Statement Mengarut Tapi Benar
Aku suka membaca. Bukan memuji diri sendiri, tapi memuji amalan itu. Takde kena-mengena dengan aku. Hahaha. Aku suka membaca saja, tak suka mengeja. Tetiba.
Aku start berbloging pun sejak bulan May 2010. tetiba. Masih mentah. Usia aku masih mentah dalam dunia blog ni. Bukan bertatih, tapi baru bukak mata tengok objek nampak kabur-kabur je. Tambahan, aku kan memang rabun. Tentulah extra kabur. Huhuhu...
Aku sangat terpengaruh addicted dengan blog once aku start memblogging my friend's page queenlyana.com. Macam jadi mamarazi mengintai aktiviti orang setiap hari, but then i start to realise, ia bukanlah setakat membaca aktiviti mereka. Tapi mengetahui opinion mereka tentang sesuatu hal jugak. Influence me untuk berfikir lebih-dan-lebih-dan-lebih. Sebagai hiburan. Tapi masih ada gunanya kalau ditafsir secara positif, bukanlah hiburan semata-mata.
Aku pun start menjadi silent reader kepada beberapa blog yang aku rasa semakin menarik isi kandungannya. Mula-mula, jenguk-jenguk saja. Saja suka-suka. tengok kehidupan orang lain melalui kaca mata berbeza. Melihat perspekif orang lain meransang kita untuk berfikir. Huhuhu. Kononnyalah. Ingat! Aku bukan stalker. Hanya menjenguk privacy life yang dipaparkan secara tak privacy.
Kawan aku masa kat UUM. Bernama RAJA. Ampun Tuanku. Ambil coarse yang sama. Belajar di kelas yang sama. Cuma Dewan Penginapan Pelajar saja yang tak sama. DPP. Pelik bila sebut kolej kediaman jadi dewan penginapan. Huhu. Dia berjiwa seni, aku belajar menggunakan adobe photoshop pun dulu dengan dia. Bertatih-tatih mempelajari function yang ada di Adobe Photoshop tersebut. Minat. Rumit. Sampai sekarang tak habis explore lagi function setiap tool yang ada di Adobe Photoshop. Makanya... Jadi segala hasil nukilan berbentuk seniphotography beliau menarik perhatian aku. Sebab dia macam senior akulah dalam arena mentouch-up photo ni. Yana, kenapa aku tak khatam-khatam explore edit picture ni? Lagi banyak gambar kat blog beliau, lagi suka aku tengok. Huhuhu. Kreteria penting kenapa aku suka tengok blog orang lain. Banyak gambar.
Aku blog sightseeing dari queenlyana. Ex-UKM. Ambil Architecture coarse. Mula-mula aku just jumper je. Kejap baca, kejap lost. Bila tak tahu mahu baca cerita apa di internet, maka aku jenguklah kisah kaisara Puan Chika ini. Tapi then her wedding story yang unik melalui penghikayat blog menyebabkan aku mula follow her blog day by day. Dari status Cik sekarang dan jadi Puan. Dulu single, berdua, sekarang dah bertiga. Plus story dia, topping with her life in Australia. Maka makin aku sukalah memfollow. Sikit-sikit aku pergi Aussie and tour guidenya is Chika.
Isteri kepada Rocket Pocket Man, cyclis Malaysia. Suka baca blog dia sebab dia take architecture coarses juga and jadi topup kepada aku yang memang tergila-gila dunia architecture masa di sekolah dulu. Sungguh teruja bila dia bagi entry related with work coarses dia masa study. Selebihnya aku berangan-angan, kalaulah aku pun student achitecture juga. Sighh~~~ 0_< . Beliau pun duduk di Aussie juga. Wahhh. Selalulah aku melancung secara gratis di alam maya.
Merekalah yang mempengaruhi aku secara tidak langsung jadi penulis blog aku sendiri. Jurnal atas talian. Dulu suka tulis diary di buku nota terpakai. Teknik penyamaran. Kalau tulis dalam diary hard cover, sekali toleh confirm tau itu adalah diary, pasti orang tahu aku penulis diary. Nanti Diary aku jadi buruan pulak. No-no-no. Tak sanggup. Aku pernah bergaduh dengan my sis sebab dia baca diary aku. Aissshhhh. Tak bolehhhhh. Tidakkkkkkkk. Jadi sekarang aku tulis taipan secara atas talian. Edited story of my life. Think Positive. Tak ada manusia yang sempurna.
Semua blogger perempuan? Aishhhh... Tak lah. Tapi kan manis kalau aku mencontohi perempuan. Manis So Sweeett Phewitttttt.
No comments:
Post a Comment