Idola Mimpi-mimpiku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 24, 2010

Ramadhan Al-Mubarak Part 3

14 Ramadhan 1431.

Esok sudah masuk setengah bulan ramadhan.

Pejam celik-pejam-celik. Sekejap sahaja nak masuk hari yang ke-15.

Qunut-Qunut-Qunut. Jangan Lupa doa Qunut di dalam tarawih ya.

Mari kita sambung Fadhilat tarawih malam ke-15 dan seterusnya.

Malam 15 : Semua MAlaikat yg menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 : Allah swt tuliskan baginya terlepas drpd neraka dan dimasukkan ke dlm Syurga.

Malam 17 : Allah kurniakan org yg berterawih pahalanya pada malam ini sebanyaknya dan ibu bapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 18 : Seru Malaikat : Hai Hamba Allah sesunggunhnya Allah tlh redha kpd engkau dan ibu bapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19 : Allah swt tinggikan darjatnya di dlm Syurga Firdaus.

Malam 20 : Allah kurniakan kpdnya pahala sekelian org yg mati syahid dan org2 solihin.

Malam 21 : Allah binakan sebuah istana dlm Syurga drpd Nur.

Malam 22 : Datang ia pd hari Qiamat aman drpd tiap2 dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru hara di Padang Mahsyar).

Malam 23 : Allah swt binakan kepadanya sebuah bandar di dlm Syurga drpd Nur.

Malam 24 : Allah bukakan peluang 24 dosa yg mustajab bg org berterawih mlm ini,(elok sekali berdoa ketika dlm sujud).

Malam 25 : Allah taala angkatkan drpdnya siksa kubur.

Malam 26 : Allah kurniakan kpd org berterawih pahala pd mlm ini seumpama 40 thn ibadat.

Malam 27 : Allah kurniakan kpd org berterawih pahala pd mlm ini ketangkasan melintas atas titian Siratulmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 : Allah swt kurniakan kepadanya 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 : Allah swt kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yg mabrur.

Malam 30 : Allah swt beri penghormatan kepada org berterawih pd mlm terakhir ini yg teristimewa sekali, lalu berfirman: "Hai hambaKu: makanlah segala jenis buah-buahan yg engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yg bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yg dikurniakan kpd Nabi Muhammad S.A.W yg bernama 'Al-Kauthar'".
 
Wahhhh... Pejam celik. Sekejap sahaja. Cepat betul sekarang ni bumi beredar, siang-malam-pagi-petang.


logo baru

No comments:

Post a Comment