Idola Mimpi-mimpiku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, October 8, 2010

Blog Terbuka Aidifitri. Anda Dijemput Hadir.

Hari ini akhir Syawal.

8 Oktober 2010.
29 Syawal 1431H.

Hari ini ramai buat jamuan terbuka Aidilfitri. Housemate aku turut buat pot luck untuk jamuan di office. Pagi tadi semasa bersiap nak ke office pun, Hot FM sedang buat Konti Terbuka Hot FM. Wahhhh... Semua sakan nak buat rumah/office/konti/hari terbuka aidilfitri. Hari last Syawal lah katakan.

Aisssshhhhh... Aku pun mahu jugak buat aktiviti terbuka aidilfitri. Terkebil-kebil di depan pc di office memikirkan, seumur hidup aku tak pernah buat sebarang jamuan berunsur sambutan hari terbuka aidilfitri.


Maka, arakian sekian kalinya, julung-julung kalinya, aku membuat blog terbuka aidilfitri. Kesat peluh... Fuhhh. Susah betul nak fikir. Apala... Mana ada jamuan, mana ada kueh raya, mana ada pintu nak jengah, mana ada sofa nak duduk, mana ada itu, mana ada ini. Okeh-okeh-okeh. Semua tidak ada, sob-sob-sob. Tapi yang ada, hanya aku sebagai tuan blog. Okehlah tu, kalau tiada tuan tanah rumah, masakan boleh buat hari terbuka aidilfitri. Betul tak. Kan-kan-kan?

Aktiviti blog terbuka aidilfitri ini tidak susah, senang sahaja. Sebab tiada jamuan makan-makan, heppp... aku sedang berpuasa sunat ni, tak baik tau sebut makanan.Sob-sob-sob. Ambil berkat terakhir syawal kononnya.
Aktiviti terbuka aidilfitri blog aku ini mudah saja, apa kata kita ganti dengan aktiviti mengclick link amek kesah di bawah entry ini dan kemudian:

- Ucap selamat hari raya secara random kepada sesiapa saja. Atau;
-Cerita kemeriahan berhari raya 1431H pun tak apa. Nak cerita kenangan terindah aidilfitri pun tak apa. Atau;
-Corat coret kisah sedih aidilfitri pun tak apa 1431H. Atau;
- Mahu marah tak tentu pasal dan tak tau nak luah di mana, mari lah lepas geram sempena blog terbuka aidilfitri ini. Atau:
- Luahkan apa sahaja yang terbuku di hati, tapi tak dapat diluahkan di blog sendiri, takut diterjah oleh kaki hasrat dengki-iri-hati, nah... Kau boleh taip berterabur ayat disini.

Disini, hari ini, sehingga jam 11:59 PM 8 Oktober 2010, bersamaan 29 Syawal 1431H, aku adakan blog terbuka aidilfitri, di mana anda semua dijemput hadir menjengah blog sambil memeriahkan ruangan comment secara terbuka. Tapi ingat, untuk hari ini SAHAJA. Tuan tanah membenarkan, anda mencoret sekehendak hati, tuan tanah bagi ruangan amek kesah 100% telus kepada reader chip more atau anymous atau silent reader untuk berlibur mencurah hati. Nak type selang 8 minit pun tak apa. Suka hati kamulah.

Jemput-jemputlah masuk blog ini dan tinggalkan jejak. Esok-esok, kamu tak jemput aku ke blog kamu pun akan aku jengah muka tak malu.

Gendang gendut, tali kecapi;
Jom tabur ayat, hanya untuk hari ini.


Dengan ini ruangan amek kesah dibuka sekarang sepenuhnya untuk kamu.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.

NotaKuaci: Tujuan blog terbuka aidilfitri ini diadakan oleh aku adalah sebagai medium untuk kalian meluahkan apa sahaja yang tak terluah di blog/hati/diary/FB/Twitter etc2. Kadang-kadang, hati melonjak-lonjak nak publish, tapi takut ada pihak yang tersentap. So, take your time, take your chance to write on this field. Esok-esok kamu mahu menatap luahan, boleh kembali ke blog aku. Untuk ingatan yang tak dapat kamu paparan melalui blog/hati/diary/FB/Twitter etc2 secara peribadi.


logo baru

No comments:

Post a Comment