Idola Mimpi-mimpiku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, December 9, 2011

Lawatan Perkahwinan Part II

Assalamualaikum gurls & boyz..... 

 Mari kita kerjasama tiup-tiup debu-debu kota raya di blog ini dulu~~~Fuhhhhh!

(Ehem-ehem-ehem... Pembetulan suara bagi comel... Krak-prak-kruk... Pembetulan jari-jemari runcing bagi pantas bertaipan di blog yang kejap on-off typing entry ini.)

Macam cerita entry sebelum ini. Masih berceritera pasal lawatan kahwin sajalah. Huuuu~~ Syoknya-syoknya makan free nasi minyak...Tapi otak ni masih ada sindrom simptom-simptom kekakuan ayat bertaipan. Maaf ye uols semua. 
//

Selepas ketuk-ketuk jari di meja rentak reggae, aku pun sambung taipan lagi. Aishhhhh~ Hampehlah idea ni. Marilah kau kemari. Mariiiiiiiiii~~
//

Senang ceritera, mari jenguk lawatan kahwin yang aku hadirkan diri Bulan lalu. APA???!!!!! Yup...T___T Bulan lalu..Tapi baru nak terhegeh-hegeh nak upload entry hari ini.  Beliau merupakan teman serumah semasa aku menetap di Bandar Baru Bangi dulu-dulu. Dari Port Dickson, aku gagahkan diri bersama dua orang lagu bekas houmate aku menjejak kaki ke Rengit untuk ke rumah pengantin tersebut...Auwwwww~~ Tak sangka aku...Walaupun aku orang Johor, tapi kalau tak kerana menghadirkan diri ke majlis kahwin mempelai ini, confirm aku tak cecah Rengit. Aishhhhhh~~Malu aku sebab tak pernah pun menjejakkan kaki ke sini sebelum ini.

Inilah ex-housemate yang melangsungkan perkahwinan tu. Yang mengapit pengantin tu, Jehan bride to be next year, Budak Comot and Nisa.


 Inilah pengantin semasa zaman sengal-sengal hidup kami. Masa ini beliau masih bujang lagi. Menggonjeng di Bandaraya sambil menghabiskan masa. 


 Beberapa keping gambar nikah-kahwin beliau yang aku skodeng & rembat dari muka buku.
(Gambar didownload dari muka buku pengantin & jurukamera beliau;diedit oleh budak comot)


 -_-"   Jelesnye uols....Cam best je photoshot camni.....
(Gambar didownload dari muka buku pengantin;diedit oleh budak comot)
Kepada yang dah selamat melangsungkan perkahwinan, sama ada budak comot kenal-tak kenal-pernah kenal-buat-buat tak kenal, SELAMAT PENGANTIN BARU...SEMOGA DIKURNIAKAN ZURIAT YANG SOLEH & SOLEHAH...AMinnnnnn~~~ Semoga kalian doakan rezeki aku and jodoh aku tiba segera pulak nanti. T___T. Aminnnnnnnnnn~~Panjang lagi aminnya.

 Aikkkkkk~~ Masih ada satu pengantin lagi yang dilawat tapi tak dimeriahkan dalam blog aku ni. Beliau merupakan teman sepersekolahan aku dulu. Tunggu aku ada mood aku akan berceritera pasal perkahwinan beliau pulak. Huhu...

Dua minggu lagi cuti krismas. Aku bercadang nak melawat my sis kat Kulaijaya. Nak rest sambil cuci mata. Kepada warga Johor, siapa yang dah pi JPO????? Best ke? Aku plan macam nak menjengah jugak kalau ada masa nanti. Johor Premium Outlet. Tengok website macam gah saja. Nak jugak melawat tapak kot-kot memang grand livina ke, boleh cuci mata tengok suasana kat sana.
Tapi yang paling best... Tak sabar nak hang out weekend ni. Plan macam nak tengok OMBAK RINDU. Orang kata serita tu sedih...T____T. Kenalah sedia tisu banyak-banyak-banyak ni. Kepada yang berada di area Seremban, jom tengok wayang kat Jusco Sremban 2 weekend ni. Huhu... KL Gangster kita gelak+cemas=puas hati. Bini-biniku Gangster kita gelak+sweet honey=puas hati. Ombak rindu ni???? Kalau movie sedih+sweet honey= apakah kesudahannya nanti??? Tak sabar aku nak tengok. Nak tahu jugak fakta preview filem dari bloggers lain ni fakta atau auta.
NotaKuaci: Sapa tengok Tentang Dhia....Siapa ada sipnopsis????? Aku sakit hatilah tengok emak si Zikir tu. Tak sabar nak tau ceritera sebenar macam mana....-_- Kenapalah ada manusia jahat macam tu....

Mari doa semoga kita dijauhi dari sifat mazmumah macam tu... Aminnnnn~~
footer

No comments:

Post a Comment