Idola Mimpi-mimpiku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 16, 2011

Si Tebuan Hijau.

Entry pantas yang berkadar taipan berlari-lari anak. Mood merapu tiada. Tapi mood mereview sedikit ada. Maka... Terhasillah entry yang macam hambar ini. Sudah bagi amaran, entry ini ala-ala hambar. Kalau penerusan bacaan anda akan terpengaruh kehambaran entry ini, harap maaf. 

Beberapa hari lampau, aku ada tengok satu movie. Satu Movie seperti yang tertera di bawah ini. Lawak tak hinggat sampai sambil batuk nak tergelak. Sambil gelak nak terbatuk. Maklumlah, kondisi batuk masih dalam tekak, nak mahu berhembus keluar nyah dari kerongkong. Sambil tonton wayang, mulut tak habis-habis cakap fuyooooo. Mak Aiiiii... Uissssshhhh... Perggghhhhhhh. Dah segala perkataan super-duper kagum yang spontan.

 Si Tebuan Hijau. 

Anda tercari-cari satu movie yang penuh aksi?
Anda tercari-cari satu movie yang humor?
Anda tercari-cari satu movie yang sesuai untuk family?
Anda tercari-cari satu movie yang nak hilangkan stress?
Anda tercari-cari satu movie yang jimatkan wang dengan beli 1 ticket included all elements?

Apa kata anda try tengok Movie ini....
The Green Hornet.

Sama ada movie biasa ataupun beserta aski 3D.

Pilihan di tangan anda.

Aku rasa berbaloi tengok sebab tak ada rungutan pun yang aku dengar dari mulut aku tertusuk ke telinga aku. Maksudnya... Aku puas hati tengok movie ini.

Rempah Ratus cerita:
Bapak si anak telah mati. Mati sebab tebuan (?). Si anak pulak, enjoy tak ingat sampai tak tahu bapak dah mati. Last-last tahu pun melalui berita di TV. WTH. H for Horror. Tahu berita bapak mati pun sebab tengok berita. Pemilik sebuah akhbar tempatan yang glamer, mati then tinggalkan harta dan empayar untuk diuruskan oleh anak beliau yang hanya tahu menangis ketika tengok kepala patung hero kesayangannya dibuang dalam tong sampah. Uisssshhhh. Horror. Dalam duk kutuk dan marah gila sebab bapak dia yang dia fikir tak hebat itu tinggalkan segala mak bapak harta untuk diuruskan, akhirnya... Dia akui bapaknya memang terhebat. Ada aksi super duper best plus humor super duper lawak. JOMlah ke panggung tengok THE GREEN HORNET.

Kalau jadi... Ada rezeki... Aku nak tengok cerita ini dalam bentuk 3D pulak. Doakan aku murah rezeki ya??? Amin. Huhuhuhu. Nanti pasti aku tertaip puji-puji pulak... Mungkin. Jadi... Nak tahu kesahihan kata-kata aku, mai la sat pi tengok cerita ni.

Poster in Bahasa Mandarin.




Sumber gambar dari Uncle Google.
Tiada pengeditan dari Budak Comot.


footer

No comments:

Post a Comment