Idola Mimpi-mimpiku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, August 16, 2010

Ramadhan Al Mubarak Part 2

6 Ramadhan 1431

Huraian :

1. Rutob ialah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering. Ianya lembut dan manis. Manakala tamar ialah buah kurma yang sudah kering.
2. Orang yang berpuasa disunatkan berbuka dengan rutob atau kurma atau meminum air biasa jika ketiadaan kurma. Inilah tertib yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.
3. Hikmah disunatkan kita berbuka dengan tamar ialah kerana kurma dipercayai mengandungi glukosa yang mampu memberikan tenaga segera kepada badan. Ia juga dipercayai kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A & C serta zat mineral seperti besi, kalsium, sodium dan potassium. Kandungan protein di dalam sebiji kurma adalah kira-kira 1.8 hingga 2.0%, serat 2.0 hingga 4.0% manakala kandungan gulanya adalah 50 hingga 57%.
4. Sesiapa yang berpuasa dengan ikhlas kerana Allah, kemudian beramal mengikut sunnah Rasulullah SAW akan diberi ganjaran pahala di akhirat serta mendapat nikmat dan rahmat Allah SWT di dunia dan akhirat.

Dipetik dari JAKIM

Kemudian~~

Aku berjumpa pakcik Google untuk tahu berkenaan solat witir 3 Rakaat 1 salam. Walupun aku tak pernah lakukannya. Tapi dapat gambaran and tahulah serba sedikit.

Solat Witir 3 rakaat 1 salam

Solat witir dikerjakan sebanyak 3 , 5 , 7 ,9 dan 11 rakaat .Bagi yang mengerjakan solat witir 3 rakaat , hendaklah ia tidak duduk (tahiyyat awal) kecuali pada rakaat yang akhir.Iaitu membaca tasyahhud akhir dan salam.Ini berdasarkan hadis Rasulullah saw , daripada Saidatina A’isyah ra :

(Baginda saw) tidak duduk sama sekali semasa mengerjakannya melainkan pada rakaat yang terakhir. (HR Muslim no : 737)

Berkata Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah : Tidak harus menjadikan solat witir seperti solat Maghrib.

Apa yang dapat difahami daripada kata-kata Ibn Taimiyyah ini ialah solat witir itu mestilah berbeza dengan solat maghrib , walaupun sama dari segi bilangan rakaatnya.Maka pada solat witir itu tidak boleh dilakukan tahiyyah awal yang mana jika dilakukan akan menyebabkan persamaan pada kedua-dua solat tersebut (maghrib dan witir).

Hujjah di atas juga dikuatkan dengan dalil hadis Rasulullah saw :

Janganlah Kamu mengerjakan solat witir 3 rakaat seperti solat maghrib.

(HR Al-Hakim.Ibn Hajar al-‘Asqalani mengatakan sanad hadis ini sahih mengikut Bukhari dan Muslim.Rujuk Fath al-Bari m jilid 4 ,ms :301)

Yang baik datangnya dari Allah Taala; Yang buruk itu datangnya dari Hamba Allah Taala (budak Comot)

Mohon Maaf, bacalah dan selamat beramal.

logo baru

Thursday, August 12, 2010

Kerm's Craft Contest and i m the contestant. Yihhhhaaaa

Aku blog sightseeing tadi. Bersiar-siar tanpa menggunakan kaki, guna jari saja. Erkkkk- Dah nama alam maya, mana ada tanah mahu dipijak, semua diawangan saja, tiada grafiti graviti.

Click sana, click sini. Jump-jump-jump. Sehingga aku jumpa cek mek jual bunga, senyuman manis menawan hati, gugur bagai jantung ini. Siapa hati tak tertawan... Manis umpama bulan.Okeh-okeh-okeh. Bulan puasa nyanyi-nyanyi pulak dia, bukannya ngaji. PANGGG!!!






Comel tak????

Sangat manis, sampai hati aku tertawan. Cantik menarik, kau memang the BOOM.

CIK KERM   <---- NAK BUAT GIVEAWAY!!!!

FIRST TIME Cik Kerm nak buat Give Away.

Beliau rasa NERVOUS.

BUDAK COMOT <----- NAK TAKEAWAY THE GIVEWAY...yummylicious...sedang berangan.Wink-wink

FIRST TIME Budak Comot nak masuk contest
FIRST TIME Budak Comot tengok blog ini
FISRT TIME Budak Comot tertarik nak join contest
FISRT TIME Budak Comot berangan nak dapatkan craft comel-cemel-comel macam ni. Kecik dulu tah pernah berangan nak benda-benda macam ni. Sob-sob-sob

BUDAK COMOT fall in love for the FIRST TIME tengok... Over- Tak-tak-tak. JUJUR ni.  Bulan puasa tak elok tipu-kanan-tipu-kiri .
Aku mahu itu... Sob-sob-sob... Bukan yang atas ni. Tapi yang bawah ni. Harap-harap harta itu bukan Ahmad Albab yang punya.

Bolehkan Budak Comot dapatkannya? Dah Cukup syarat kan-kan-kan?

syarat-syaratnye  :
1.bagi yg ada blog hendaklah follow blog "KERM'S CRAFT" ni yer...yg xde xper...  DONE
2.bagi yg ada blog..hendaklah membuat entry tentang giveaway ini n meninggalkan comment serta letak link entry yer..leh cik kerm follow kamu juga =) (jgn lupe copy gambar kt atas ni jugak yer) DONE (Picture with your blog's link) wink-wink
3. bagi yg xde blog boleh drop komen kt bwh ni jugak n tinggalkan email anda sekali.. IGNORE sebab ada blog
4.tarikh berlangsungnya giveaway ni adalah dari tarikh "27 JULY - 15 AUGUST"...selepas tu cik kerm akan announce pemenang... DONE publish date 12-Aug-2010


logo baru

Esok

Aku sangat happy sampai tak terfikir hal semalam atau hal yang tak menyenangkan hati yang lain. anggap sahaja itu penambah pahala puasa. Kalau hidup malar sahaja, tiada adrenaline rush-and-down pasti tak seronok. Huhuhu

Oleh itu, aku selalu rasa macam malam semalam itu malam esok, malam ini jugak malam esok, apatah lagi malam esok, pastilah jadi kenyataan. Insyaallah. Amin. Aku mahu mengkhabarkan berita gembira buat warga kampung. 
 
Menghitung hari. Nasib tinggal sehari, kalau kena hitung pasir macam kat atas ni? 
Nangislah aku. Stress-stress-stress

My mum sudah call-call, pasti terngiang-ngiang suara anak kenakalan-dan-kesayangannya ini di sisi dia, itu yang dia call mahu pastikan yang dia sebenarnya sedang berkhayal sahaja. Huhhuhu... Sabar my mum, esok malam aku and dia akan pulang ke pangkal jalan kampung halaman.

Kalau aku and dia dress-up macam ni, pasti my mum tergamam. My dad, sure belasah pakai rotan. Rotan tersebut dah muncul walaupun aku pernah nyorokan dulu-dulu masa aku kecik-kecik.




Kampung halaman dengan pantai yang indah. Tunggu kedatanganku. Gambar tipu-tipu

Tak sabar nak balik berbuka bersama si dia and sekeluarga. First time kami buka bersama sekeluarga after 3 years. Insyaalah.

First time jugak aku akan try naik BAS SEPAKAT LINER. Apalah rasanya nanti. Macam didodoi kah atau macam digoncang kah.

Tak sabar mahu berjumpa sanak keluarga. Lelah dengan Bandar dan orang bandar. Mahu kembali kepangkuan keluarga seketika.

NotaKuaci: Sebaik mana pun layanan orang lain, tidakkan sama dengan keluarga sendiri. Air di cincang takkan putus. bila bersama keluarga pepatah ini muncullah. Tapi bila jauh dari keluarga, pepatah lain pulak yang diguna pakai. Huhuhu

Hujan lebat. Terperangkap. macam mana dengan plan aku nak buat nasi goreng ni. Goreng di dapur Roti Purikah mungkin? Alamakkkk...
logo baru