Idola Mimpi-mimpiku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, October 4, 2010

Tarikh Keramat

Pejam celik-pejam-celik-gosok-gosok-mata.

Dah masuk bulan OKTOBER.

Pasti ramai akan berebut pilih tarikh keramat dalam bulan ini.

10.10.10 atau mungkin 20.10.2010. Nombor chantek manis katanya. Angka Chomel Lotte. Digit yang bermakna, nak cantik dimata, biar jadi kenangan dan sebutan serta senang mengingat.

Tapi kalau dah kahwin dan berkeluarga nanti ingatkah tarikh tersebut? Mana nak ingat tarikh nikah-kahwin, tarikh ulangtahun kelahiran, tarikh ulangtahun perkenalan, tarikh ulangtahun percintaan, tarikh ulangtahun pertunangan. Wahhhh... Banyak betul tarikh mahu diingat. Belum lagi masuk tarikh akhir bayar rumah, tarikh akhir bayar bil utiliti, tarikh akhir pembayaran itu-ini. Akhirnya semua tarikh pun tak ingat. Hanya kalendar saja yang patut diingat. Catat tarikh dikalendar yang mana harus diingati. Hidup terlalu bergantung dengan tarikh. Rancanglah tarikh anda untuk mudahkan memori. Hikhik. Mengarut tiba-tiba.

NotaKuaci: Menghitung hari mahu kembali ke alam peruniversitian. Rindu mahu kembali ke hiruk-pikuk student life. Not my life, but i love to be an observer.
logo baru

No comments:

Post a Comment