15hb Syawal 1431.
Mari kita jengah entry terbuka raya ini.
wahhhh... dah lama ghitu tak tepek -rempeyek- entry kat blog. Italic Semalam baru tepek, hari ini dah cakap lama tak tepek. T.I.P.U. Kihkihkih.
Tahun ni bersolat bersama my mum and abah. Bilalah agaknya nak menjamah solat Aidilfitri bersama suami? Italic perkataan berunsur makanan tak lupa diselitkan, baru nampak raya. Erkkk. Tetiba
Serbuan bersambung ke rumah teman di raya ke-3. Ehhhhh. Ke rumah teman ni lagi??? Kan raya, tak kesahlah pergi beraya kali. Lalalalala
Inilah angkatan anggota sukarelawan yang menghabisi kueh raya di rumah beliau buat kali kedua.Kihkihkih

Nurulain & si Chenta, Wan Zuhaida, Safwan, Budak Comot, Nurrul Ain dan Shahdan a.k.a Ijat.
Gadis berkemeja-T merah itu adalah kawan sekampung aku yang juga teman rapat -umum- sejak sekolah rendah. Nurulain Mahabar. Tapi beliau hanya akan mudah didapati ketika hari raya saja, itupun availability bergantung kepada beliau. Tapi selalunya setiap tahun pasti berjumpa beliau walaupun hanya sehari, kalau tak beraya di rumah teman, kami berjumpa melepak di kedai mamak. Tahun ini beliau beraya bersama si chenta.
Juga ada tambahan muka baru, Nurrul ain Shaid Ahmad. Okeh-okeh-okeh. Nama mereka sama, tapi orang yang lain dan bapak mereka jugak tak sama. Beliau datang dari JB untuk beraya bersama kami. Wahhhh. Hebatkan raya tahun ini, dapat kunjungan teman ini. Last yang aku ingat ada gambar raya besama adalah tahun ini. Tapi beliau juga tiada.

Serbuan berterusan ke rumah berikutnya.
Serbuuuuuuuu
ke rumah Jainizam Jantan. Beliau adalah teman semasa bersekolah menengah di Anjung batu. Tapi ketika pic diambil, beliau tiada. Tapi malam tersebut, ada kes, beliau yang buat. Bukan salah kami. Kesian mangsa. Tak dapat muncul di hari raya tahun depan lagi.
Gambar tuan rumah tak ada.
Kemudian, jarum jam dah mencecah 10, hari dah gelap, kalau tak ingat buka lampu kereta pasti ke longkang letak duduk kereta anda. Serbuan tetap diteruskan. Jom ke rumah big bro.
Tangkap satu pic.
Barisan Atas: Jainizam Jantan, Shahdan and Safwan
Barisan Bawah: Nurrul Ain, Budak Comot and Wan Zuhaida
Itulah Jainizam a.k.a Bob -the builder-. Duduk bersebelahan tuan rumah, Shahdan Santan a.k.a Ijat. Oleh kerana sudah agak lewat, macam tak manis pulak melepak di rumah teman lama-lama.
Tapi tak bererti, aktiviti serbuan telah ditamatkan. Angkatan anggota sukarelawan bergerak beramai-ramai ke destinasi seterusnya.
Tapi tak bererti, aktiviti serbuan telah ditamatkan. Angkatan anggota sukarelawan bergerak beramai-ramai ke destinasi seterusnya.
Ayuhhhhh
Okeh-okeh-okeh.
Pic beraya di tengah alam. Tidak ada rumah yang dikunjungi, tiada tuan rumah yang terlibat. Tiada air yang dihidang, tiada kueh raya yang dijamah. Sekadar sesi fotografi.
Mari lihat gambar diambil.
Sudah puas hati. Mari pulang. Esok kita berjalan-jalan melihat alam, gunung dan juga haiwan ya.
Tips Hancus: Jika lihat ahli rombongan yang datang beraya datang dalam kuantiti yang ramai, hidangkan air, 1/4 dari nisbah gelas. Kalau beliau mahu lagi, biarkan beliau tambah sendiri. Dikhuatiri air tak habis atau toilet rumah anda akan dikunjungi secara bergilir-gilir oleh ahli rombongan. Ada yang sanggup berkongsi minuman, bukan berjimat, sekadar berbasa-basi. Bukan datang nak minum air sangat, sekadar jamah kueh raya dan yang lebihnya berborak tak ingat dunia.

No comments:
Post a Comment