Tempat: STAR line Tasik Selatan-Bukit Jalil
Jam : Tengok la, kalau bersiap cepat pukul 9pm kua la dari Bangi
Acara : Marathon Balik Mersing
Peserta: Budak Comot
Malam ni aku akan menjejakkan kaki ke Bukit Jalil skali lagi... Bukan nak pi Stadium tonton bola di Stadium Astro tapi nak berkejar-kejaran dengan penumpang LRT yang lain, sapa cepat sampai ke terminal sementara Bukit Jalil... Huhu... Hadiah claim pada kaunter tiket: Perjalanan menaiki bas ke destinasi masing-masing... Haha... Kalau menang pun, syarikat bas akan mintak duit korang jugak untuk korang claim tiket pada diorang... Haha... Aku mahu pulang ke kampung halaman... Dah lama aku tak balik kampung... Sejak cuti sekolah bulan 3... Sebelum diclaim anak tak kenang budiman, kacang lupakan kulit mulus, etc2... So malam ni aku rela bertidor-tidoran dalam bas... Sebagai habuan... Esok suboh aku dapat penginapan 3 Hari 2 Malam di deluxe suite yang cantik, cun, fabuluos kat umah aku... Haha... Rindunya kat umah kampung... Rindu... Rinduuuuuuu... Tungguuuuuu... Esok kita akan berdating-datingan dengan mu wahai rumahku syurgaku... Huhu
Balik kampung ni la yang aku rasa macam best je sejak kebelakangan ni... Eeh... Sejak dulu pun la... Maklumla sejak Form 6 abes, aku sambung blajar pun nun kat sempadan Malaysia-Thai... Cuti panjang baru balik kampung... Mau tak jim alif kun aku nak balik kampung... Kat kampung de pakok kelapa... Pemandangan cantik... Depan umah de poko mangis... Lepak-lepak panjat pokok intai orang lalu-lalang depan rumah... Haha... Dengar burung berkicau-kicauan kat pokok jambu tepi bilik, udara segar, air nak mandi pun sejuk... Suka...Suka...Suka....Wordless la kalau nak cerita pasal kampung... Belum masuk bab Emak Bapak aku lagi.. Masakan mak aku... Anak sedara aku... Ada subtajuk plak... Pendek kata... Mau sampai chapter 101... Pun belum tentu abes lengkap note tu... Yang penting... Aku happy... Aku happy... Malam ini aku balik kampung...
Sumber: Meng'google'
NotaKaki: Bila lama tak balik kampung, rasa rindu memang lain macam... Macam la duduk luar negara, sampai payah bena nak balik kampung... Haha... Korang pe plak perasaan kalau nak balik kampung... Tentu seronok sampai lima, enam kali duk ulang alik pegang-lepas-amek-pegang balik beg kot-kot terlupa ape yang tak amek lagi... Haha
No comments:
Post a Comment