Ini bukan entry untuk cari gaduh. Abestu versus-versus bagai. Actually... Biasalah. Hari inikan Valentine's Day. So... Mestilah as muslimah yang masih ada jiwa keislaman nak versus versace pasal Valentine ni. Tapi... Lurus ke titik. Sebenarnya, bukanlah nak buka kelas sejarah kisah mamat kristian Valentine ni. Erkkkk... Dengar kristian dah horror kepala lutut, apatah lagi nak sambut. T___T. Cuma nak betuli diri dan rakan taulan semua... Instead of rasa mahu sambut Valentine's Day ni, masihkah dalam hati tersedar pasal satu hari... iaitu esok. Kenapa nak kecoh-kecoh esok sedangkan hari ini baru setengah siang???? Aissshhhh... Kau ni. Kalau valentine tu, sebulan kau dah kecoh-kecoh. Nak sambut di mana, nak beri apa, nak makan apa. Tapi... Hal esok... Tengah hari ini pun kau masih tak ada agenda lagi untuk esok???? Esok Maulidur-Rasul. Rindunya...Sejak duduk diperantauan ni, dah lama tak pergi sambutan Maulidur-Rasul. Ruginya aku. T____T.
Orang kat haram sambut Valentine's Day. Mahu tahu kenapa? Google lah sendiri.
Aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu, pesuruh allah.
Sudah lama tak pergi sambutan Maulidur-Rasul. Teringat kisah dulu-dulu, semasa pergi sambutan Maulidur-Rasul. Masjid Besar Mersing berada di atas singgahsana bukit. So, kalau nak pergi ke masjid, pasti kena mendaki tangga-tangga kejayaan di lereng bukit untuk sampai ke puncak masjid. Berpeluh-peluh. Dari wangi, jadi bertambah extra wangi. Wangian semulajadi.
Dengar ceramah agama, alunan bacaan Al-Quran, dendangan Nasyhid...
Junjungan Mulia
Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah
Malam isnin subuh yang indah
Dua belas rabiul'awal yang cerah
Dua puluh april tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah
Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama
Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti
Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia
Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah
Malam isnin subuh yang indah
Dua belas rabiul'awal yang cerah
Dua puluh april tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah
Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama
Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti
Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia
Kemudian berduyun-duyun ke kanopi jamuan. Erkkk. Inilah acara lenggang perut laga bontot yang macam comel aku rasa. Tolong jangan imagine bahawa acara ini seperti acara cium-cium molot laga pipi. Ini acara makan-makan. Makanya, secara berjemaah makan ramai-ramai. Duduk bersila-silaan berempat-empat mengadap satu dulang. Dulang???? YES. Makan dalam dulang sangat heaven. Berlaga bontot sebab anda akan duduk membelakangkan orang lain, duduk bersila rapat-rapat sampai kadang-kadang terlaga bontot, tertumpah air, ter... itu, ter... ini, sudah biasa. Sangat muafakat. Kadang-kadang semasa makan itu baru kenal teman sedulang (bukan semeja). Itulah cara orang Johor mengeratkan silaturrahim. Negeri lain macam mana ya sambutan Maulidur-Rasul anda. Kongsilah dengan Budak Comot.
Tidak dilupa. Esok Birthday My Mum. T___T.
Esok birthday my mum. Tapi... aku jauh di mata, dekat di hati beliau (Insyallah). Selamat Ulang Tahun, Sayang. Sayaaaanggggggggggggggg... Dengar Tak? Buah hati kamu yang bongsu ini ucapkan Selamat Ulang Tahun.
Semoga ma dikurniakan kesihatan yang baik-baik saja sepanjang tahun ini,
Semoga ma dianugerahkan umur yang panjang,
Semoga ma memdapat rezeki yang halal...
Mari kita sama-sama doakan kesejahteraan my mum.
Amin...
Semoga kalian hidup dilimpahi rahmat dan berkat kerana mendoakan my mum.
NotaKuaci: Uniknya makan dalam dulang sehingga pernah jadi event untuk class's project semasa di universiti dulu. Sangat muhibah. Satu malaysia. Pelajar negeri-negeri lain pandang kelainan idea pelajar negeri Johor ini macam...errrrrkkkk... Makan dalam dulang???? Nak tahu, try la....
No comments:
Post a Comment