Idola Mimpi-mimpiku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, December 30, 2010

14:1

Setelah 14 tahun, akhirnya tahun depan ambil PMR Malaysia merangkul juara Piala AFF Suzuki.

TAHNIAH PEMAIN BOLA SEPAK NEGARA.
TAHNIAH JUGA PENYOKONG BOLA SEPAK NEGARA.

Tahniah juga pada anda yang pergi menonton siaran langsung di kedai-kedai mamak, kedai makan dan kedai-kedai yang ada buat tayangan siaran langsung semalam. Meriah seperti berada di Stadium  Gelora Bung Karno, Jakarta bersama-sama penyokong Indonesia yang cun melecun macam ratu cantik. Walaupun di stadium penuh warna merah, tapi di Malaysia malam tadi rata-rata kawasan kedai makan penuh dengan Warna Kuning dan terdapat Warna Biru juga.

Tahinah kepada peniaga-peniaga kedai makan malam tadi, layanan anda yang terbaik. Sporting sebab siarkan siaran langsung tersebut dan bagi kami lepak lama-lama dengan secawan milo suam saja~Bukan aku. Im having dinner with Si kaseh sambil santap kek secret recipe. Demand tekak nak makan best sambil tengok bola. Aissshhhh.

Tahniah juga kepada pengedar surat khabar hari ini, kerana surat khabar menjadi hot super-duper panas hari ini macam goreng pisang panas. Sebab....
KUALA LUMPUR, 29 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam ini mengisytiharkan Jumaat ini sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulong pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala Suzuki AFF. – Bernama
Sumber Rezeki

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan Jumaat ini (31 Disember) sebagai cuti umum sempena kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2010. - BERNAMA

Team Malaysia. Harimau Malaya yang sedang girang. Ngauuuuummmmmm.

Skuad bola sepak kebangsaan meraikan kejayaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 selepas menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2 di Gelora Bung Karno Jakarta, malam tadi. Turut kelihatan, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (belakang, kiri) dan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, Tan Sri Annuar Musa (lima dari kiri). - UTUSAN/SHAHRIL AZMAN ZAIN


Top Scorer dengan 5 gol yang bergaya. Pheeeewiiiitttt

Mohd Safee

Ini nombor saya. Bertuah. 10. Untuk tahun 2010.


footer

No comments:

Post a Comment