Hilang_
Bila mana kau gagah berlari,
Merentas alam dengan pantas,
Meredah halangan bolos,
Melangkah penuh kukuh,
Kau tak mungkin rasa,
Segala yang tertinggal,
Jejak yang dilalui,
Mengingati mengamati kau,
Jalananmu kau lupa,
Saat kau kecundang,
Pada satu hayunan,
Kau hanya sendiri,
Yang lain mendahului,
Seperti mana yang kau pernah kecapi,
Bila mana kau pada saat itu,
Kau hanya terperuk,
Corot,
Menangisi pada hati,
Kerana kau kini hilang_
Kau kini aku,
Tapi,
Kembalikan aku pada langkahku,
Kembalikan aku pada diriku,
kembalikan semua yang kuburu.
Tapi...
Jangan pernah kembalikan rasa ini pada ku.
Aku bakal berhenti bila diri paksa melangkah,
kerana aku dan diriku sedang berganti dimensi.
Antara nyata dan hilang.
No comments:
Post a Comment