Idola Mimpi-mimpiku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, October 5, 2010

S.A.Y.A.N.G


Kau takkan keseorangan.

Ramai yang kata, dunia sudah menghampiri akhir zaman. Jenguk blog orang ramai pun, belum habis loading page sudah tertera video-video akhir zaman. Teks tazkirah bagi keinsafan.

Ni siang ke malam ni? confuse aku... Bulan makin dekat.

Tapi sejauh mana kesedaran ada dalam diri kita? Celik mata bangun pagi,tersedar, melatah ketakutan, terus tenyeh di blog setepek entry kesedaran, peringatan. Mahu kongsi pada semua supaya "Aku sudah tersedar, harap engkau juga ada kesedaran seperti aku"

Sejauh mana kesedaran itu? Tak boleh dinilai dengan angka peratusan, atau pembolehubah rawak, atau parameter, atau formula yang dihitung penuh angka berbaris di Kalkulator saintifik. Sebanyak mana pun entry ditepek sebanyak manapun blog orang ramai dilayari, sebanyak mana pun pembacaan setiap hari, kalau tak bermula dalam diri kita, kalau tak bermula hari ini, kalau tak bermula ketika ini, KESEDARAN hanya ada pada niat dalam hati. PENANGGUHAN itu adalah rantai mengikat KESEDARAN, bukan cemeti kepada PERUBAHAN.

Semuanya adalah BERMULA DALAM DIRI KITA SENDIRI.

"Sebagai manusia, saya sayangkan kamu"

Hati sakit bila "kosong".

Aku hanya bagi ingatan, bukan berharap kau tersedar, melainkan berharap kau berubah dengan kesedaran itu. Sama-samalah kita berusaha.
logo baru

2 comments:

  1. sma2lah kita berubah ke arah kebaikan..aamin

    ReplyDelete
  2. Aminnn... Jom berubah... Jangan nak tunggu 1 Muharram, nak hijrah ke arah kebaikan tak bleh tangguh2. Huhu

    ReplyDelete