WARNING / AMARAN:Entry ini berbaur PHD, IRI HATI, dan BURUK SANGKA.
Sila jauhi entry ini jika anda berjiwa suci murni, scroll next page or new page untuk entry yang lain.
Kenapa sudah ada amaran seperti tersebut masih mahu mempublish di blog sendiri. Mahu buka pekung di dada? Mahu orang lain cium hidu bau hati busuk manusia yang sedang taipan blog ini?
BUKAN. Bukan-bukan-bukan. Nehiiiiiii!
Cuma adat manusia. Bila kita luahkan yang buruk, pasti dia mahu baca. Mahu tahu cerita. Bukan nak mengumpat, cuma sebagai peringatan sesama kita. Macam ceramah agama, sambil berceramah sambil bagi contoh jiran sebelah, anak Mak Temah, cucu Pak Cik Sidek. Akhirnya akan cakap, "Contohnyaaa lah kan" atau "Misalannnn lah kan". Takkan itu kategori mengumpat atau mengata. Itukan contoh saja. Erkkkk. Tak kira mengumpat kan-kan-kan? Confuse.
Adat manusia.Bekerja satu pejabat, tapi seorang nampak hardworking seorang nampak lazy-king. Word. NAMPAK. Hakikatnya? Hanya pekerja tersebut saja yang tahu tahap kerajinan atau kemalasan mereka. Selebihnya, perlu pandai berlakon supaya bos nampak macam harem saya sedang bekerja, saya nampak rajinkan (?). Bila minta tugasan yang diamanahkan, erkkkk. Masih tak siap, bila tak sempat buat, kebetulan cuti, pass pada orang lain boleh. Awak tolong siapkan ya. Boleh minta tolong macam tu?
Adat manusia.Saniah tak ada kenderaan untuk ke pejabat. Bila mahu pergi kerja, tumpang Ratiah. Bila kenderaan Ratiah rosak, tayar bocor, minyak kurang, breakdown, etc2 Saniah tolong keluar duit apa yang patut. Share 50%. Hak milik kenderaan, Ratiah punya. Minyak kenderaan, Ratiah tumpang, Ratiah bagi; dan keluarkan. Beli kenderaan, family Ratiah. Ratiah? Cuma pandu-uji dan miliki. Huhuhu. Akhir bergurau, Ratiah cakap kau nak pergi kerja, pandai-pandai kau lah ye labu. Erkkkk. Boleh gurau macam tu?
Adat manusia.Anisah dan Anibah selalu bersama. Buat kerja sama-sama. Makan sama-sama. Tidur sama-sama. Ehhh. Bukan lesbian. Cuma nak bagi perumpamaan betapa rapatnya mereka. Bila Anisah kena keluarkan bajet untuk perbelanjaan, Anibah pun sama juga keluarkan bajet di lain keadaan dan masa. Tapi Anisah boleh dapat pulangan habuan dari bajet yang dikeluarkan, Anibah pula lambat terima habuan. Anibah kata tak adil! Tapi sebenarnya Anisah usaha lebih, tentulah dapat habuan awal. Erkkk. Atau Anisah pasang kipas (AMPU) kuat-kuat biar cepat terbang. (?) Boleh tak puas hati macam tu?
Adat manusia.Mulut bising-bising itu dan ini. Tak puas hati itu dan ini. Tapi bila depan mata, katanya malu, kelu. Dalam twitter di twett berjela-jela selang masa 2minit saja. Aishhhhh. Pandang mata semua berbulu, mulut berbuih ayat merapu, hati menjerit kata ini tak adil, main tipu, hati busuk, lambat itu dan ini. Dan lain-lain lagi kata-kata berbaur tutttt. Boleh berpura-pura macam tu?
NotaKuaci: Anda lihat, anda renungkan. Anda baca, anda fikirkan. Adat manusia. Selalunya lebih fikirkan keburukan orang berbanding keburukan diri sendiri. Kebanyakkannya lebih fikirkan kepentingan diri sendiri berbanding kepentingan orang lain. Ini sekadar entry rumusan. Macam soalan karangan masa sekolah dulu-dulu. 0_o
Sumber Gambar: Menggoogle. Related of the Picture. Bukan sebab dipanah cinta asmara, tapi dipanah sifat mazmumah.
selalunya, yg baik itu gelap, yang salah itu terang.. manusia selalu menilai dengan keburukan orang lain.. HUHU..
ReplyDeleteKalau keburukan/kebaikan org lain jadi panduan memperbaiki diri kita itukan yang terbaik. Huhu...
ReplyDelete