Idola Mimpi-mimpiku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, February 10, 2011

Jalan-Jalan Cari Pasal

Alhamdullillah. Aku selamat pulang ke JB bersama si kaseh. Aikkkkk. Macam mana si kaseh boleh ikut pulang sekali??? Panjang cerita. Pendek cerita, si kaseh keluar dari ceruk KKB dan  kembali ke Bangi. Malam itu, kami rushing cari tiket ke JB-KL-JB. Hasilnya... Tarrrraaaaa... Si Kaseh dan d'kaseh pulang ke JB bersama-sama. Satu hala, masa hampir serupa tapi syarikat pengangkutan bas yang berbeza.























Bukan naik KTMB walaupun posing di landasan kereta api. Ini gambar hiasan.


























Ini sekadar gambar hiasan. Bukan gambar aksi berani mati atau aksi berani terlampau .

NotaKuaci: Berjalan tak tentu pasal di Danga Bay setelah puas ukur bangunan di City Square, JB. Fuuuhhhhh. Sejak kerja di Bangi, sudah lama tak menapak di JB. T____T. Mesti JB dah tak ingat aku.

footer

Tuesday, February 8, 2011

Jangan Lari Laju-laju




















Buai laju-laju,
  Sampai Pokok Sena;
Apa dalam baju?
  Sekuntum bunga Cina...

Itu... Kalau buai laju-laju... Tapi... Ini kalau bawa kereta laju-laju... Jalan licin... Hujan... Lost control... Corner 'S'... Jalan bapak lengang macam nak buat drift sampai berapi tayar... Don't do this at home... or on the road... Or wherever you think you can dance drive... 

Caution: You will lost your car or your life. Unless you are the professional one.



NotaKuaci: Inilah hasil seni drift yang mampu dihasilkan oleh Brother in law aku ketika kejadian. Alhamdullilah. Beliau hanya mengalami jahitan dua jarum di kepala dengan tiada kecacatan fizikal yang serius. Wahai rakan-rakan taulan yang meminati auto drift and drag... Ini bukanlah seni try and error ye. Malang memang tidak berbau, tapi kita sudah mampu menghidu kentut kesan apabila condisi jalan dan kenderaan tidak mengizinkan.
footer

Tuesday, February 1, 2011

Berita Tak Ada Gambar

Aku senyap sebab aku sedang pening. Peningku fahami dirimu, peningku mengikut rentakmu. No-no-no. Bukan sebab pening dengan Si Kaseh. Aku sedang pening. Serius aku sedang pening ni. Sebagai orang Johor pasti sekarang ni aku sedang pening. Bukan pening loya nak muntah, tapi pusing kepala sebab BANJIR SEDANG MELANDA.

Perancangan awal, Plan A, Cuti Raya Gong Xi, Gong Xi, Gong Xi Fa Cai ni, my mum, my sis dan bro in law nak datang KL. Seperti raya cina tahun lepas. Buat round tour KL bersama selebriti terkenal...Budak Comot dan my mum so sweet pheeewit. 0_< Aku as Tour Guide tak berapa bertauliah. Makanya aku tak berpeluang menjenguk Mersing nan permai kerana perancangan ini tidak melibatkan perjalanan ke my Hometown. T___T.

Tapi sangat melankolik sebab beberapa hari kebelakangan ini sangat-sangat-sangat extra carca-marba perjalanan kisah persekitaran hidup aku. T__T ... Kalau dikira dalam perlawanan, ini sudah dikira sudden death sudah. Suddenly Death news for me. Si Kaseh tiba-tiba dah merantau jauh diperantauan mata aku sekelip mata macam tingggg!!! Satu jam setengah dari tempat tinggal aku, tapi serius jauh dan tak tabah kalau nak redah jalan setakat naik motor. T____T. Nuh ke Kuala Kubu Baru. Sesiapa ada idea persekitaran tempat yang dinyatakan????

Berita berganda bila my bro in law pulak malang tak berbau. Segala perancangan dibatalkan serta-merta. Okeh. Aku pasrah. Aku terkontang-kanting bertempiaran di rumah sewa. Tiket balik kampung tak ada dalam tangan. Tak ada perancangan balik kampung pun sebelum ini. Maka kenalah cari segera. Within 24hour...Sebab makin dekat cuti, makin tinggi kebarangkalian angka tiket yang tidak ada. Si Kaseh dah tak ada, I need to move by my self. Padan muka aku, selalu menyusahkan si kaseh, sekarang susah sikit dah rasa macam 8x susah dari biasa. T___T. Setiap perancangan perlu ada contingency plan. T__T. Aku bersegera cari tiket pulang ke kampung, tapi....

Tiket sudah ada, sekarang problemnya pulak...B.A.N.J.I.R. Ada sesiapa ada idea keterukkan keadaan banjir kawasan yang aku perlu lalui??? Aku tak mahu tersadai di dalam bas ditengah perjalanan pulang. Sangat sadis kalau berlaku tragedi macam tu. T__T. FYI. Aku tidak beli tiket direct balik Mersing seperti kebiasaan, tapi aku beli tiket balik JB. Apa yang merasuk aku ni????

Plan B. Kami mungkin bergathering di rumah my sis Raya Gong Xi ini. Tapi.... Mampukah kami bergerak meredah banjir. Di antara Mersing dan Kulai. Laluan tengah-tengah dah naik air. Aishhhh. Ya Allah. Mudahkanlah perjalanan aku, rakanku dan ahli keluargaku. Permudahkanlah dan berilah kami ruang untuk bersama Ya ALLAH. Aminnnn~~~

NotaKuaci: Ini bukan waktu pembelajaran kertas perancangan strategi. Perlu ada Plan A, B, C dan Kontingensi. Tidak. Tapi inilah waktu pembelajaran realiti kehidupan manusia. Apa yang dirancang belum tentu ia jadi kenyataan. Kadang-kala Allah berikan ruang pembelajaran yang lain juga sebelum kita mampu merealisasikan perancangan kita. Allah maha mengetahui.

footer