Idola Mimpi-mimpiku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, November 5, 2010

Aku

Sebab BerBLOG:

Aku tak bermimpi mempunyai traffic blog yang mencanak tinggi, berpopulariti yang sangat mengkagumkan. Malah PR blog aku pun bukanlah sebanyak 10/10.

Aku tak bermimpi ada blog untuk cari gaduh dengan orang lain, berlawan-lawan iri hati, menjaja cerita mengutuk mengata.
Aku tak bermimpi menyakiti hati orang lain sama sekali. Walaupun menerusi blog aku yang biasa-biasa ini.

Walaupun blog aku dreamy of reality.

Berangan-angan  dalam realiti, tapi aku tak berangan-angan seperti mimpi-mimpi diatas.

Blog aku, aku adalah aku. Biarlah orang kata aku bukan person of soft spoken. Tapi aku adalah aku. Aku adalah straight to the poin person. Kalau menyimpang pun adalah sedikit untuk berkias, masih berlapik tapi masih jelas, mungkin sedikit pedas.That is me. Aku bukan soft spoken in front, harsh word backside. Aku tak perlu bermuka-muka, kerana kebenaran akan terpampang depan mata juga nanti. Ketika itu, lagi memalukan.

Blog aku adalah milik aku. Kata-kata aku adalah peringatan untuk aku atau generasi aku atau sesiapa sahaja yang terbaca. Haruslah bukan niat memang nak membaca, sebab blog aku bukan blog komersial dan berharapan tinggi mendapat tempat dihati semua pembaca yang terbaca. Kalau berfikiran negatif, maka berbaur negatiflah ia. Kalau berfikiran positif, maka manfaat positiflah ia.

Aku adalah aku, aku bukan berselindung disebalik kepak dan ekor merak, nampak cantik tapi indah khabar dari rupa. Sebab itulah aku lebih suka menggunakan nama BUDAK COMOT. Bukan nama berangan-angan popular, ternama dan gempak gila.

Blog aku adalah medium perantaraan aku untuk generasi aku yang akan datang. Insyaallah. Kalau ada yang patut ambil ikhtibar, boleh jadi pengajaran. Kalau ada yang tak patut dilakukan, boleh jadi peringatan. Kalau ada yang baca, bolehlah tau apa yang aku rasakan. Kadangkala, ada ayat yang masih aku jaga tak cakap berdepan sebab masih hormat rakan-taulan, seangkatan atau generasi yang lebih tua dari aku. Mungkin dalam bercinta orang kata, umur hanya angka, tapi kenapa dalam nasihat menasihati dan bertegur menyapa mengingatkan, umur tetap kasta yang nyata? Kerana hormat. Aku masih hormat. Maka blog jadi medium aku, blog aku tanah jajahan aku. Di sini hak aku, bersuara menyanyi ketawa. Yang suka boleh ikut sama, yang duka, belum tentu sama rasa. Ambil yang keruh untuk dibuang, ambil yang jernih untuk disimpan.

NotaKuaci: Blog selalu timbulkan kontroversi. Blog sama seperti diary. Luahan hati. Mungkin jurnal peribadi. Atau mungkin pendapat peribadi tapi penulisn bergantung kepada tukang karut tulis dan penerimaan tukang terasa baca. Aku pernah tertinggal diary di atas meja study, and my sis baca. Masa itu, aku jadi raksasa warna hijau tipu. Sangat marah kerana dia menceroboh privacy aku. Tapi kini, aku berani mempublish my own jurnal, bukan sebagai kemegahan, tapi sebagai peringatan, untuk aku dan generasi aku. Biar nanti mereka kata, " Cik ida/Ucu/nenek/moyang dulu pernah jadi macam ni". Nanti mungkin mereka tahu langkah penyelesaiannya... mungkin. Pengalaman mengajar erti kedewasaan. Pengalaman juga mengajar erti kehidupan. Love peace not war. Love my self not fake.

logo baru

No comments:

Post a Comment