Idola Mimpi-mimpiku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 22, 2010

Opening Eid Entry

13 Syawal 1431.

Okeh-okeh-okeh.

Bukanlah kerana terlalu menumpukan sepenuh perhatian kepada kueh raya, jamuan raya dan makanan berunsurkan raya macam ketupat, lemang, kari, rendang and kuah kacang. Wahhhhhh... bestnya, kecur air liur. Tapi jiwa masih raya, hati masih mahu beraya, tapi badan sudah perlu mengadap kerja. Separuh jiwaku pergi... lalalalala. Terpaksalah buat-buat macam tak de mood nak fikir raya. T.I.P.U. Tak de mood nak taipan entry untuk cerita berunsur raya.

Pagi raya pertama a.k.a jumaat 1 syawal 1431, hujan pada awal pagi membawa rahmat. Berkat weh hujan pagi raya. Sejuk bumi.Sejuk mata memandang. Sejuk my mum mengandungkan i, aku bertudung memang aku bertudung pun dipagi raya sedondon dengan my mum, beriring bersama abah bertiga-tiga dari kiri, geraakkkkk...Do~Re~Me... Kami menapak bertiga-tigaan ke Masjid berhampiran.

Aku membuat observation secara rambang tanpa menghulurkan questionnaire kepada penduduk kampung, hampir majoriti yang aku lihat jugak sedondon dengan aku. Kami sekampung tak berjanjilah, tapi kenapa semuanya warna macam sama. HIJAU. GREEN PEACE. ayayayaya. Teringat si kaseh beriya bercita-cita nak memakai baju raya sedondon warna hijau, mungkin dia dah terima signal aura dihantar ketua kampung bahawa tema raya kampung ini adalah hijau. PELIK. Masa bila plak si kaseh jadi penduduk kampung aku?!. merepek.

Mari kita pergi menjamu mata, makan tulisan taipan ke Opening Eid Entry Pertama.Huhuhu. Ingat rumah saja ada hari terbuka, sekolah je ada hari terbuka? Entry pun ada lah. Kihkihkih.

Serbuan anggota angkatan sukarelawan sepakat memilih rumah teman rapat ini untuk dijengah. Mari habiskan kueh raya di rumah beliau.

Budak Comot bersama tuan rumah. Wan Zuhaida Ali.

Anggota sukarelawan juga teman sekelas, Mastura Hashim.

Anggota sukarelawan yang rapat dengan tuan rumah, Mohammad Safwan Ismail.

Eeehh... Budak comel??? Dia sukarelawan mengikut aku jugak.

Budak Comel sukarelawan mahu mengikut aku setelah diajak secara berbasa-basi. Aku ajak-ajak ayam sahaja, tetiba dia sukarelawan mandi laju-laju pakai baju comel-comel, membontoti aku kehulur-kehilir sampai keluar pintu rumah. Takut kena tinggal. Kihkihkih. Maklumlah tahun pertama mahir berjalan kaki secara sendiri, tahun pertama juga mahir guna bahasa yang difahami orang dewasa.Kihkihkih. Jadi raya tahun ni lagi bermakna buat dia. 

Sebelum mengangkat punggung ke rumah tawanan yang lain, ada tambahan angkatan anggota sukarelawan yang lain. Cik Mastura mahu pulang kerana si kekasih mahu datang ke rumah beliau. Patah tumbuh, sorang balik lain plak datang.Gadis-gadis manis dan abang tembam membesarkan saiz anggota sukarelawan. Serbuan kami bersambung ke rumah ke-2. Jengahan bersambung ke rumah teman rapat yang duduk rapat dengan rumah aku. Mari lihat aksi kami. 

Budak Comel yang tidak meragam. Nasib tak beraksi pancaragam beragam hebat. 
Pandai Cover. Bagusssss

Azian Erdawati, Wan Zuhaida, Nurul Huda, Budak Comot, Budak Comel dan Shahdan@Ijat.

Mari makan. Nom-nom-nom.

Oleh kerana tahun pertama, budak comel beraya secara macam orang dewasa, maka sedang syok-syok beraya, dia ketiduran. Penat sangat barangkali. Tersandar kat aku sambil tunggu aku habiskan makanan.
Maka, aku terpaksa menangguhkan aktiviti beraya aku kerana mahu membawa pulang si tawanan ini ke rumah. Tidurlah pulak kamu ini. Ucu masih  mahu beraya lagi lah!!!!! Adakah seperti ini gaya beraya kalau aku ada anak nanti? Beraya sampai anak tertidur, terjaga and tertidur bailk. Nasib lah anak, ibumu kaki jalan. Kihkihkih

NotaKuaci: Sebagai tuan tanah, aku mahu memohon maaf sekali lagi kepada sesiapa yang pernah melihat, membaca, menjeling, dan sebarang aktiviti me...-me... kat dreamyogreality.blogspot.com ni. Mari ringan-ringan mengclick link amek kesah dibawah entry ini. Inikan Entry terbuka raya, jom lah masuk, komen and riuh-tiuhkan suasana. Baru raya macam raya.


logo baru

No comments:

Post a Comment