makin banyak T___T, berat tak naik-naik. Boleh jumpa si kaseh. Dapat hadiah. Serius. Banyak benda buat aku tersenyum, sengih, ketawa.

TAPI...

Hanya satu masej yang di hantar daripada kakak aku sebentar tadi, mampu meragut semua senyuman dan kegembiraan aku.
Abah masuk hospital, tadi tekanan jantung dia lemah.

Segera aku call my mum. Menggigil aku. Abah menghampiri 70 tahun 6 bulan lagi.
Abah kena tahan kat wad sebab tekanan gula dalam darah rendah.
Tiada kegembiraan yang lebih berharga daripada kesihatan yang baik ke atas kedua orang tua kita.

Walaupun jarak Bandar Baru Bangi dan Mersing bukanlah sejauh KL-London, tapi pada sesiapa yang duduk diperantauan pasti faham hakikat sebenar jarak yang aku maksudkan.

Tolong doakan kesihatan abah aku ya rakan-rakan. Semoga beliau cepat pulih. Aminnn

footer

No comments:

Post a Comment