Chapter 2
Kisah sekolah-sekolah kesayangan aku... Ecehhh...Sayanglah konun... Sayanggggg-sayanggg-sayangg...
Bukan secara paksaan, kita memang patuh sayang sekolah kita pun. Kalau tak sayang, siapa lagi yang nak sayang... Aku tak mungkinlah sayang sekolah kau, melainkan ko satu sekolah dengan aku. Huhu... Tak mau aku sayang sekolah kau yang macam apaje...hgbdebjndjjk... Niat tak suci seperti ini harus dihindari. Sayangilah sekolah anda... Huhu
Aku bersekolah di Sek. Keb. Sri Pantai, Mersing. Kat kampung aku je pun. Bukan jauh seberang lautan. Bangun pagi, gosok gigi, minum milo, aku dah boleh jalan kaki pi sekolah. Tapi aku start pi sekolah sendiri masa aku umo 9 tahun kot. Aku pun dah tak ingat. Sebelum tu, abah aku akan anta naik moto yamaha dia yang antik tu. Huhu...
Dalam memori aku yang aku ingat, masa darjah 6, aku akan pergi ke sekolah saing kawan aku yang tinggal kat belakang rumah aku. Masa tu aku pergi jalan kaki je, dalam pukul 7 pagi keluar rumah, then singgah beli bihun dekat Rumah Cikgu Halim, makan sambil jalan-jalan lenggang kangkong. Sampai sekolah around 7.20. Kira sedang eloklah tu. Masuk pintu gate sekolah dengan bunyi loceng sekolah nak janji-janji je. Ngam-ngam hooo...Huhu... Kalau lambat datang, terutamanya hari Isnin, cakaplah aku bertugas kemas kelas time tu.. Kan ada akal tu... Kecik-kecik dah berperangai comot. Kanak-kanak zaman sekarang pasti alasan diorang lagi advance dari aku. Tapi aku tau, apapun alasan kamu semua, niat kamu semua tetap tak suci... Bau hangitlah dosa korang ni.. Hahahaha..Gelak aku lagi nada tak suci. Apatah lagi nak compare dengan sesuci embun pagi, lagi hampeh,. Jauh panggang dari oven. haha
Dulu aku nak kata kategori cerdik sangat pun tak de lah sangat. Kalau cerdik kenapa aku masih comot. Hahaha... Subjek yang paling aku suka tentulah sains and math. Tapi time aku dulu belum lagi teach in english. Haha... Kira aku masih lagi boleh belajar sambil makn kacang,tengok-tengok tomato-man. Aku ni masa darjah tiga pun masih lagi merangkak mengeja tuk membaca. Kira aku takut la time tu kalau cikgu sebut nama aku nak suruh membaca kuat-kuat biar bergegar satu kelas. Ngerilah aku, badan aku yang kecik ni lagi aku kecik-kecikkan, biar cikgu tu tak nampak. Padan muka cikgu tu... Padan muka aku jugak, sapa suruh malas membaca, kan dah baca mengeja...Haha..
Sains and math, subjek yang paling aku suka sebab tak boring. Tapi... Cikgu yang mengajar tu, gila power teknik pengajaran & pembelajarannya. Sapa yang tak siap kerja rumah, mau masaklah dikerjakan cikgu tu. Dulu tak macam sekarang, sekarang ni rotan dah tak nampak kelibat. Kalau tengok rotan sekarang ni macam tengok M16. Boleh dipegang dan dibelek-belek... Huhu... Dulu, time anak murid nampak je rotan, dah kecut perut, limpa, hati, hempedu semua jisim dah semakin berkurangan. Tinggal jasad je, kompenan dalam badan semua dah semakin mengecik-kecik. Lagilah tengok cikgu dah tercegat muka serius berdiri depan kelas, cekak pinggang sambil pegang rotan. Duk hayun-hayun, nak testing power.... Huhu.. berderau darah tu wooo...
Aku ingat lagi Cikgu Math aku, Cikgu Jefri Jusoh nama dia. Sama yang satu kelas aku tak ingat dia, memang patut dirotan sekarang ni... Haha... Cikgu Jefri ni suka bagi kerja rumah satu set soalan math setiap hari... Diulang, setiap hari... Besa sikit...SETIAP HARI... Muak aku tengok soalan-soalan tu. Sampai aku tapau, bawak and siapkan kat sekolah agama. Aku kan area johor. Ada sekolah agama, bukan sekolah agama rakyat ye. Pagi sesi sekolah rendah, petang sesi sekolah agama, malam lepas maghrib ada tuisyen kat sekolah. Lagi cuak bila malam tu tuisyen Math. Gila ke apa, bagi pagi, malam nak tengok siap. Memang bangun math, makan math, TV math, tido mimpi Math. Aku pernah kena warning dengan ustazah Jamilah, ustazah aku masa aku darjah 4 sekolah agama. "Saya tak mau tengok ada buku math atas meja, keluarkan kitab, atau saya buang buku math awak tu semua"... haha...Lintang pukang nyorok buku latihan bawah meja.
Sangat seronok bila kenangkan balik. Dalam Cikgu Jefri garang-garang tu, kami masih berani ketawa tunjuk gigi bila dia buat lawak. Dia suka kenen-kenen kan budak-budak lelaki dalam kelas aku dengan budak-budak perempuan. Haha... Ada gelaran masing-masing. Walaupun dia garang tak hengat masa ajar kami, tapi aku sangat bersyukur sebab dikurniakan cikgu tersebut kepada aku. Sebab beliau lah aku dapat A untuk subjek Math sepanjang aku bergelar pelajar. Time kat universiti, walaupun aku tak cukup teror, tapi masih boleh memberi tunjuk ajar kepada rakan sebilik dan seclick untuk subjek statistik, Akaun and financial. Tahun 2008, aku dengan kawan-kawan ada buat lawatan beraya ramai-ramai ke rumah Cikgu Jefri, terharu aku bila beliau masih kenal kami lagi. Sayanggggggg Cikgu, kerana kegarangan cikgu begitu bermakna..Huhu
No comments:
Post a Comment