Idola Mimpi-mimpiku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, July 19, 2010

Cun Giler





VERSUS


Si cun VS Si cincai

Si cun kalau senyum cover, nampak cantik je
VS
Si cincai senyum ikut suka, nampak jelik je

Si cun kalau gelak cover, nampak comel je
VS
Si cincai gelak ikut rasa, nampak ketara mengada

Si cun pendiam, nampak menarik je, mysterious gurl
VS
Si cincai pendiam, nampak sombong gila, macam bajet kena ngorat je

Si cun kalau buat silap, nampak kesian je, tak sengaje
VS
Si cincai tersilap, tempah mautlah kamu dicerca, tak reti ke

Si cun kalau berair mata, rasa sadis je, nak tolong menceria
VS
Si cincai bersedih, rasa macam gedik gila, mengada-ngada

Si cun ayat pahit gila, walau muka masam mencuka, gelak pecah gendang telinga, perangai cover-cover, semuanya tetap nampak indah je
VS
Si cincai ayat manis gula, muka berseri bercahaya, senyum panjang sampai telinga, perangai natural sedap mata, semuanya tetap nampak macam tak kena je

Itulah lumrah Si Cun dan Si Cincai.

Yang indah tetap dipandang mata, hati bukan penentu pandangan pertama

Beauty is in The Eyes of the Beholder



NotaKuaci: Aku tetap comot walau cantik mana pun aku. Kerana aku si budak cincai, cantik mana pun di mata orang selalu nampak seperti budak comot saja =(

logo baru

No comments:

Post a Comment