Idola Mimpi-mimpiku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, June 25, 2010

Sharing if you caring

Aku sudah beberapa hari berpuasa sunat on bulan Rejab. Puasa ganti???? Alhamdulillah. Yang wajib didahulukan, yang kemudian-kemudian pun akan menyusul. Kan mudah kalau kita settle yang patut settle dulu.

kesihatan kita sapa yang tau, kita jaga tak semestinya kita sentiasa sihat. Berpantang ajal sebelum maut, berpantang makan sebelum sakit, berpantang aku plak sebelum jumpa. Kalo dah jumpa, belakang cerita. Sakit tu kan menghapuskan dosa kecik-kecik. Huhuhuhuhu.Tetibe keluar fatwa mulut tak bermata-hati-perut.

Aku bukan nak cerita makan, kan aku sedang menjalani ibadah berpuasa sunat. kang aku sendiri yang keracunan fikiran asyik ingat makanan-makanan-makanan. Aku nak tanya-and-kongsi pendapat saje. Today on friday ada yang kata tak boleh puasa. heppppp. Bese dia berpuasa ari ni. Betul ke?

Aku seriau jugak. Maklumlah, kan tadi aku kata today i m fasting. Walaupun tak wajib, tapi kan lagi manis ibadah tu kalau kita tau status ibadah kita tu. Aku and my colleague tadi duk berborak about fasting on friday. Jerk plak kang puasa tak tentu arah. Maklumlah about religious ni mana boleh main-main.

Abangnya seorang ustaz, then dia nasihatkan no-no-no puasa sunat today if tak puasa esok. 

Aikkkk... Bukan sunat tu boleh buat bila-bila ke???? Aku biasalah, kalau tak argue sampai orang jengkil tu bukanlah aku. Orang tua kate melawan-melawan-melawan. But for me, if tak argue mana tau fact tu jitu ke tak. Fact tu memanglah fact, tapi kalau sedikit argue kan lagi manis pemahamannya. Ayat aku ni kenapa berciri macam tazkirah jumaat ni. Ayayayaya... Kadang-kadang orang tua ni cakap fact without fakta sokongan. Aku??? Aishhhh... Ni yang payah ni. Percaya-tetap-percaya-tapi-tak-berapa... Ishhhhh. Degil betul lah aku ni.


Aku pun try tanya Uncle Google. Kan aku kate nak kemanisan beribadah. So never ragu-ragu aku pun nak tahu jugak. Kalau dah tahu sedikit jahil, maka tutup la lubang kejahilan tu dengan ilmu. Huhuhuhu... Bukan tutup la lubang kejahilan tu dengan buat-buat tak tahu. Huhuhuhu... Nanti jadi kebiasaan pulak, maka akan terasa amalan tu macam tak pe, tak berdosa. Huhuhuhuhu...Keyakinan berlubang-lubang tapi sedikit tertampal dengan info yang diperolehi.

Aku menggoogle under word PUASA HARI JUMAAT.

Then... Resultnya...

Terpapar dua hadith yang mampu buat aku lega sedikit.

Petikan yang aku ambil dari SINI...

Para pembaca sekalian bolehlah hayati maksud dua hadith sohih ini, agar terjawab persoalan puasa pada hari hari jumaat.

1) Daripada Jabir bin Abdullah r.a: Diriwayatkan daripada Muhammad bin Abbad r.a katanya: 
Aku pernah bertanya kepada Jabir bin Abdullah r.a ketika beliau sedang melakukan tawaf di Baitullah: Adakah Rasulullah s.a.w melarang dari berpuasa pada hari Jumaat sahaja? Beliau menjawab: Ya, demi Tuhan Baitullah ini

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1928

2) Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w telah bersabda: Janganlah seseorang di antara kamu berpuasa jika hanya pada hari Jumaat sahaja melainkan dia berpuasa sehari sebelum atau selepasnya

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1929

Inilah dia petikan yang aku ambil dari laman web Forum Perbincangan Darul Nu'ma.

Ini pulak dari SINI...
 
Al-Nawani di dalam Minhaj al-Thalibin berkata:
"Dimakruhkan berpuasa hari Jumaat secara bersendirian, dan pada hari Sabtu,"
(Bihamisy Mughnil Muhtaj, Vol.1, hal. 447)

Maksudnya berpuasa pada hari Jumaat atau Sabtu secara bersendirian ialah, tidak melakukan puasa sebelum atau selepas hari berkenaan.

Makanya....

Sedikit lega kerana semalam aku dah berpuasa. Makanya, aku boleh meneruskan puasa hari ini....Yahhhooooo... Horrrrayyyyyy.

Mungkin kata aku ketinggalan untuk mengetahui fakta ini. Tapi sekurang-kurangnya, aku mengetahui dengan yakin. Bukan mengetahui dan berpura-pura tahu saja, tapi tak yakin. Huhuhuhu

NotaKuaci: Orang yang tahu pun serupa tidak tahu jika dia tak menyampaikan kepada yang ragu-ragu. Andai yang tahu pun ragu-ragu, eloklah mengajak yang tak tahu cari Kebenarannya. Kadangkala berdiam lagi elok... tapi untuk hal kejahatan, tapi tahu hal kebaikan disorok itu umpama tak beramal...Biarkan si buta masuk telaga, sedangkan si celik boleh menuntun si buta. Renung-renungkan dan selamat mencelik mata-hati-perut.
 

logo baru

No comments:

Post a Comment