Idola Mimpi-mimpiku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, August 12, 2010

Ramadhan Al-Mubarak

Selamat Berpuasa.

2 Ramadhan 1431.

Baru malam tadi aku berkesempatan mengerjakan Solat Sunat Tarawih di Surau. Kemarin ada hal tak dapat dielakkan, bersama si kasih mencari tiket balik kampung. Maka semalam baru berjaya menawan malam Ramadhan.

Alhamdullillah.



Fadhilat mengerjakan Tarawih

Malam 1 : keluar dosa2 org mukmin pd mlm pertama sepertimana ia baru dilahirkan keampunan Allah.

Malam 2 : diampunkan dosa2 org mukmin yg sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang beriman.

Malam 3 : berseru Malaikat di bwh 'Arash supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 : Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala org2 yg membaca kitab-kitab Taurat,Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 : Allah kurniakan bagina pahala seumpama org sembahyang di Masjidilharam, Masjid MAdinah dan Masjid Aqsa.

Malam 6 : Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat2 yg tawaf di Baitul Ma'mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah -tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa org yg mengerjakan sembahyang terawih pd mlm ini.

Malam 7 : Seolah-olah dapat bertemu dgn Nabi Musa serta menolong Nabi 'Alaihisalam menentang musuh ketatnya Fir'aun dan Hamman.

Malam 8 : Allah mengurniakan pahala org sembahyang terawih sepertimana yg tlh dikurniakan kpd Nabi Allah Ibrahim'Alaihisalam.

Malam 9 : Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadah hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 : Allah swt mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan diakhirat.

Malam 11 : Keluar ia drpd hari Qiamat dgn muka yg bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 12 : Datang ia pd hari Qiamat dgn muka yg bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 : Dtg. ia pd hari Qiamat dlm aman sentosa drpd tiap- tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 : Dtg. Malaikat menyaksikan ia sembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkan pd hari Qiamat.

Malam ke 15 akan bersambung dilain kali. Malam tersebut sudah mula disertai dengan doa qunut.

Puasa Yang Berkat

Huraian :

Pengajaran Hadis:
i) Setiap muslim harus memahami konsep sebenar puasa supaya ibadah puasanya itu tidak menjadi suatu perbuatan yang sia-sia.
ii) Berpuasa mengikut perspektif Islam ialah menahan diri dari makan dan minum serta mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkannya mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
iii) Selain itu puasa juga bermakna menahan diri daripada perkara-perkara berikut iaitu:
a) Menundukkan pandangan mata serta mengatasinya daripada tertuju kepada segala yang tercela.
b) Menjaga lidah daripada berkata-kata perkara yang sia-sia, dusta, fitnah, cacai maki dan menyinggung perasaan orang lain.
c) Menahan pendengaran dari mendengar segala sesuatu yang ditegah agama di mana perkara yang haram diucap adalah juga haram didengar seperti mengumpat dan sebagainya.
d) Mencegah tangan, kaki dan perut serta semua anggota badan daripada melakukan atau mengambil perkara yang haram.
iv) Seorang muslim hanya akan terbentuk melalui ibadah puasa yang ditunaikan dengan penuh penghayatan di mana bagi mereka yang berpuasa sekadar untuk menunaikan kewajipan tanpa memahami apa sebenarnya yang dituntut oleh agama maka mereka tidak akan dapat merasai kemanisan nikmat puasa tersebut malah puasa itu dirasakan sebagai satu bebanan yang terpaksa ditanggung.
v) Bulan Ramadhan adalah bulan di mana pada awalnya dijanjikan keampunan (maghfirah), pertengahannya rahmah dan akhirnya dijauhkan dari azab api neraka. Oleh itu setiap daripada kita haruslah berusaha untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T dan sentiasa mengingati-Nya dengan melakukan amalan-amalan baik di samping menjauhi segala sifat-sifat yang keji dan mungkar.

Dipetik dari JAKIM

Selamat menjalani ibadah puasa.

Yang Baik itu datangnya dari ALLAH; yang buruk itu datangnya dari hamba ALLAH (Budak Comot) secara tidak sengaja.


logo baru

No comments:

Post a Comment