Idola Mimpi-mimpiku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 25, 2010

Tak kenal maka tak tangkap cintan, loving couple

Chapter 3

Bila dah kenal sekolah aku, barulah rasa cinta... Cintakan sekolah, cintakan mata pelajaran kat sekolah, cintakan pelajar sekolah. Opsssss... Terlebih sudah ko Budak Comot. Huhu... Aku mula bersekolah menengah kat Sek. Men. Keb. Anjung Batu, Mersing. Kan aku dah cakap, aku ni bukanlah cerdik sangat. Sekolah menengah pun sekolah biasa-biasa aje. Belajar pun biasa-biasa aje. Cerdik pun biasa-biasa aje. Nakal je yang luar biasa... Huhu... Kalau tak, takkan la aku jadi Budak Comot.

Aku menjawat gelaran pelajar Sek. Men. Keb. Anjung Batu ni dari sekolah ni ditubuhkan, berdiri tegak tahun 1998 sampailah tahun 2002. Kira batch aku pelopor and perintis student sekolah aku time tu lah. Sebab tulah kenakalan aku luar biasa. Nakal-tapi-baik, Skema-tapi-Comot. Ape-apa je la gelaran korang nak bagi, aku tak kesah. Haha...Realitynya aku agak nakal jugaklah rasanya, dalam kategori akulah. Bukan kategori kau. Haha... Persepsi masing-masing, perspektif nakal manusia tu kan berbeza-beza. Haha.. Nakal aku takkan sama dengan nakal kau... Kau nakal bab lain, aku nakal bab lain, dalam buku kan banyak chapter... Haha... pening aku nak paham persepsi and perspektif orang umum ni. Huhu... Suka hati aku and kamu lah labu...

Aku budak science stream. Dari aku from 4 sampailah aku from 5. Belajarlah segala term science yang aku fikir, apa kejadahnya aku kena belajar ni??? Nanti time mintak keje dia nak tanya ke benda ni semua??? dia nak aku lukis ke gambar rajah bio yang aku duk kene ingat ni, dia nak suh aku bagi ke formula kimia bila molekul-molekul ni bergabung, dia nak suh aku lukis semula ke gambar rajah litar elektrik kat floor plan yang aku blaja, nak kena imagine ke kuib-kuib, bongkah-bongkah objek yang aku belajar time lukisan kejuruteraan tu. Semuanya aku layankan aje.

Tapi sekarang baru aku tau, semua yang aku belajar tu sebenarnya basic for my life. Tapak asas tuk aku paham hal yang lebih complex. Memang lah tak diapplykan dalam kerja-kerja yang tak berkaitan, tapi masih berkait rapat. Kira ko kalau dulu tak belajar rajen-rajen, tak paham betul-betul, mau kau akan menyesal la time sekarang. Sebab basic kau dah carca-marba. Siapa yang buat??? Kau jugak... Diri kau, takkan aku pulak yang jadi alasan. Pilih alasan lain la weyyy... Huhu..

Ni srikandi kelas aku masa 4 Azam. Kenapa baju aku warna tu plak??? Sebab aku jadi pustakawan. Kawan-kawan dengan pusta. Kah-kah-kah... Aku tak mau jadi Pengawas sebab aku tak mampu pikul tanggungjawab tu. Kan skema aku ni... Huhu... Sanggup pikirkan tanggungjawab pengawas tu berat la apalah bagai-bagai. Sedangkan sebenarnya, reality of the story, aku tak mau jadi pengawas sebab aku sengal sama macam yang lain. Tak mau lah aku kena jaga orang beratur lah, berucap kat assembly lah, kena round-round sekolah lah. Tak seronok sungguh. Aku lagi suka jadi manusia disebalik tabir. Haha... Boleh jalan kecoh-kecoh, huha-huha dengan yang lain time pengawas tengah check barisan, boleh lari-lari time malas nak masuk kelas, haha... 

Kan cumil alasan aku tak nak jadi budak berjawatan pengawas sekolah. Tapi tetap dipanggil utuk menjawat jawatan kat sekolah jugak. Kenalah menjawat jawatan pustakawan. Tu pun masih culas nak jalankan tanggungjawab. Haaaaa... kan aku dah kata, aku ni bukan baik sangat. Padan muka kau tengok aku macam baik sangat, manusia ni kan nampak luaran je berkulit, kalau x-ray tetap nampak jantung and tulang rusuk jugak.. Haha.. apa kena mengena pepatah aku ni... Haha... 

Harap maklum semua gambar aku , adalah srikandi sahaja. aku tak tau mana pergi srikanda semua time ni. Tah la. Mereka pergi menjual muka tuk market hebat sebelum abes sekolah kot. Huhu...



No comments:

Post a Comment