SKIP INTRO secara manual jika kurang berkerajinan untuk membaca. Huhuhuhu
Macam baru semalam baca tentang contest ni. Sudah siap mendownload dan mereka-cerita-tapi-tak-de idea. Maka terbengkalai sahaja watak 3 hati itu dalam pinguApacer berminggu-minggu. T.I.P.U.
Setiap hari meninjau ramalan kaji cuaca NURULism.com, meneropong kot-kot boleh bagi idea. Tetapi, habuk pun tak de dalam otak. Dust sahaja ada. P.U.A.S.A lah alasannya konon. Tak cukup zat nak fikir. Huhuhu.
Hari ini pulang dari kerja, duduk depan PC. Merayap ke Aussie sebentar. Sekali aku pun terkejut tengok entry chika. Hahhhh... Hari ini, tengah malam waktu MALAYSIA, contest anjuran beliau akan tamat????
Baiklah bersegera aku mencucuk pinguApacer di USB untuk menghantar entry ke Aussie. Segera sebelum 8 malam. Suami beliau pulang, tentu entry aku menjadi picisan tak bernama. hahahah... S.E.G.E.R.A
SKIP INTRO. Goreng-gorengan sebelum mula serius bertaip-taipan tentang CONTEST DIALOG TIGA HATI anjuran Puan Chika. Time examkan selalu macam ni, gorengan yang sekadar hiasan harus untuk menampakkan answer sheet panjang berjela-jela...Lalalalalalaaa
Inilah JAWAPAN KEPADA SOALAN merangkap, ISI KEPADA PERADUAN. Cikgu selalu pesan, jawab soalan ikut pertanyaan bukan jawab soalan ikut anda tahu (ayat panjang,tapi bayang jawapan tak ada pun)... natijahnya... Jawapan panjang berjela-jela. macam entry ini. Sob-sob-sob
Okeh lah. MARI LIHAT.... Tarrrraaaaaa
Tak menang pun tak pe. Sekadar memeriahkan pertandingan. Huhuhu. Tapi kalau menang lagi seronok. Rezeki Ramadhan. Huhuhu... Tiba-tiba dapat idea mahu menyanyi. kan lagu folk kanak-kanak tu. Tipu kalau tak tahu. Huhuhu... Semoga terhibur. kalau tak terhibur, mari berlibur.
SELAMAT BERIFTAR semua.
NotaKuaci: Suka-suka mahu menjamu mata Puan Chika. Comel tak entry ini? Tak de siapa yang puji, aku puji sendiri lah. Sob-Sob-Sob
No comments:
Post a Comment