FFM dah lepas. Shout Award tak lama lagi. Tiba-tiba. Ada orang kata anugerah yang diberi, keputusannya sangat di luar jangkaan. Biasalah adat manusia. Si Farid Kamil pun beriya menyampaikan rasa tak puas hati dengan keputusan yang diumumkan. Errkkk. Juri pun manusia biasa juga. Rumah sudah siap, pahat masih berbunyi. Itu juga adat bertanding. Tiada yang rumah sudah siap, tapi pahat tidak berbunyi, unless pahat kamu telah patah atau dicuri orang. Wahhhh. Pepatah mengarut namanya.
Okeh-okeh-okeh. Blog aku bukan untuk mengupas isu semasa, melainkan ia ada kaitan dengan karekter utama blog ini. Siapa? Aishhhh. Akulah. Aku adalah Aku. Mahu tahu isu semasa? Sila baca surat khabar. Mahu tahu pendapat aku tentang isu semasa? Aku tak kupas, bukan boleh makan pun. Huhu... Malah, takut nanti aku salah kupas, aku pulak dituduh itu dan ini. Sekarang ini, dunia semakin dekat dan mudah, my mum said. Apa yang dekat? Apa yang mudah? Pembalasan. Sekali ayat terpacul dari mulut aku, takut nanti berbalik pula pada aku. Aissshhhh. Sekarang nak bagi pendapat bukan mudah. Nanti kena banned.
Asal mukadimah FFM, sekarang entry sudah ke jalan yang bersimpang siur dari asal. Asalnya aku mahu berangan-angan saja. Kalau anda diberi peluang. Peluang apa?? Kalau kamu diberi peluang menjadi pembikin filem, genre filem apa yang kamu buat?
Aku mahu buat kisah Budak Comot (Kay BeeCee). Pastinya genre komedi-aksi (?). Macam tak komersial saja tajuk filem. Macam Kampung Boy, kau jangan pandang enteng ya. Budak Comot adalah saduran dari kisah blog aku sendiri. Kan mudah. Dari Jurnal blog diadaptasi jadi filem. Macam novel yang mat salleh selalu buat jadi filem box office tu. Nah kau. Mudah-mudah idea sudah ada.
Pelakon? Tak perlu artis montok, badan sexy, putih melepak. Asalkan karakter seperti Budak Comot (Bee Cee) sudah memadai. Mudah. Kalau artis figure perfect sangat nanti orang fikir Bee Cee ini Budak Comel. Nanti pembawa watak utama dan karakter tak sesuai pulak. Dikritik sudah menjadi adat, tapi mengkritik itu juga wajib. Tak Boleh Lari, Tak Boleh Sembunyi.
Lokasi? Tak perlu luar negara, macam filem Bollywood. Dalam hutan belantara atau pulau cantik pasir putih tepi pantai, ong bak ombak saling berkejaran. Mersing dan Bangi adalah lokasi utama. Lokasi lain sebagai tempelan, tapi... Masih bukan lokasi yang tiada kena mengena dengan kisah aku. Tak ada unsur komersial langsung. Biarlah. Inikan filem aku. Huhuuhu. Penghayatan itu penting.
Pengarah dan penerbit? Siapa lagi kalau bukan aku. Hahaha. Bajet sudah terbukti aku lagi tahu jalan cerita hidup aku. Kamu mahu mengarah? Baca blog aku pun masih belum mampu tahu 100% jalan hidup aku. Seriusly, takut jadi macam baca Novel Lagenda Budak Setan. Sehingga sekarang aku masih tak nak tengok Filem adaptasi novel tersebut. Baca komen orang yang dah tengok pun kecewa, apatah lagi kalau tengok, nanti takut. Takut extra kecewa. Dah Tahu akan kecewa, tapi masih mahu tonton.
Promosi? Hahaha. Filem belum shooting tapi aku sudah siapkan satu poster untuk filem aku. Budak Comot. Okeh. Dari situ dah tau siapa pelakon, pengarah dan krew yang terlibat dalam filem Budak Comot ini. Jimat. Bila semua kerja production house dilakukan olek Budak Comot sendiri. Kahkahkah. Tamak. Jimat.
DST Budak Comot.
Laris atau tidak?
Bak kata penggemar filem. Cerita ini hiburan semata-mata. Jika cerita menarik, maka tip top lah ranking filem. Ada pelakon cun, ada unsur komedi yang spontan. Jadi... Mari saksikan di panggung berhampiran anda.
Bak kata pengarah & penerbit. Cerita ini adalah lain dari yang lain. Mungkin kisah anda sama dengan Budak Comot, tapi kisah anda tidak akan serupa seperti mana yang dilalui Budak Comot. Jadi... Mari saksikan di panggung berhampiran anda.
Bak kata pelakon. Cerita ini unik. Satu kelainan dari filem yang pernah dibintangi oleh saya. Jadi... Mari saksikan di panggung berhampiran anda.
Bak kata pembancuh air. Cerita ini menarik saya sepanjang saya berada di lokasi. Tiada yang sukar untuk melayan kerenah krew production house filem ini. Jadi... Mari saksikan di panggung berhampiran anda.
Bak kata aku. Cerita mahu jadikan blog ini jadi filem adalah rekaan semata-mata. Tiada yang akan diterbitkan dalam bentuk filem. Jadi... Mari saksikan di panggung berhampiran anda, sama ada, ada atau tiada poster filem seperti di atas. Jawapannya: TIADA.
Filem semua kan hampir stereotaip. Penjenamaan semula saja. Isi filem hampir 85% semuanya sama. Macam Filem A diadaptasi dari Filem B. Filem C diadaptasi Filem A dan B. Aissshhhhhh. Extra stereotaip.
The End equal to TAMAT
Sudah-sudah-sudah. Aku sudah habis mengarut. Tirai sudah separa labuh. Tepuk la tangan.
No comments:
Post a Comment