Idola Mimpi-mimpiku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, January 9, 2012

Aktiviti Pertama Tahun Baru...Dekati Alam Semulajadi

Assalamualaikum~~~ 
(muka comel-comel, senyum manis-manis sebab tebus jarang update blog) 

Hujung minggu lepas si kaseh datang mengambil kembali kereta Vivac yang beliau pinjamkan kepada D'kaseh..(Aku lah tu..Dah ada blacky pun masih mahu pakai kereta pulak...T~A~M~A~K).

Aktiviti kami adalah panjat gunung beb...HUTAN LIPUR TANJUNG TUAN. Dah lama tak panaskan badan and keluarkan peluh... Memang teringinlah nak masuk hutan. Al-maklumlah, sejak tamat Ko-Ku kat U dulu, dah lama tak redah hutan. Aishhhhhh~~ Nak naik hilang skill redah hutan ni. Nasib baiklah tak ada P~A~C~A~T...Nak tahu sebab apa aku cakap nasib?...Huhu...Sebab aku meredah hutan pakai selipar Jepun, kalau ada koloni pacat kat hutan tu, mahu aku melompat kegelikakian...Huhu...Habis darah aku terderma kat mereka nanti...  Mana Aciiiiii~~


























Ini adalah pakaian yang tidak sesuai untuk jungle tracking, tapi sebab acara kami spontan termasuk ke fikiran masa lalu di laluan kawasan tersebut , maka aku pun redah juga walaupun pakaian adalah sangat uncomfortable.


























Masa aku sampai kat tempat kejadian, matahari dah tinggi lebih tinggi dari segalah. Hampir jam 11 pagi. Bukan Vit-D lagi untuk kulit. Tapi jalan dalam hutan, apalah sangat cahaya matahari yang jamah kulit. Tak rasa sangat. Sumber Vit-D yang dah tak berapa nak D sebab jam dah tengah pagi jadi tengah hari . Maka pancarannya bisa buat aku dapat Vit-Dark. Huhu. Tapi mutiara langit ni kalau dirakam pakai DSLR mesti lagi mengancam kan-kan-kan~T______T


























Bukan plan asal nak menjejak kaki ke Hutan Lipur Tanjung Tuan ni, tapi dah tersasar dari Teluk Kemang, maka kami pun sepakatlah nak jejak kaki ke Rumah Api Tanjung Tuan. Dulu pernah menjengah ke pintu masuk tapi tak adalah sampai nak mengeksplor lebih jauh. Tapi kali ini, tah apa angin si kaseh tiba-tiba bagi idea nak meredah hutan plak. Aku pun layankan jugak lah. Bukannya selalu pun. >_<

Caj masuk RM1.00 per entry. So aku pun mengepaulah si kaseh. Alaaaaaa~ setakat seringgit apalah yang nak dikecohkan. Betul tak????!!! Huhu... Okey. Mari kita tengok apa hasil yang kita dapat dengan harga RM1.00 tu.

Untuk ke Rumah Api Tanjung Tuan tu, kita ada dua pilihan. Ikut Jungle Track or Tar Track. So terpulang pada uols la kalau nak pi tu ikut pilihan kaki, hati dan energi...

Pilihan pertama: Ikut Jungle track. Kita jungle tracking dulu. Huhu. Aku and si kaseh tertarik dengan sign yang diorang letak kat pokok 1st yang aku jumpa. "Tapak Kaki Hang Tuan & Telaga Keramat". Hah! Seee~ Siapa tak nak tengok tapak kaki Hang Tuah. See it you will be apart of history. Cewahhhhhh~ Konon. Seee~ Niat tak suci sebelum melangkah lebih jauh. Makaaaaa~~ Hasilnya kita tengok nanti. Jom join secara maya aktiviti aku.


























Yang aku jumpa adalah otak udang yang disumpah jadi pokok(?). Kalau otak udang besar ni, jom kita imaginasi udangnya besar mana and nasi nak makan udang tu berapa kawah. Huhu....


























Tour guide merangkap ranger and soulmate yang hampeh. Sebab beliau demam maka tujuan udang disebalik mee nya ajak aku jelajah hutan sebab beliau nak keluarkan peluh. Aku? Akur sebab proses pemulihan  kesihatan si kaseh adalah tanggungjawab bersama. Si kaseh sihat maka siapa yang untung?? Aku jugak~ Tak perlu risau extra tentang keadaan beliau. Betul tak?????


























So sweet. Penat-penat redah hutan follow track nak cari Tapak kaki Hang Tuan kononnya, bila dongak ke langit. Seee~ See what I've saw. (Betulke Grammar aku ni?). Comel tak? Love shape...huhu..Ke aku sorang je yang nampak camtu?


























Datuk bandar/hutan sedang berucap. Tapi Teks tak ada, maka ucapan adalah sangat merapu lari tajuk. Kih-kih-kih...


























Penat jejak punya jejak punya jejak. Adoi...Setangah jam duk redah hutan, tapi.... Mana tapak kaki Hang Tuah ni??? Inilah padahnya bila jejak langkah Hang Tuah tak mintak bantuan ranger bertauliah. Huhu...Maka kami patah balik and ikut jalan tar track plak. Huhu...

Encik si kaseh yang sedang poyos melangkah dengan yakin. Sumpah sebenarnya penat. Huhu.. Tapi layankan jugak. Tapi best moment la sebab bila kita buat sesuatu dengan orang yang disayangi sentimental value nya extra. Huhu.. Berbaloilah konon. Cehhhhh~~ Penat-penat pun nak jiwang konon. Huhu


























Tu dia. Dari jauh dah nampak dah. Rumah Api Tanjung Tuan. Aisssssshhhhh~ See. De tangga plak nak kena daki. Adoihai.


























Tumpang berteduh sekejap...Fuhhhhh~~ Penat! Tapi... Berbaloi~~~~


























Seeeee~~~ Berbaloi tak. Okey! Abaikan wajah aku yang dah tak tentu arah tersebut. Vit-Dark yang ternyata diserap baik oleh kulit aku. Huhuhu. Padan muka aku.


























Pantainya cantik. Macam kat pulau pulak aku rasa. Hati tak tahan. Jom mandi dulu... Letih woooooo~






















Anda jamu mata saja ya... Huhu.. Aku dah letih jamu mata. Sekarang aku nak jamu perut plak.

Okeylah. Tiba-tiba otak aku dah sampai tahap maksima, malas bertaipan. Tengok sindrom malas bertaipan sudah menyerang. Ia boleh menyerang bila-bila masa. T______T Aku mahu pergi menyelongkar dapur, supper yok.. (Boleh kategori supper ke?) Lapa ni.. Tatatata


Encik si kaseh pun tak lepas peluang terjun ke laut. Aikkkkkk~ Heran ni bila si kaseh ada hati nak mandi laut.

Selamat Malam semua. Aku nak santap makan malam la... Lapaaaaaa~

Babai
footer

Wednesday, January 4, 2012

Tahun baru, Hati Lama, Misi baru, Jiwa Lama...

Assalamualaikum~~~~~

Wahhhhh!!!!!!

2012~~~ Macam title gilem omputih je..(Betulke 2012 dunia akan kiamat???? Subhanallah...)

Aku ada sindrom malas taipan blog secara kritikal. Malas update. Malas taip. Malas edit. 
Everthing is about Mim.Alif.Lam.Sin. M.A.L.A.S=L.A.Z.Y

Maka...Secara pantas dan tuntas, aku nak mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada seluruh umat yang melintas di blog aku ini. Yang jauh marilah jenguk, yang dah selalu jenguk marilah berkampung dalam blog aku ini. 

NotaKuaci: Sangat tak ada mood sampai nak bertaipan pun tiada idea. Sifar. Zero. Kosong. Blank. Tata.

(Semoga tahun baru 2012 ini dianugerahi sejuta rahmat, dilimpahi sejuta keberkatan. Hidup dilindungi dan diredhai Allah S.W.T)
M.A.L.A.S B.O.S.A.N
footer

Friday, December 9, 2011

Lawatan Perkahwinan Part II

Assalamualaikum gurls & boyz..... 

 Mari kita kerjasama tiup-tiup debu-debu kota raya di blog ini dulu~~~Fuhhhhh!

(Ehem-ehem-ehem... Pembetulan suara bagi comel... Krak-prak-kruk... Pembetulan jari-jemari runcing bagi pantas bertaipan di blog yang kejap on-off typing entry ini.)

Macam cerita entry sebelum ini. Masih berceritera pasal lawatan kahwin sajalah. Huuuu~~ Syoknya-syoknya makan free nasi minyak...Tapi otak ni masih ada sindrom simptom-simptom kekakuan ayat bertaipan. Maaf ye uols semua. 
//

Selepas ketuk-ketuk jari di meja rentak reggae, aku pun sambung taipan lagi. Aishhhhh~ Hampehlah idea ni. Marilah kau kemari. Mariiiiiiiiii~~
//

Senang ceritera, mari jenguk lawatan kahwin yang aku hadirkan diri Bulan lalu. APA???!!!!! Yup...T___T Bulan lalu..Tapi baru nak terhegeh-hegeh nak upload entry hari ini.  Beliau merupakan teman serumah semasa aku menetap di Bandar Baru Bangi dulu-dulu. Dari Port Dickson, aku gagahkan diri bersama dua orang lagu bekas houmate aku menjejak kaki ke Rengit untuk ke rumah pengantin tersebut...Auwwwww~~ Tak sangka aku...Walaupun aku orang Johor, tapi kalau tak kerana menghadirkan diri ke majlis kahwin mempelai ini, confirm aku tak cecah Rengit. Aishhhhhh~~Malu aku sebab tak pernah pun menjejakkan kaki ke sini sebelum ini.

Inilah ex-housemate yang melangsungkan perkahwinan tu. Yang mengapit pengantin tu, Jehan bride to be next year, Budak Comot and Nisa.


 Inilah pengantin semasa zaman sengal-sengal hidup kami. Masa ini beliau masih bujang lagi. Menggonjeng di Bandaraya sambil menghabiskan masa. 


 Beberapa keping gambar nikah-kahwin beliau yang aku skodeng & rembat dari muka buku.
(Gambar didownload dari muka buku pengantin & jurukamera beliau;diedit oleh budak comot)


 -_-"   Jelesnye uols....Cam best je photoshot camni.....
(Gambar didownload dari muka buku pengantin;diedit oleh budak comot)
Kepada yang dah selamat melangsungkan perkahwinan, sama ada budak comot kenal-tak kenal-pernah kenal-buat-buat tak kenal, SELAMAT PENGANTIN BARU...SEMOGA DIKURNIAKAN ZURIAT YANG SOLEH & SOLEHAH...AMinnnnnn~~~ Semoga kalian doakan rezeki aku and jodoh aku tiba segera pulak nanti. T___T. Aminnnnnnnnnn~~Panjang lagi aminnya.

 Aikkkkkk~~ Masih ada satu pengantin lagi yang dilawat tapi tak dimeriahkan dalam blog aku ni. Beliau merupakan teman sepersekolahan aku dulu. Tunggu aku ada mood aku akan berceritera pasal perkahwinan beliau pulak. Huhu...

Dua minggu lagi cuti krismas. Aku bercadang nak melawat my sis kat Kulaijaya. Nak rest sambil cuci mata. Kepada warga Johor, siapa yang dah pi JPO????? Best ke? Aku plan macam nak menjengah jugak kalau ada masa nanti. Johor Premium Outlet. Tengok website macam gah saja. Nak jugak melawat tapak kot-kot memang grand livina ke, boleh cuci mata tengok suasana kat sana.
Tapi yang paling best... Tak sabar nak hang out weekend ni. Plan macam nak tengok OMBAK RINDU. Orang kata serita tu sedih...T____T. Kenalah sedia tisu banyak-banyak-banyak ni. Kepada yang berada di area Seremban, jom tengok wayang kat Jusco Sremban 2 weekend ni. Huhu... KL Gangster kita gelak+cemas=puas hati. Bini-biniku Gangster kita gelak+sweet honey=puas hati. Ombak rindu ni???? Kalau movie sedih+sweet honey= apakah kesudahannya nanti??? Tak sabar aku nak tengok. Nak tahu jugak fakta preview filem dari bloggers lain ni fakta atau auta.
NotaKuaci: Sapa tengok Tentang Dhia....Siapa ada sipnopsis????? Aku sakit hatilah tengok emak si Zikir tu. Tak sabar nak tau ceritera sebenar macam mana....-_- Kenapalah ada manusia jahat macam tu....

Mari doa semoga kita dijauhi dari sifat mazmumah macam tu... Aminnnnn~~
footer