Idola Mimpi-mimpiku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, February 18, 2011

Kondisi


Sumber gambar oleh Uncle google. 
Tiada sebarang pengeditan oleh Budak Comot.
Motif gambar: Pemberitahuan

Sudah seminggu ini, kondisi kesihatan aku berada di paras kurang memberansangkan. Pagi di paras baik, tengah hari berada dalam paras malar... Tiba-tiba malam di paras separa marabahaya. Sekejap sejuk, sekejap panas. Luar panas, dalam sejuk. Luar sejuk, dalam panas. Erkkkk. Ini bukan teka-teki. Tidak perlu teka. Aku berada dalam keadaan tidak sihat. Batuk-batuk yang beriringan dengan demam dan kadang-kadang selsema. Kadang-kadang ada energy. Kadang-kadang energy hanya cukup-cukup. Makan pun separa bekalan yang terhidang. Lagi separa hidangan ke longkang. Tak ada selera.

Motif cerita...Aku tidak sihat. Maka... Sebarang panggilan yang aku beri layanan kurang memberansangkan, sebarang perbualan yang mungkin kelihatan macam aku tidak beri perhatian, sebarang mesej yang aku tidak berapa beri layanan dan sebarang ajakan berlibur yang aku tidak pedulikan... HARAP MAAF BERJUTA PERASAAN.

Harap maaf semua teman, musuh dan apa sahaja makhluk yang cuba minta perhatian. Aku tidak sihat. Segala aktiviti yang memerlukan reaksi aku, aku akan pertimbangkan dengan mengambil kira kondisi kesihatan aku, kerana aku tiada energy yang sangat banyak untuk dibazir-bazirkan.

NotaKuaci: Selepas ini... Entry yang menyusul adalah hanya scheduled entry. Which mean, bukan aku bertaipan entry untuk di publish secara terus, secara langsung. Sudahku bilang, energy aku tidak banyak. Maka aku perlu membahagi-bahagikan sumber tenaga yang ada secara berhemah., pembaziran tenaga  kepada sesuatu aktiviti bermakna aku perlu melepaskan sesuatu aktiviti yang lain pula. Seperti kos lepas, yang aku pelajari semasa Ekonomi form 6. Selamat menatap blog kesayanganku.


footer

No comments:

Post a Comment