Idola Mimpi-mimpiku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 11, 2010

Aku mintak maaf pada semua

1 Ramadhan 1431...

Aku. Budak Comot. 
 
Kepada sesiapa sahaja yang mengenali aku, nama aku atau tahu pasal aku.


Aku mohon ampun maaf sebelum Aidilfitri menjelma supaya ibadah puasa aku lebih berkat dan diredhai.

Ampunkan aku pada segala kesalahan yang disengajakan atau tidak disengajakan.

KERANA

aku betul-betul rasa tercabar kesabaran aku hari ini dengan kerenah yang mampu aku tangani, tapi bluetooth dari jarak jauh oleh Syaitan,menyebabkan aku  menggigil kemarahan. aku panas baran skala mild. Okeh. Aku salahkan Syaitan. Huhuhuhu

Sesungguhnya Syaitan sentiasa berusaha mencelarukan sesiapa sahaja selagi dia digelar hamba Allah.  
Ini betul walaupun fakta seperti memburuk-burukan makhluk allah.

Oleh itu, aku mohom ampun maaf sekiranya aku tersecara tidak sengaja telah membuat kesalahan sehingga aku menerima ujian seperti ini hari ini.

Orang kata "What u give, u get back." Maka aku terfikir, mungkin ketika aku kecil, aku jugak menjegilkan orang lain. Tapi rasanya bukan pada menjegilkan dengan menggigit orang lain.

Aku rasa sangat mahu menyepak sekali seperti mana ayat yang selalu ayahnya katakan bila tengah marah.
Like father like son daughter. Pepatah tema entry ini.

NotaKuaci: Ini adalah entry berbaur emosi. Supaya generasi aku terbaca entry ini, AND mendidik anak hormati orang lain walaupun sekecil manapun usia anak yang dididik. Melentur buluh biar dari rebung.
Aku tak mempunyai anak lagi, tapi aku akan cuba mendidik anak aku, anak sedara aku, atau generasi yang berkaitan dengan aku untuk tak bertindak no manners dengan orang lain. my mum always told,"Didik anak ikut zaman. Pukul sikit anak supaya dia ingat apa yang patut and tak patut dibuat. Kerana sayang kita takut nak tangankan anak kita, tapi kerana sayang juga nanti anak kita takkan dengar kata". Aku tak mempunyai anak lagi, bagi yang beranak, silalah komen and bagi pengajaran kepada kami yang belum beranak.


logo baru

No comments:

Post a Comment