Idola Mimpi-mimpiku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 10, 2010

Majlis Besar-besaran

Hari ini 29 Sya'aban 1431 bersamaan 10 Ogos 2010

Wahhhhh...Esok akan berlangsung majlis gilang-gemilang yang sangat dinanti-nantikan.

MAJLIS???

Bukan satu majlis biasa.

Tapi ia adalah majlis anugerah. Anugerah buat yang menantikan ketibaannya. Setahun, hanya SEKALI sahaja.

Aku bakal menghadiri majlis tersebut. WAJIB selagi aku terdaya.

 Budak Comot juga menjemput anda semua.

Mari beramai-ramai.....





Owhhh... Sudah 5 kali aku berpuasa di bawah bumbung bukan keluarga sedarah sedaging aku. Ini masuk kali yang ke-6. Walaupun bukan berpuasa bersama keluarga, tetapi aku selalu ingat pesan my mum, 
" kau dah jauh dari keluarga. Jaga diri elok-elok. Berkawanlah, kerana kawan adalah saudara kau yang terdekat."

Jadi tak kira dimana aku berpuasa, aku tetap merasakan kenikmatan berpuasa dan berbuka seperti bersama keluarga. Walaupun tak serupa, walaupun rasanya tak sama; lagi elok beramai-ramai;bersama-sama,dari rasa bila menikmati bulan berpuasa sendirian.

SELAMAT BERTARAWIH.
SELAMAT BERSAHUR.

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA. 
Semoga ALLAH selamatkan semuanya.


NotaKuaci: Berusaha untuk mendapat ruang pulang ke kampung, kasihan si kasih, pengorbanan bekerja, maka aku akan pastikan dia tak sendirian jauh dari keluarga. Kita tetap satu 'keluarga' kampungku bakal kampungmu jua. Pada yang jauh diperantauan, inilah hikmahnya berkawan. Seperti pesan my mum. Kita tak sendirian bila kita berteman. Kita satu keluaga.



logo baru

No comments:

Post a Comment