Tak belajar di overseas. Tak merasa jauh dari keluarga berbulan-bulan then dapat cuti berbulan-bulan jugak. Tak dapat biasiswa tajaan JPA,MARA,Bank Negara, PETRONAS, TELEKOM (hanya dapat PTPTN dan biaehsan PAKMAK). Bukan belajar under jurusan MEDIC, ENGINEER, ARCHITECTURE, ACCOUNTANT (watak jurusan yang gah bila sebut belajar di overseas).
Study tunggang-langgang dalam bilik sahaja. Abaikan gambar backdrop tersebut. Huhuhu
Terkenang masa belajar dulu.
Tak merasa pegang laptop sendiri. Tak merasa naik kereta sendiri bersem-sem ronda U bawak kawan-kawan (Jadi penumpang sahaja). Tak terlintas ada masa, tenaga dan ongkos join trip under student rate.
Tak delah pernah berperuk penuh satu kereta macam ni.
Terkenang masa belajar dulu.
Pegang buku, note dan berfoya-foya (istilah culas nak mentelaah) secara berjemaah. Bergembira bersama kawan-kawan, sewa kereta seadanya berperuk ronda Alor Setar. Makan beramai-ramai, kongsi rezeki mana yang ada. Melepak satu bilik berdua beramai-ramai huha-huha.Tengok movie scary secara berjemaah rapatkan katil, kongsi satu selimut, rebut satu teddy bear.
Kongsi ketakutan walaupun sebenarnya tak berapa takut.
Semuanya acara berjemaah.
Seronok bila diingatkan masa belajar, tunggu loan PTPTN, serbu ATM dan belanja dan dibelanja makan.
Sekarang???
Ngeri bila nak kenang. Harap time akan datang, tak takut nak bayang time sekarang.
Lupa pasang bedsheet. T.I.P.U
Ketika ni, dalam hati, tapi di scan dan coding secara berhemah upload di blog.
Zoom-in untuk nampak lebih jelas hasil scanning.
-Baju raya, hanya display di kedai-kedai. Tak ada agenda boleh mengambil satu pasang dan display depan cermin rumah (Belum beli)
- Kuih raya sedang diuli, diterap dan dibakar di kedai. Tak tahu bila kredit card boleh diswap untuk bayar (Hutang)
-Duit raya masih belum ditukar (Tiada yang boleh diberi sebagai tukaran). Mungkin time family datang beraya, mahu ngorok nyorok di dalam bilik. Tak sanggup nak tengok muka kaum kanak-kanak kecewa, salam tangan kosong sahaja.
-Duit biaehsan untuk ibu bapa juga masih dalam pending list. WTH. Minggu depan nak raya, seminggu di kampung tak kan nak makan free?
-Malas mahu mengenangkan hal yang asyik terkenang-kenang siang dan malam walaupun tak nak kenang. Minggu depan dah nak raya, nasib tiket sudah beli. Kalau tak, beraya makan maggi di rumah Bangi.
Semua perlu wang, tekanan a.k.a pressure sahaja boleh diperolehi secara percuma.
SIAPA AHLI NUJUM?
MAHU MINTA TILIK NASIB.
(pastikan perkhidmatan percuma, bulan puasa buatlah sedikit amal jariah)
Tolong tilikkan, "bila 'duit raya' boleh saya perolehi?"
NotaKuaci: Seronoknya fikir masa belajar, hanya perlu fikir belajar, fikir exam, fikir jimat PTPTN, fikir balik kampung dan raya. Heavenly. Sekarang sedang fikir, bila nak dapat 'duit raya'? Sekarang lagi scary dari scary movie yang ditonton berjemaah.
No comments:
Post a Comment