Saya sangat suka Ramli Awang Murshid (RAM). Ecehhhhh... Beretikanya tetiba jadi saya... Haha... Niat tak suci, macam la kanda tu tetiba berpaling tadah tulis novel Hatiku Dicuri Budak Comot. Kah-kah-kah. Bermula dengan Novel Satu Janji yang aku aiikkkk tetiba jadi aku, sungguh nampak dah berpaling tadah baca masa tinggal sekejap kat rumah alang aku kat Kulai, aku mula start jatuh cinta kat penulisan karyamaha epik RAM ni. Huhu... Kena memerlukan penghayatan and pemahaman yang tinggi. Kalau baca setakat bersambil-lewaan, pasti kau akan terjerumus ke lembah lost. Huhu... Semua benda pun kena buat dengan penuh penghayatan, kalau tak, tak delah feeling in love. what so over betul statement. Haha... Inilah buku yang start buat aku jatuh cinta tu.
Halaman : 568
ISBN : 983-124-118-5
NotaKuaci: Aku dah lama baca cerita ni, so tak berapa ingat ke'syok'an and ke'umph'an buku ni. Tapi, sebab buku ni lah aku dah terfalling in love dengan karya RAM. Cerita agak berat. Bukan kena amek penimbang and amek buku pi timbang ke apa. Cuma kepada yang suka baca secara bersantai thriller, buku ni berstatus agak berat jugak untuk disantap.
Halaman : Paperback, 561
ISBN : 983-124-184-3
NotaKuaci: Cerita ni pun aku dah baca lama dulu, tapi yang aku tau cerita ni unik. Sebab menterujakan aku nak baca lagi and lagi and lagi. Plot cerita yang buat aku terkejut-terkejut. Seorang yang mempunyai double personality. Pening gak nak paham mula-mula.
Halaman : 588
NotaKuaci: Kisah Risyam/Ryu-Watanabe bercinta dengan anak ketua Yakuza yang lain. Beselah kisah RAM, ada banyak cerita dalam satu cerita, tapi saling berkait. Sangat menterujakan aku kisah cinta yang thriller macam ni. Addict nak baca. Belaja sikit-sikit pasal Yakuza and Jepun.
Halaman : 480
NotaKuaci: Kisah pasal tumbuh-tumbuhan yang beracun membunuh sorang demi sorang secara naturally. Lazimnya manusia mempunyai persepsi yang berbeza, maka timbullah pelbagai spekulasi yang wat aku makin nak baca sampailah terungkai satu demi satu kebenaran cerita tu. Misteri tapi tak menyyunakan unsur mistik yang melampau. Idea yang wat aku teruja nak baca sampai habis buku tersebut.
Penerbit : 2009 Alaf 21 Sdn Bhd
Halaman : 518
ISBN : 978-983-124-487-6
NotaKuaci: Sedikit terpengaruh dengan orang tua selalu kata kucing ada banyak nyawa. So aku pun baca cerita ni.
Trilogi Kisah Laksamana Sunan :
Tahun : 2005
ISBN : 983-124-214-9
Penerbit : 2007 Alat 21 Sdn Bhd
Halaman : 500
Penerbit : 2008 Alaf 21 Sdn Bhd
Halaman : 510
ISBN : 978-983-124-385-5
Cerita adalah kesinambungan Novel Cinta Sang Ratu ,
NotaKuaci: Dah baca tiga-tiga novel ni buat aku tertanya-tanya wujud ke laksamana sunan ni? Aku betul-betul tertanya, Punggor tu kat mana. Cerita ni buat aku ada sedikit berkarakter suka sejarah. Huhu. Aku kan tak berapa suka History lesson. Cerita Laksamana Sunan, Sang Ratu, Haryani, Dani buat aku rasa macam sama-sama mengembara ikut zaman. Agak mistik sebab ada hantu-hantu yang wujud menjadi watak dalam novel. Jadi aku pun duk terbayanglah hantu-hantu bagai sambil hayati pembacaan.
Cerita baru yang menambat hati aku, 1 more novel wannabe in my novel-wish list:
Penerbit : 2010 Alaf 21 Sdn Bhd
Halaman : 509
ISBN : 978-983-124-541-5
Sinopsis yang digoogle :
Pilu hati saat dikhabarkan suaminya gugur di medan perang, Catalina rebah tidak sedarkan diri. Sebaik terjaga, dia membicarakan hajatnya ke Hulu Melaka. Ingin mencari 'lelaki bertanduk dua'.
Tanpa diduga, takdir menentukan Laksamana Sunan lelaki yang dicari Catalina. Malangnya, Laksamana Sunan bukan lagi wirawan. Kudratnya lenyap dan ditawan penjajah yang menakluk Melaka. Hampir dibunuh musuh, dia diselamatkan oleh cinta yang dipendam Luna.
Laksamana Sunan, Catalina dan Luna... bukan sekadar terperangkap dalam perjalanan yang berliku, malah terkurung dalam cinta segi tiga yang terlafaz dan tersembunyi.
CINTA SUFI
Sebuah kesinambungan trilogi Bagaikan Puteri, dipenuhi aksi pengembaraan dan pertembungan antara kebaikan dan kebatilan, yang nyata dan mistik. Disemarakkan lagi dengan rasa cinta dan pengorbanan.
NotaKuaci: Aku tak pandai nak reka ayat berkualiti tinggi untuk tarik minat orang membaca. Aku tak pandai olah ayat untuk menggambarkan apa yang aku baca, menceritakan balik dalam bentuk ayat itu bukan kelebihan aku. pengolahan ayat aku tu buat buku yang aku baca tu tahap superb pun jadi ayat macam moderate je. Huhu.
No comments:
Post a Comment