Idola Mimpi-mimpiku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 28, 2010

Opening Eid Entry.... The Akhir

Berbelas-belas Syawal 1431.

Aktiviti raya kali ini, pelik sedikit. Orang mungkin pulang ke kampung, berhari raya. Balik raya. Datang berkunjung, beraya bersama. Datang raya.

Tapi. Kali ini, pergi dari kampung ke bandaraya. Kihkihkih. Jom ke JB.

Setelah hampir semua rumah teman rapat, kami dah kunjungi. Aku, Apes dan Ijat meneruskan tradisi kunjungan ke bandaraya pulak. Kihkihkih. Kita ke rumah Ain pulak. Maklumlah, raya ke-5. Semua orang dah start kerja. Yang tinggal, cuma muka-muka yang ni saja.

Anggota Angkatan Sukarelawan yang berbaki semangat raya.

Sebab dah tak de rumah lain nak diterjah, maka kami beraya di pasaraya pulak. Huhuhuhu. Sungguh tragis. Mengunjungi Jusco Tebrau. Mengukur kelebaran dan ketinggian pasaraya tersebut secara theory saja. Tiada jamuan kueh raya, juadah raya atau duit raya.


Malah kami berbesar hati, bagi duit raya pada kaunter plak. Mari tonton wayang. TGV. Acara tradisi raya bagi orang bandar, mungkin. Huhuhu. Filem pilihan utama. PIRANHA. 18PL. sudah beratur panjang, sampai kaunter.

gadis: Piranha. Pukul 4 . 7 orang.
Staff: Ada yang berumur bawah 18 tahun?
Gadis: ko ingat aku nak bagi no telefon kalau aku berumur bawah 18 tahun?? Terkebil-kebil sambil congak-congak umur penonton yang ada.
Staff: Menunggu sambil muka toye. Tak dapat beraya ke bang??
Gadis: Ada. 2 orang.
Staff: Maaflah. Piranha, 18PL. Cerita lain?
Gadis: Mula blushing sebab tak ingat adik Ain bawah umur. 4Madu la 7.

Kihkihkih. Dalam panggung, bila start cerita, secara berbisik, adik-adik Ain bertanya kepada kakak mereka. "Kata nak tengok Piranha???" Huhuuuhu.

Pengajaran. Bawah umur tetap tak boleh tengok cerita 18SX, 18SG atau 18PL walaupun di bawah pengawasan orang dewasa. Huhuhu. Nasib ada cerita U. Oleh tengok ramai-ramai semua lapisan umur. Huhu


Bergambar sebelum berangkat pulang. Objek yang dipilih sebagai bahan fotografi. Public Handphone Charging Station. Kihkihkih.

Keesokan harinya. Terpaksa, dipaksa pulang bekerja. Huhuhu. Masih demam raya. Nasib ada si kaseh. Masih boleh beriang-ria mood raya. Huhuhu. Dan juga berjaya tengok PIRANHA. Bestttt.

Habislah edisi raya di kampung dan bandaraya. Di Bangi? Tak ada. Mood raya mungkin ada setelah habis puasa enam. Mungkin. Tapi sekarang??

Cukuplah entry raya.

NotaKuaci: Opening entry raya adalah schedule entry. Maka apasahaja terjadi sebelum dan sesudah entry tertepek adalah diluar kawalan. Sebab aku dah lama tak bukak blog. Huhuhu


logo baru

No comments:

Post a Comment