Idola Mimpi-mimpiku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, February 11, 2011

Huk-Huk-Huk

Aku mengalami batuk-batuk sejak kebelakangan ini. Sejak balik dari JB secara spesifiknya. Maka... Akhir-akhir ini, hidup aku ditemani air suam, ricola, bye-bye fever (?), tuala basah... Untuk redakan panas badan dan batuk-batuk tak menentu.

Dulu.. Semasa belajar di UUM, time diserang batuk, hidup aku sering berteman gula-gula Hacks Hitam pekat melekat pahit berhangin tu. Tapi kini aku ubah selera. Gula-gula yang aku bawa ke hulu-ke hilir sekarang ini adalah....
























Ricola... 13 herba jadi satu bijik gula-gula berhangin!
Sumber: Uncle Google, edited by Budak Comot























Inilah tin yang aku duk gendong ke hulu- ke hilir. Abaikan meja kerja aku yang carca-marba.


footer

2 comments:

  1. Ricola tuh bagus ke? Dah lama try ni? Hihi.

    ReplyDelete
  2. Huhu... Bese2 je sbenarnya. xleh lawan hacks+air suam... Rasa berhangin je. Hacks itam tu lagi power!! huhu

    ReplyDelete