Idola Mimpi-mimpiku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, May 13, 2010

Suwa Suew Kemoneng... Sue Sue... Susu

 Sumber: Meng'google'

Haha…Pasal makan-makan-makan… Budak Comot yang suka makan tapi masih underweight…Apakah natijah berlaku seperti begitu??? Supaya boleh makan tanpa perlu memikirkan keobesitian yang mungkin berlaku secara tidak kesengajaan… Hahaha…Over la Budak Comot ni… Haha…

 Aku paling tak suka minum susu, bau susu yang suci murni di abad ini tu pun aku rasa bau paling yang buat aku cam kampong si pening lalat…  Fening lah-fening Tapi sekarang aku sedang bergagah-gagahan meminum segelas chocolate milk pagi dan segelas malam. Nasib rasa Choc tu mengatasi keaslian rasa susu tersebut. Kalau tak, macam Sin Chan dipaksa makan sayur keman la aku… takkkkk mauuuuuu!! Tapi sejakku bertemu padamu…Fikiranku sering saja terganggu…lalala…pada susu, yang aku puja…lalala … Minumlah susu Anlene Choc Milk. Baik untuk kesihatan tubuh badang  dan tulang belulang anda. Haha…
  Sumber: Meng'google'

Susu ada banyak khasiat… Rugi betullah aku tak minum dari aku kecik-kecik masa pandai pegang gelas sendiri dulu-dulu… Adoihai… Sesungguhnya sesiapa yang tak minum susu adalah tergolong, dalam golongan orang yang berkerugian kalsium untuk penumbesaran. Haha.. Sebab tulah aku tak besar. Rugi betul aku. Sesal dulu pendapatan, sesal sekarang tak de lah pendapatan… Haha.. Niat tak suci secera dineutralkan…


Aku meng’google’ untuk mendapatkan motivasi minum susu. Maklumlah, orang macam aku ni, kena psiko dulu baru nak telan benda-benda macam ni. Lagilah bila benda tu memerlukan perhatian yang sangat optimum untuk ditelan. Over ko Budak kecik kata susu tu satu subjek yang mengerikan... Calculas pun lagi aku rela telan siang dan malam setiap hari dari minum segelas susu yang sangat tak umpphhhh tu... Huhu... Masa bila aku amek calculas masa study dulu... Haha... Nasib tak amek, kalau tak culas jugak aku... Calculas bersamaan dengan culas minum susu... Haha

Susu ni sesuai tuk mereka yang mengamalkan diet pemakanan yang seimbang... Aku tak paham bila orang kata dia sedang berdiet... Diet apa yang dia amalkan?? Bukanke semua orang pun amalkan diet, diet seimbang and diet tak seimbang... Haha... Kira sedang berdiet jugak lah tu... Haha ... Lagi pening bila ada orang sanggup ikat perut buncit bagi flat, alasan "aku sedang diet la doh, lapar pun tak pe, janji perut aku flat, berat aku turun, badan aku slim shaddy, bf aku tengok pun kata... Sayang cantik tertarik kau memang de boom..." Tapi sebenarnye kalau kebaboom, perut ko keroncong irama boom lagi sadis demi nak dengar pujian tu... Haha...  Susu boleh bagi tenaga dalam bentuk Kalori dan juga bekalkan karbo. Kira Kalori ni dah macam bahan bakar petroleum diesel gasoline dalam badan untuk jana tenaga... Kereta pun kalau takde bahan bakar, tak leh pi jauh, petah lagi manusia yang kompleks, mau hidup dalam kondisi berhibernasi je... 

Susu gak membekalkan protein... Wahhhh... Untung betul minum susu, rugilah aku... Adoihai... Mahu keluar dari golongan kerugian ni, mau layan susu saja start dari hari ni... Haha... Tapi... Apa tapi-tapi plak ni? Susu ada fat...Fat tu satu perkataan yang macam horror je bila sebut, susu pun mengandungi fat jugak... Apakah perlu minum susu kalau dapat fat??? Haha... Doc Budak Comot menyifatkan fat yang ada dalam molekul susu tu fat yang berniat suci. Bila ia suci maka, bolehlah diambil-guna-pakai olah badan kita... Haha... Ada hati nak jadi pakar pemakanan beciri Comot... Haha... Fakta kata... Amek nak kau bila dah kata, fakta kata...huhu...   1/3 Fat kat dalam susu tu monounsaturated... Sama macam kandungan yang terdapat dalam Minyak Zaitun. Wahhh.. Minum susu pun dah macam gunakan minyak zaitun.

Jadi jom minum susu... Aku je yang tertinggal kempen nak minum susu, maklumlah aku lambat tersedar kebaikan dan keenakkan berminuman susu. Banyak benefit bila minum susu ni.. Adoihai... Rugi lorhh aku ni, Susu bina tulang belulang, bina gigi, bina badan, boleh mengurangkan high blood pressure berciri makcik-makcik, minum susu juga boleh elakkan penyakit cardiovascular... paling syok dengar, susu boleh kurangkan kadar osteoporosis... Gejala tulang rapuh. Kira tulang nanti jadi gagah perkasa macam tulang besi la.. Huhu... Jom minum susu... Aku suka susu Anlene, rasa dia pun best... Bagi aku lah sebab aku suka minum susu perisa chocolate tu... Susu plain pure bau susu tu tekak aku masih tak boleh terima...

No comments:

Post a Comment