Mood Swing-swing. Mode not Moody. Made my day today malar. Senyum hanya dalam hati. Bercahaya dari mata.
Sangat tersentuh membaca CINTA SUFI. Pembacaan yang agak ringkas menyambung jejak cerita kesemua novel terdahulu. Bagaikan Puteri. Cinta Sang Ratu. Hijab Sang Pencinta.
"Sebagai manusia, saya sayangkan kamu..."
Ayat pendek, jelas dan ringkas. Seandainya semua pun manusia sama seperti Laksamana Sunan, pasti dunia sentiasa berperang, berperang menentang kebatilan. Bukan mengangkat senjata berbalah. Bukan menikam bertikam lidah. Bukannya mengejar kebendaan dan nama glamer. Melainkan atas niat menjadikan kegalauan, keresahan dan kecamuk, mazmumah jiwa beransur menjadi aman. Berperang walaupun dengan diri sendiri.
Cinta tunggak cerita tetapi penuh emosi ketuhanan. Cinta amat mendalam pada manusia sehingga melempar diri dan hati ke jalan Allah supaya hidup lebih diredhai. Cinta berahi membawa mati. Mati hati. Semoga cinta aku juga tergolong cinta sufi, cinta abadi. Menyintai kerana agama, penyuluh dunia dan bersinar di akhirat.
No comments:
Post a Comment