Esok start puasa.
Hari ini penghabisan stok.
Tadi tapau di kedai makanan berhampiran, lauk sudah habis walaupun baru lunch hour.
Okeh. Kondisi: Penghabisan Stok barangan dapur barangkali sebelum puasa bermula .
Berjalan-jalan di supermarket, banyak betul kenderaan.
Okeh. Kondisi: Penghabisan Stok tenaga barangkali sebelum puasa bermula.
Banyak betul premis buat sale.
Okeh. Kondisi: Penghabisan Stok Wang/Barangan barangkali sebelum puasa bermula
Rasa macam mau makan pelbagai makanan.
Okeh. Kondisi: Penghabisan Stok selera barangkali sebelum puasa bermula.
Penat, mengantuk, tak bermaya.
Okeh: Kondisi: Penghabisan Stok Enzim gembira barangkali sebelum puasa bermula.
Tak tak mahu taip-taipan apa bila mengadap blog,
Okeh. Kondisi: Penghabisan Stok Idea barangkali sebelum puasa bermula.
Erkkkkk...Adakah???
Okeh-okeh-okeh. Tiada penghabisan stok. Sebab habis stok dapat stok baru. Maka setiap pengakhiran mewujudkan satu permulaan baru.
Hari ini akhir Sya'aban.
Esok permulaan Ramadhan.
Tiada penghabisan stok.
NotaKuaci: Merapu sebab rasa tak seronok. Jadi mau bikin hati seronok dengan merapu.
No comments:
Post a Comment